Sunday, April 23, 2017

Mintak 'Adjust' Permohonan Takaful

Abg tak kecik hati bila promosi Takaful saya, awak cuma pandang sebelah mata je. Malah abg tak kecik hati pun bila awak buat tak tau je.

Cuma......

Abg kecik hati bila awak dah sakit teruk, baru cari abg.



Abg kecik hati bila awak mintak abg "adjust" permohonan Takaful awak tu, kasi lepas supaya awak boleh claim segera untuk penyakit yang dah ada.

Seolah olah kerja abg ni macam tak bernilai, menyuruh abg menipu dalam kerja.

Tolong la awak, jangan buat abg kecik hati macam tu. Mohonlah awal sebelum ditimpa macam macam penyakit. Ishk!! 😩

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Konvokesyen UiTM Ke-86: Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Secara Mode PLK Blended

Perjalanan sebagai student part time program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) mode PLK Blended (Pengajian Luar Kampus) akhirnya sampai ke penghujungnya.

Batch PLK Blended Ijazah Perakaunan (Kepujian) Tahun 2011 & 2012

Abg mula sesi September 2012 dan tamat sesi Jun 2016. Ambil masa lebih kurang 4 tahun untuk tamat pengajian secara part time.

Alhamdulillah...
Berjaya bergraduat dengan ijazah kelas pertama (CPGA >3.50).

Bagi sesetengah orang kata, buat ijazah perakaunan secara part time adalah benda yang susah. Sebab perakaunan adalah bidang dan subjek profesional. Itu orang yang cakaplah. Apa yang abg nak cakapkan pulak ialah;

When
Impossible
Become
I m Possible

Sekiranya abg tak mulakan langkah pertama pada tahun 2012 dengan daftar jadi student part time, sekarang ni (2017) abg masih berada di level dan takuk diploma aje.

Dah ada degree ni Insyaallah akan sambung ke program Profesional pulak lepas ni. Pelan-pelan kayuh. Ha kot la ada yang nak sponsor yuran pengajian profesional boleh la pm abg kot. Hahahaha. Nak tunggu Pound Sterling turun lambat sangat.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Meninggal Dunia / Masuk Hospital Ketika Berada Di Luar Negara

Kalau pergi luar negara kemudian ditakdirkan meninggal luar negara, kos nak bawa balik jenazah mencecah puluh ribu.

Dari pengalaman kawan-kawan abg setakat ni, kos bawa pulang jenazah;

Australia ke Malaysia - RM 60,000
Indonesia ke Malaysia - RM 15,000

Jenazah yang nak bawa balik ke Malaysia akan melalui Kastam, dimasukkan dalam kargo dan perlu permit import/eksport. Manakala ahli keluarga yang hidup, akan pulang melalui imigresen sebab orang yang hidup boleh sign, cap jari, tunjuk passport.

Kos yang tinggi turut disumbang oleh kadar tukaran wang (foreign currency) di negara di mana jenazah nak di'eksport' keluar.

Panduan membawa balik dan keluar mayat atau abu mayat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Klik Sini)



Kos bawa balik jenazah boleh dituntut semula jika ada insurans/takaful yang diambil di Malaysia atau travel insurans/takaful.

Itu untuk kes meninggal dunia luar negara dan nak bawa pulang jenazah balik. Kalau sakit mengejut, ditimpa kemalangan dan masuk hospital luar negara, lagi masak. Bil hospital sana bukan murah macam bil kat Malaysia yang bersubsidi untuk rakyat Malaysia. Dah berlaku beberapa kes rakyat Malaysia mohon bantuan kos perubatan kerana dirawat di hospital luar negara. Siapa nak tolong kalau bil 50,000 USD ? Ha.... Sendiri mau beringatlah.

Untuk mereka yang ada ambil personal medical card insurans/takaful, bil perubatan luar negara boleh dituntut semula dengan syarat tempoh ke luar negara tidak melebih 90 hari berturut-turut.

Pergi luar negara bukan sebarangan aje. Persiapan kewangan mesti dibuat dengan sebaik-baiknya.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus