Tuesday, January 31, 2017

Notis Kekurangan Dana Sijil Takaful (Insufficient Fund Notice)

APA ITU INSUFFICIENT FUND?

Ia adalah keadaan dimana nilai tunai dalam sijil takaful tidak mencukupi untuk tampung caj takaful akan datang. Peserta akan diberi notis Insufficient Fund (IF) 2 bulan lebih awal agar caruman dapat dilakukan sebelum sijil takaful luput.



Jadi, jangan terkejut kalau jumlah caruman yang dinyatakan dalam notis IF ni 2 kali ganda. Ia bukan bermaksud caruman dah naik 2 kali ganda. Caruman kekal pada kadar sama, cuma notis diberi 2 bulan awal, maka caruman yang diminta juga 2 bulan.

Nak bayar sebulan boleh, nak bayar 2 bulan pun boleh, asalkan bayar dalam tempoh 45 hari dari tarikh keluar notis. Insufficient fund adalah NOTIS AWAL sebelum berlaku sjijil lapsed. Jadi, jelas Insufficient fund dan sijil lapsed adalah 2 perkara berlainan.

Insufficient Fund akan berlaku dalam 3 keadaan;

1) Di peringkat awal permulaan sijil takaful jika coverage diletakkan agak tinggi dan caruman dibayar secara mode bulanan;

2) Bila dah lama tak bayar polisi (nilai tunai hampir habis digunakan untuk bayar caj takaful);
 
3) Keseluruhan jangka masa sijil takaful bertahan berdasarkan jangkaan pulangan nilai tunai.

Jadi kalau dapat notis insufficient fund, jangan panik, jangan gelabah, teruskan bayar caruman sijil takaful macam biasa. Kalau rasa ragu-ragu, contact aja agent takaful masing-masing untuk buat semakan.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D