- Mohon & confirm lulus
- Pemohon dengan masalah obesiti dan apa juga rekod penyakit, rekod pembedahan pun diterima masuk
- Tidak perlu laporan perubatan & medical checkup
- Caruman mampu milik serendah 150
- Boleh hibahkan manfaat kepada keluarga (ibu bapa, pasangan, anak dan sesiapa sahaja yang dihajati)
- Boleh juga diwasiatkan pada keluarga untuk khairat kematian, selesaikan hutang, buat tujuan dana wakaf dan mengerjakan upah haji
- Ada nilai tunai (cash value) apabila sijil matang
Monday, October 13, 2025
Takaful Hibah Untuk Pemohon Yang Berpenyakit
Saturday, December 11, 2021
Skim Subsidi Perlindungan Medikal (SSPM)
MediSaver telah melanjutkan Skim Subsidi Perlindungan Medikal istimewa untuk semua rakyat Malaysia. Subsidi ini akan dibayar terus masuk ke akaun pemohon medical card MediSaver.
Tempoh Layak Subsidi MediSaver Sehingga 31 Disember 2021 Sahaja
Jumlah subsidi akan dikreditkan masuk ke akaun bank pemohon Kad Perubatan MediSaver mengikut pelan perubatan yang dimohon.
Untuk caruman secara bulanan, subsidi adalah seperti berikut;
MediSaver Prime : RM 50 x 4kali
MediSaver VIP : RM 50 x 4kali
MediSaver Prima : RM 40 x 2kali
MediSaver Pass : RM 20 x 4kali
Jom segera mohon Kad Perubatan MediSaver sebelum 31 Disember 2021 untuk layak dapat subsidi kad perubatan ini !
About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072
Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus
Monday, October 18, 2021
Jom Sertai Perkongsian Perubatan Gather Care
Setelah dikaji, kira punya kira... Akhirnya abg buat keputusan untuk join program perkongsian perubatan Gather Care.
Tahun 2021 ni sebenarnya genap abg berkecimpung dalam industri takaful. Bermula 2011 di MAA Takaful kemudiannya dijenamakan semula kepada Zurich Takaful. Abg pernah jual macam-macam produk medical card takaful antaranya SmartMedic100, SmartMedic200, Medica2015, Medica2016 dan yang terbaru Medipro. Sepanjang 10 tahun juga abg dah rasa 2x pengalaman medical repricing, atau kata lainnya kenaikan caruman medical card. Kadar kenaikan bulan sikit-sikit, naik 50% - 200% caruman bulanan. Memang getir jugaklah nak menghadap pengalaman medical repricing. Di masa hadapan jugak medical card tetap akan mengalami kenaikan caruman. Itu macam mana boleh tahan ooooo.....
Gather Care ni bermula tahun 2016/2017 kalau tak silap. Nama lamanya Life Engineering. Katanya ditukar nama ke Gather Care sebab orang selalu salah faham nama Life Engineering sebagai syarikat construction. Hampir 5 tahun juga Gather Care ni dah beroperasi, tapi baru ni je abg join jadi ahli perkongsian.
Tak pernah dengar pasal Gather Care ?
Sebelum korang baca tulisan abg kat bawah ni, boleh KLIK SINI kalau nak dapat info pasal Gather Care termasuk panel hospitalnya.
Gather Care ni BUKAN syarikat insurans/takaful. Dan juga BUKAN medical card. Sebaliknya Gather Care ni adalah ALTERNATIF kepada insurans/takaful perubatan melalui PERKONGSIAN BIL RAWATAN HOSPITAL bersama ahli pekongsi (sharer).
Setakat tulisan ini ditulis, dah ada 4,404 pekongsi Gather Care. Melalui Gather Care, kos perlindungan rawatan hospital dapat dikurangkan. Bila tak ada orang masuk hospital pada bulan tersebut, maka kita sebagai sharer tak perlu share apa-apa bil hospital. Dan kalau ada yang masuk hospital, baru kita share bil tersebut bersama-sama. Itu pun ada maksima jumlah yang kita perlu share walaupun bil hospital bulan tersebut mencecah ratusan ribu ringgit.
Ok. Kat bawah ni abg dah buat table anggaran kos yang perlu kita tanggung untuk join program perkongsian bil rawatan hospital mengikut age band yang berbeza. Kalau dibandingkan kos Gather Care dengan insurans/takaful, Gather Care lebih murah.
Sebelum tu abg nak bagi mudah faham program Gather Care ni, korang kena baca dulu kat SINI untuk dapatkan konsep perkongsian dia. Yang mana Gather Care ni;
1. Ada annual fee (untuk maintain platform, administrative fee, commissioning etc)
2. Ada sharing deposit (untuk kegunaan crowd share perkongsian bil)
- Bil bulanan akan dikongsi bersama semua sharer
- Maksimum sharing bulanan ikut age band ;
----0 - 5 tahun adalah RM 80 sebulan
----6-40 tahun adalah RM 50 sebulan
----41-45 tahun adalah RM 96 sebulan
- Kalau takda apa-apa claim bulan tersebut, kos crowd share adalah RM 0
Kenapa abg kata Gather Care Murah ?
Lets check it out
Senario 1 adalah estimated average kos perkongsian bulanan yang abg anggarkan dari rekod-rekod lepas Gather Care. Manakala senario 2 adalah maksimum perkongsian bulanan yang perlu dibayar andai kata setiap bulan ada pekongsi masuk hospital dan bil hospitalnya tinggi.
Umur 0 - 5 Tahun
Maksimum monthly crowd share RM 80
Senario 1 - Average monthly cost : RM 88
Senario 2 - Average monthly cost : RM 113
Umur 6 - 40 Tahun
Maksimum monthly crowd share RM 50
Senario 1 - Average monthly cost : RM 51
Senario 2 - Average monthly cost : RM 80
Umur 40 - 45 Tahun
Maksimum monthly crowd share RM 96
Senario 1 - Average monthly cost : RM 99
Senario 2 - Average monthly cost : RM 129
Lebih murah dari insurans/takaful yang kena bayar fixed tiap-bulan dan kena menghadap medical repricing setiap 3-5 tahun sekali. Kat bawah ni abg review sikit kelebihan & kekurangan program Gather Care ni. Cerita murah saje tapi tak bagitau kekurangan pun tak adil untuk korang menilai.
KELEBIHAN PROGRAM GATHER CARE
- Konsep perkongsian bil perubatan. Dengan jumlah perkongsian bulanan dihadkan kepada amaun maksimum mengikut range umur seperti dijelaskan dalam jadual atas.
- Kalau tak ada orang masuk hospital bulan tersebut, sharer tak perlu tanggung apa-apa kos. Jimat !
- Perkongsian bil perubatan sehingga RM 1,000,000 setahun untuk setiap peserta program Gather Care.
- Apabila lebih ramai orang menyertai Gather Care, kos perkongsian bulanan akan menjadi semakin rendah dan murah !
- Boleh bersaing dengan program Medical Card insurans/takaful yang kerap mengalami kenaikan caruman akibat medical repricing.
- Program seumur hidup. Sekali masuk, boleh teruskan sehingga akhir hayat.
- Perkongsian bil hanya terhad untuk rawatan penghospitalan sahaja. Pre & post hospitalization tidak dikongsi bersama.
- Caruman perkongsian tidak layak untuk pelepasan cukai pendapatan LHDN.
- Tiada polisi seperti insurans/takaful. Cuma ada Program Guideline yang boleh berubah-ubah (improvement/downgrading etc) apabila terdapat keperluan oleh pengurus Gather Care.
- Tiada jaminan guaranteed renewal. Kerana ia bukan di bawah seliaan Bank Negara, PIDM etc. Hanya syarikat berstatus Sdn Bhd yang diselia oleh pemegang amanah, penasihat undang-undang yang diakui.
- Tempoh waiting period yang lama berbanding insurans/takaful iaitu 6 bulan untuk penyakit spesifik (4 bulan jika insurans/takaful).
Bagi abg, setelah abg kaji, kelebihan Gather Care mengatasi kekurangannya. Sebab tu abg dan family abg join program Gather Care ni untuk kelangsungan perlindungan perubatan di masa hadapan. Korang nak info atau nak join sebagai pekongsi (sharer) boleh klik SINI.
Tag :
Apa tu Gather Care
Perkongsian Bil Perubatan
Alternatif medical card
Review Gather Care
About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072
Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus
Tuesday, October 5, 2021
Program Penjagaan Gigi Tahunan eSmile Savers
Bila last korang check dan cuci gigi korang ?
Haaa....Mesti dah lama tak check dan cuci gigi kan. Jumpa doktor gigi pun jarang-jarang sekali, kalau jumpa pun sebab gigi ada problem or nak kena cabut gigi. Kalau saje-saje jumpa untuk check dan cuci gigi tu jaranggggggg sekali.
Ni ada satu program penjagaan gigi tahunan.
eSmile Saver
Dengan bayaran tahunan yang sangat berbaloi-baloi, korang akan dapat pemeriksaan gigi dan cuci gigi (scaling & polishing) sekali setahun. Selain dari tu, korang akan dapat special rates kalau nak buat rawatan pergigian di mana-mana 200 klinik gigi panel eSmile Saver !
Pakej Individu
Untuk Seorang
RM 98 setahun
-
Pakej Twin
Untuk Dua Orang
RM 288 Untuk 2 tahun (Jimat RM 104)
Rugi kalau tak ambil pakej penjagaan gigi eSmile Saver ni. Sebab average rate untuk scaling & polishing gigi pun kos dah cecah RM 200 (Kuala Lumpur), RM 165 (Selangor).
eSmile Saver, satu-satunya program penjagaan gigi di Malaysia. Jom dapatkan sekarang, klik sini wasap.my/60134044072
Senarai Dental Partner / Klinik Gigi eSmile Saver
Bagi member yang telah mendaftar program eSmile Saver, boleh buat ONLINE APPOINMENT melalui applikasi MediSaver.
About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072
Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus
Monday, September 13, 2021
Medical Card MEDIPRO Zurich Takaful
Zurich Takaful secara rasminya telah melancarkan medical card baharu, Zurich MEDIPRO. Medical card MEDIPRO adalah rider perubatan di bawah pelan takaful Pro-Essential.
Dengan ciri-ciri perlindungan perubatan yang dipertingkatkan berbanding pelan medical card terdahulu, medical card MEDIPRO ini menawarkan coverage yang sangat tinggi iaitu dengan kadar had tahunan bermula RM 1,000,000 (1 JUTA).
Petikan dari brosur rasmi Zurich MEDIPRO ;
Jelasnya medical card MediPro lebih tinggi perlindungan dan manfaat yang ditawarkan. Berminat untuk medical card MediPro, boleh whatsapp saya.
Klik SINI untuk whatsapp.
About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072
Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus
Thursday, July 8, 2021
Pakej Takaful Asas
Pakej Takaful Asas ini dengan caruman bulanan RM 85, memberi manfaat hibah kematian (semua punca kematian) dan pampasan bagi hilang upaya kekal keseluruhan/lumpuh. Selain itu, jika pencarum disahkan menghidap mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal, caruman takaful akan menjadi percuma, tak perlu bayar lagi.
Ada yang tanya abang, kematian semua punca tu macam mana maksudnya ?
Meh abang ceritakan. Maksudnya begini, manfaat hibah takaful akan tetap dibayar bila berlaku kematian tidak kira disebabkan oleh apa jua punca sekali pun, sebagai contoh ;
- meninggal dalam tidur
- meninggal kerana kemalangan
- meninggal kerana penyakit (apa jua penyakit)
- meninggal uzur tua
- meninggal kerana telah sampai ajalnya
- semua sebab kematian yang lain juga akan dibayar manfaatnya
- Aset tunai buat keluarga selepas kematian. Sementara aset-aset lain dibekukan sejurus kematian kita, keluarga kita ada aset takaful yang boleh dicairkan segera.
- .
- Proses bayaran manfaat yang tidak rumit. Bayaran tuntutan kurang daripada 30 hari selepas dokumen tuntutan lengkap dikemukakan.
- .
- Bayaran masuk terus ke akaun keluarga yang dinamakan. Andai hajat kita nak bagi pada anak, kita namakan anak dalam penamaan Hibah Takaful. Anak akan terima 100% tanpa boleh dipertikai pihak lain.
- .
- Tidak perlu melalui proses mahkamah buat tuntutan, tidak tertakluk kepada pembahagian faraid.
- .
- Caruman rendah, manfaat untuk keluarga sangat berganda-ganda besarnya. Siapa nak bagi keluarga kita RM 100,000 secara lumpsum dengan hanya kita buat caruman bulanan tak sampai RM 100, melainkan melalui ikhtiar caruman takaful.
About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072
Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus
Sunday, July 4, 2021
Takaful Hibah Untuk Orang Yang Ada Penyakit
- Mohon & confirm lulus
- Pemohon dengan masalah obesiti dan apa juga rekod penyakit, rekod pembedahan pun diterima masuk
- Tidak perlu laporan perubatan & medical checkup
- Caruman mampu milik serendah 150
- Boleh hibahkan manfaat kepada keluarga (ibu bapa, pasangan, anak dan sesiapa sahaja yang dihajati)
- Boleh juga diwasiatkan pada keluarga untuk khairat kematian, selesaikan hutang, buat tujuan dana wakaf dan mengerjakan upah haji
- Ada nilai tunai (cash value) apabila sijil matang
About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072
Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus
Sunday, June 27, 2021
Medical Card MediSaver Prima Pass By Etiqa Takaful
Satu medical card baharu dengan kerjasama MXM-Etiqa Takaful, MediSaver Prima Pass, telah dilancarkan pada kadar caruman yang sangat menarik dan mampu milik.
Apa yang menarik dalam Medical Card MediSaver Prima Pass ;
1. Cover kos rawatan penghospitalan kerajaan & swasta bagi kes Covid-19 (pay & claim basis)
2. Disertakan dengan pakej pemeriksaan kesihatan tahunan (blood test) setiap tahun untuk tujuan pengesanan dan pencegahan kesihatan awal.
3. Caruman yang mampu dimiliki secara bayaran bulanan.
4. Perlindungan boleh diperbaharui sehingga umur 80 tahun.
5. Jumlah perlindungan yang besar dan terdapat pilihan pelan full cover / deductible.
Syarat kemasukan Medical Card MediSaver Prima Pass ;
1. Umur kemasukan permohonan di antara 18 tahun sehingga 55 tahun sahaja. Selepas 55 tahun, hanya boleh renewal sehingga umur 80 tahun.
2. Pemohon yang sihat sahaja diterima. Jika ada rekod penyakit dan kemasukan hospital, tak boleh mohon.
3. Berat badan (BMI) dalam lingkungan normal.
Nah meh tengok pelan dan jadual caruman mengikut umur peserta ;
About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072
Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus
Monday, May 24, 2021
Pelan Takaful Hayat (Hibah) Untuk Bekas Pesakit Covid-19
Bagi bekas pesakit Covid-19 yang baru nak mohon pelan takaful hayat, permohonan takaful akan ditangguhkan oleh syarikat takaful (postpone) selama 6 bulan. Selepas 6 bulan, baru boleh mohon semula itu pun tertakluk kepada status pengikraran kesihatan ketika itu.
Tak perlu buang masa tunggu selama 6 bulan untuk mohon pelan takaful yang biasa. Sepanjang tempoh 6 bulan tu macam-macam hal boleh terjadi dan belum tentu lepas 6 bulan tu diterima sebab ianya bergantung pada status kesihatan ketika permohonan dibuat.
Jangan risau, tak perlu tunggu sehingga 6 bulan untuk mohon takaful kerana abg ada Pelan Takaful Hayat (Hibah) untuk bekas pesakit Covid-19.
Zurich Takaful SureCover.
Caruman bermula RM 150 bulanan. Manfaat hibah kepada keluarga untuk kematian biasa (in-nature/sakit) selepas 2 tahun sijil takaful. Dan manfaat hibah berganda kepada keluarga untuk kematian kerana kemalangan (tiada tempoh menunggu 2 tahun sijil takaful).
Andai kata takdir meninggal (in-nature/sakit) kurang daripada 2 tahun sijil takaful, seratus-peratus (100%) caruman yang telah dibayar akan dikembalikan kepada waris. Insyaallah tak ada kerugian untuk menyertai pelan Takaful SureCover ni.
Manfaat pampasan hibah takaful adalah mengikut jadual di atas dan ikut umur kemasukan. Contoh umur 35 tahun, manfaat kematian biasa RM 66,172. Andai kata meninggal ketika umur 37 tahun kerana komplikasi buah pinggang kesan post Covid-19, waris yang dinamakan akan terima pampasan hibah sebanyak RM 66,172.
Amaun Hibahnya mungkin tidak besar berbanding pelan takaful untuk orang sihat, tetapi ada ada sedikit peninggalan buat keluarga adalah lebih baik daripada tiada apa-apa langsung.
Berminat boleh roger abg. Takaful SureCover
About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072
Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus
Monday, January 27, 2020
Medical Card MyAngkasa Emas Medicare
Ciri-ciri Skim Takaful Emas;
iii. Penyakit spesifik - 4 bulan
Kelebihan Skim Takaful Emas Ini;
Ni abg buat contoh ilustrasi deductible.
Sangat berbaloi sertai Skim Takaful Emas. Kerana peserta hanya tanggung 5% caj rawatan, selebihnya ditanggung oleh Skim Takaful Emas.
Pulak tu mana ada medical card lain yang nak terima kemasukan penyakit sedia ada.
Jangan bertangguh lagi !
Senarai Panel Hospital Medical Card MyAngkasa Emas Medicare ;
- Perbelanjaan untuk Perubahan Jantina
1) Koperasi
- MyAngkasa Holding (Koperasi Kerajaan)
- MyAngkasa Mukmin (Pengurusan Jenazah)
- Perpetual Trustee Berhad (Syarikat Amanah)
2) Underwriters / Penaja Jamin
- Takaful Ikhlas
3) Third Party Administration (TPA)
- Emas Medicare
About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072
Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus















































