Wednesday, January 12, 2011

Tahukah Korang

Tahukah Korang ???
Korang nak tahu tak fakta duniawi yang tak ramai orang tahu? Kalau nak tahu teruskan la membace ye. Membace tu adalah gedung ilmu pengetahuan :) Kalau tak reti bace, mengeja pelan² pun boleh. Hahahahaha......

1. Tahukah korang apabila 350ml air yang
diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
 2. Percayakah korang yang air sirap

merupakan salah satu bahan asas

dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini

kerana kajian telah dibuat, seorang

pembina helikopter memerlukan air

sirap untuk menghilangkan keletihan

semasa membuat helikopter, tanpa air

sirap mungkin helikopter tersebut

tidak dapat disiapkan.



3. Sebuah kereta yang dipandu selaju

220 km/j tidak akan dapat memotong

kereta yang dipandu selaju 40

km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang

bertentangan



4. Tahukah korang dalam bahasa Inggeris dan Italy,

jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu

dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem

La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini

pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah

kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan

nama papa Razzi.



5. Tahukah korang bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.


6. Tahukah korang magnet ialah sejenis logam yang juga

digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet

ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain

kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta

bukanlah magnet.



7. Tahukah korang cicak memutuskan ekornya apabila

diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori

oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya

benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa

ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


8. Tahukan korang bahawa seorang manusia normal tidak boleh

menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.



9. Tahukah korang burung dapat pulang ke sarangnya walaupun

telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer

daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun

tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang

burung mempunyai alamatnya yang tersendiri

sebenarnya.



10. Tahukah korang bunyi perkataan lempeng dan tempeleng

adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari

segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang

yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng

apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
korang tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah korang orang yang tidak pernah kisah langsung

tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta

dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah korang ahli sains seluruh dunia bersepakat

jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut korang

akan mengalami satu tindakbalas yang berupa

kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai

ubat untuk menggembirakan hati korang bila nasi ayam

yang dimakan itu dibelanja oleh kawan korang.

14. Dan tahukah korang bahawa hampir kesemua pembaca blog ini telah
mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

Sumber: Inbox email Pening Kutu

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

1 comment:

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D