Monday, February 7, 2011

Cara Lajukan Broadband Celcom Korang

Setting aku ni untuk broadband ZTE Proprietary USB Modem
Lama giler kot aku tak update blog aku nih sejak last post hari tu. Aku sibuk berfacebook pulak sekejap sampai terlupa aku ada blog ni.

Tengah aku syok berfacebook sepanjang cuti awal bulan Februari nih, aku tengok ramai benar yang bising2 kata broadband celcom teruk, lembab, siput dan yang sewaktu dengannya. Korang yang tau menyalak tapi tak reti nak komplen cara proper sampai bila² pun masalah korang tak settle. Sebab ramai yang menyalak tak tahu arah tuju, aku nak kongsikan cara lajukan broadband celcom dengan buat manual configuration setting yang aku dapat daripada celcom careline 1111.

Untuk manual configuration setting ni, korang cuma perlu buat sekali je dalam seumur hidup broadband celcom korang tu. Dan pastikan korang guna Window XP dan broadband modem ZTE Proprietary USB Modem.


Langkah pertama: Checking Network Strength
Check Connectivity Korang
1. Cucuk broadband celcom korang kat komputer, bukak Celcom Broadband Manager macam dalam gambar kat atas. Pastikan korang dalam state: disconnected

2.  Tengok korang punya broadband guna line ape? GPRS / EDGE / HSPA / HSPDA / 3G ? Susunan dari kiri skali adalah line yang paling cikai (GPRS) dan yang paling kanan line yang paling kuat/laju (3G). Line network ni ditentukan oleh kawasan liputan tempat korang tu. Kalau teruk, memang tak boleh tolong ape la. Tapi kalau line 3G, still lembab lagi, try buat manual configuration setting ni dulu.

3. Tengok signal bar pulak. Signal bar ni macam signal bar kat henfon jugak, makin sikit makin tak jelas la line korang dan makin lembab la nak loading internet. Ni pun ditentukan oleh kawasan liputan tempat korang jugak.

4. Klik kat drop down button tu, tengok kot² korang ada penah setting atau tak. Sekiranya korang tak penah setting, kat drop down button tu cuma ada pilihan Celcom 3G aje.

5. Klik kat Setting untuk langkah ke-2 pulak lepas korang checking line broadband korang (1-4) tadi. 

Langkah Kedua: Manual Configuration Setting
Bukak Configuration Baru
1. Klik kat Connection Settings.

2. Kat Config tu, korang klik Add. Pastu akan keluar Config File.

3. Kat Config File, aku ade bulat²kan item yang korang kena isi. Korang isikan ikut gambar kat bawah ni sebijik² ok.

Tiru Setting Ni

Dah tiru setting tu, jangan lupa klik OK !

Berjaya Create New Configuration !

Lepas korang tekan OK, korang akan dapat hasil macam kat atas ni. Korang dah berjaya cipta 1 configuration baru yang korang namakan Celcom. Teruskan sikit lagi, klik kat Network Settings pulak. Korang ikut setting macam kat dalam gambar bawah ni kalau tempat korang tu ade liputan 3G. Tapi kalau tempat korang tu takat EDGE aje, korang pilih Mode Preference 2G Only.

Network Selection Mesti Automatic
Dah settle, skang korang tekan pangkah. Tutup Celcom Broadband Manager korang.

Langkah Terakhir:
Aktifkan Connection Setting Baru
Pastikan korang dah tutup Celcom Broadband Manager, korang klik kat Start ---> Connect To ---> Celcom (setting yang baru korang buat tadi tu dalam langkah 2).

Dah siap klik, korang bukak balik Celcom Broadband Manager korang, pilih kat drop down button tu Celcom, setting baru tu, dan CONNECT !! Dah boleh guna internet !

Tak faham atau korang de masalah duit? korang tinggalkan komen dulu, nanti aku try tengok² kat mana yang korang tersangkut tu.

Jangan bising² tak tentu hala lagi tau semua. Kalau broadband korang still lembab, korang tukar je la pakai maxis ke, YES ke, DiGi ke, yang mana sesuai dengan bajet korang.''

Korang nak dapatkan diskaun untuk bil broadband Celcom tak ? Cuba caranya di sini.

Selamat menyetting hehehehe....