Tuesday, January 31, 2017

Bila Daftar Takaful Kerana Nafsu.....

Tak semua orang daftar takaful kerana keperluan. Ada juga yang daftar takaful sebab nafsu. Haaaaa ni contoh ilustrasi kartun yang ceritakan kisah daftar takaful kerana nafsu. Hehehehe....







Sejauh mana dan selama mana polisi takaful yang diambil atas dasar nafsu boleh bertahan ? Sebulan ? Setahun ? Jumpa agent yang lagi cantik dan muda , stop polisi yang lama, ambil dengan agent baru pulak.

Apa yang boleh claim dan apa yang tak boleh claim, dia sendiri tak tahu. Berapa amaun yang cover pun dia tak peduli. Sebab niat dia daftar takaful bukan untuk keperluan tapi kerana dorongan nafsu. Ada je manusia macam ni, macam-macam jenis abg dah jumpa. Huhuhuhu...

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Claim Kad Hospital - Pantai Hospital Manjung - Baby Terjatuh Head Injury RM 2,068.70




Musibah tak pernah bercuti. Cuti CNY baru ni anak klien abg terjatuh, cedera kat kepala lepas tu muntah-muntah.

Bawak pergi hospital 30 Januari, early diagnosis head injury dan doktor admitkan untuk buat CT Scan. Admit satu malam, discharge hari ni 31 Januari dengan jumlah bil Rm 2,068. Perghhhhh.....
Bil SATU hari boleh beli barang dapur SEBULAN.
Alhamdulillah takda kecederaan serius. Bil pun dah bayar guna Medical Card Takaful. 

Baby awak dah ada Medical Card Takaful ? 
Lau takda, bawak-bawak la buat Medical Card. Kalau baby terjatuh ke sakit ke, takda la awak kena berhabis sebulan punya gaji untuk bayar kos rawatan. Ye dak (^_^)

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Notis Kekurangan Dana Sijil Takaful (Insufficient Fund Notice)

APA ITU INSUFFICIENT FUND?

Ia adalah keadaan dimana nilai tunai dalam sijil takaful tidak mencukupi untuk tampung caj takaful akan datang. Peserta akan diberi notis Insufficient Fund (IF) 2 bulan lebih awal agar caruman dapat dilakukan sebelum sijil takaful luput.



Jadi, jangan terkejut kalau jumlah caruman yang dinyatakan dalam notis IF ni 2 kali ganda. Ia bukan bermaksud caruman dah naik 2 kali ganda. Caruman kekal pada kadar sama, cuma notis diberi 2 bulan awal, maka caruman yang diminta juga 2 bulan.

Nak bayar sebulan boleh, nak bayar 2 bulan pun boleh, asalkan bayar dalam tempoh 45 hari dari tarikh keluar notis. Insufficient fund adalah NOTIS AWAL sebelum berlaku sjijil lapsed. Jadi, jelas Insufficient fund dan sijil lapsed adalah 2 perkara berlainan.

Insufficient Fund akan berlaku dalam 3 keadaan;

1) Di peringkat awal permulaan sijil takaful jika coverage diletakkan agak tinggi dan caruman dibayar secara mode bulanan;

2) Bila dah lama tak bayar polisi (nilai tunai hampir habis digunakan untuk bayar caj takaful);
 
3) Keseluruhan jangka masa sijil takaful bertahan berdasarkan jangkaan pulangan nilai tunai.

Jadi kalau dapat notis insufficient fund, jangan panik, jangan gelabah, teruskan bayar caruman sijil takaful macam biasa. Kalau rasa ragu-ragu, contact aja agent takaful masing-masing untuk buat semakan.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Apply Coverage Sehingga RM 2 Juta Tanpa Perlu Medical Checkup !





-----------------------------------
PROMO 1 FEB - 26 APR 2017
-----------------------------------

TIADA MEDIKAL CHECK-UP SEHINGGA COVERAGE RM 2 JUTA !!

Jom rebut rebut peluang ni. Selalunya nak apply coverage lebih RM 700,000 pun dah kena blood test dan macam-macam test lagi.

Untuk tempoh masa terhad ini, pemohon boleh apply coverage takaful sehingga RM 2 juta tanpa perlu melalui proses medical checkup. Syaratnya mesti sihat dan tidak mempunyai apa-apa rekod penyakit.

JOM JOM !


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, January 26, 2017

Cara Guna Plug n Pay CIMB Bank

Cara Guna Plug n Pay CIMB Bank untuk bayaran polisi Zurich Takaful.


Bagi konsultan yang dah beli device Plug n Pay CIMB Bank dari Zurich Takaful. Meh sini abg share sikit cara buat bayaran polisi Zurich Takaful.

1. Download APPS Plug n Pay CIMB Bank. Boleh download dari Google Playstore atau [klik sini] untuk install.


2. Dah install, sila buat initial registration device masing-masing guna kod dan arahan yang telah Zurich Takaful berikan untuk device masing-masing terlebih dahulu.

3. Now, abg nak share cara buat bayaran. Pastikan device dah switch on. Phone juga perlu switch on BLUETOOTH dan juga GPS.



4. Masuk ke Apps Plug n Pay. Connect device Plug n Pay ke phone melalui bluetooth. Untuk phone yang dah pernah pairing dengan device, dia akan AUTO CONNECT dengan device. Bagi yang belum connect, boleh buat step berikut:


Pergi ke Reader Setting:



Connect to Reader:



Device CONNECTED dan masukkan password device masing-masing, klik SUBMIT:



Home Screen payment. Klik START PAYMENT.




Masukkan AMAUN bayaran. Dan isikan NOMBOR SIJIL yang hendak dibayar. Kemudian klik PAY NOW.

Nota:
a. Hanya 1 nombor sijil untuk sekali bayar
b. JANGAN isi detail selain nombor polisi (contoh no IC, nama, no telefon dan sebagainya) pada ruangan tersebut kerana PAYMENT anda TIDAK AKAN DICAPTURE oleh sistem Zurich Takaful dan menyebabkan polisi tersebut bermasalah dari segi payment.




Confirmkan payment. Jika amaun dan nombor sijil dah betul, klik CONTINUE.



Masukkan Kad Kredit / Kad Debit pada device Plug n Pay untuk proses bayaran. Masukkan nombor pin kad kredit / kad debit apabila diminta.








Siap. Now nak bagi resit pada klien. Isikan nombor telefon atau emel atau kedua-duanya sekali. Kalau nak hantar kat klien, ready siap-siap detail nombor telefon dan emel klien sebab masa buat payment TAK BOLEH keluar pergi apps lain. Nanti dia auto sign off.



Contoh resit yang diterima melalui sms dan emel.




Siap payment.



Cara Check Payment History/Resend Resit/Batalkan payment 

Payment history cuma bertahan 1 hari sahaja ya. Payment yang dibuat setiap hari, akan dihantar ke bank (credit settlement) pada jam 11.00 malam setiap hari.

Bermaksud, kalau nak batalkan payment (tersalah nombor polisi, tersalah amaun bayaran, sebagainya) mesti buat sebelum pukul 11.00 malam. Lepas dari tu, payment dah setel ke bank.


Pada paparan Home Apps Plug n Pay, klik garis seperti dalam gambar.


Klik SALES HISTORY.



Masukkan semula password device untuk verification.



Akan terpapar semua payment sijil anda pada hari tersebut. Klik pada payment yang nak resend semula resit / batal payment.



Kat sini boleh resend semula resit kepada klien. Dan juga kat sini juga boleh batalkan payment kalau tersalah bayar (Void Payment).



Ingat ya, nak batalkan payment sebelum pukul 11 malam. Lepas tu, tak boleh batal dah dan transaction history hari ini akan hilang bila masuk hari esok. CIMB akan hantar emel bila credit settlement telah dilaksanakan.



Okay selesai. Boleh log out Apps Plug n Pay dan matikan device Plug n Pay anda.

Jangan lupa untuk charge device SETIAP 14 HARI walaupun device tersebut tidak digunakan.

Sekian.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, January 22, 2017

Pampasan Insurans Konvensional - Wang Tidak Patuh Syariah

Antara sumber wang yang dikelaskan sebagai wang tidak patuh syariah ialah pampasan insurans konvensional.

Waris yang terima pampasan insurans konvensional perlu memulangkan wang tersebut kepada Baitulmal dan Majlis Agama Islam negeri.

Hanya wang premium yang telah dibayar, boleh digunakan oleh waris. Selebih dari tu, adalah wang tidak patuh syariah.



Keratan akhbar Edisi September 2016 terbitan Majlis Agama Islam Selangor.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Karnival Kewangan 2017 PWTC - Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional

Info dari Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCC).



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Karnival Kewangan 2017 PWTC - Serangan Phishing (ABM)

Peringatan serangan phishing dari Persatuan Bank Bank Dalam Malaysia (ABM).





About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Karnival Kewangan 2017 PWTC - Sijil Simpanan Premium BSN 2017

Cabutan Sijil Simpanan Premium BSN tahun 2017.



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Karnival Kewangan 2017 PWTC - 10 Isu Kewangan Anda (FOMCA)

Buku 10 Isu Kewangan Anda oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). Klik gambar untuk imej besar.

10 Isu Kewangan;

1. Pengurusan Kewangan
2. Pengurusan Hutang dan Tabungan
3. Perbankan
4. Pembelian Aset
5. Perlindungan Aset
6. Pelaburan
7. Persaraan
8. Penipuan
9. Panduan Membuat Aduan
10. Kewangan dan Kerajaan















About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus