Sunday, May 20, 2018

Pengalaman Jual Kereta Kat CarSome Kelana Jaya

Setelah berkhidmat selama 9 tahun, akhirnya abg jual kereta abg yang dah travel sejauh 258,288km bersama-sama dengannya. Ke hulu hilir, appoinment takaful, jalan-jalan dengan family, ni la jauh perjalannya selama 9 tahun dengan Perodua Viva. Tang penggunaan minyak petrol, sangat-sangat menjimatkan. 

La ni dah pakai kereta baru, minyak kuat terasa jauh beza dari masa pakai Viva dulu. Adoyai..


Awalnya abg tak bercadang pun nak jual. Sebab loan pun dah habis, malas nak buat hutang baru. Rasa lega sangat bila takda loan kereta, macam-macam benda lain boleh belanja weh hahaha.

Tapi fikir punya fikir, hitung punya hitung, abg buat keputusan mengejut beli kereta baru. So abg tak mampu nak maintain (servis & insurans) 2 kereta padahal abg lebih gunakan 1 kereta aja, jual kereta Viva ni.

Mula-mula tu masuk iklan jual dalam Mudah.My. Ramai yang whatsapp/call, tapi banyak yang buang masa abg je. Abg letak harga RM 7,000 , nak nego sampai harga RM 4,000 tak dapatlah wei. Kereta ni walau mileage dia tinggi tapi maintainance dia superb abg buat. Tukar part pun semua pakai yang ori punya, tu boleh tahan jalan jauh sampai 250k km.


Macam-macam masalah bila iklan kat Mudah.My
  • Tawaran tak munasabah
  • Scammer made in Malaysia
  • Scammer made in Nigeria (negro)
Adoi letih nak melayan. Last-last ada member abg suggest jual kat CarSome, lokasi kat Kelana Jaya.

Bagi abg, senang gila jual kat CarSome;
  • Buat appoinment untuk inspect kereta (free)
  • Dia bagi harga tawaran (kita boleh accept atau tolak)
  • Kalau kita tak accept, boleh masukkan kereta kita dalam sistem Bid diorang. Used car akan bid online kereta kita
  • Andai kata kereta ada loan kat bank, pun CarSome akan selesaikan baki loan kat bank
  • JPJ, tukar nama, Puspakom, tak payah susah-susah nak fikir. CarSome uruskan sendiri.


Abg buat appoinment kat CarSome Kelana Jaya hari Ahad. Staff kat sana buat inspection kat kereta.



Lepas inspection, dia qoute harga offer beli kereta abg. Dan harga yang dia offer abg puas hati sebab menepati harga yang abg demand. So deal its on.

Inspect hari Ahad, setuju untuk jual, abg balik dulu kemas-kemas barang dalam kereta, Isnin esoknya abg hantar kereta pergi CarSome semula, petang Isnin duit jualan dah masuk. Masyuk la kejap waktu tu hahaha. Hari Khamis, CarSome hantar emel bagitau kereta dah tukar nama. Cepat betul kerja dia.

Dah hantar kereta, now nak balik rumah takda kereta, CarSome belanja pulak Grab untuk balik rumah. Adoiyai mudahnya jual kat sini. Tak banyak cengkadak macam kat tempat lain.


Gambar last kereta abg masa tinggalkan kat CarSome. Banyak kenangan dengan kereta ni. Nak jual kereta ? Try la CarSome. Bagi abg harga munasabah dan berbaloi, selain dari senang urusan jual kereta.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

41 comments:

  1. Dapat ke RM7k dekat carsome tu? Kalau masuk bid online harga pun x cantik, boleh cancel jual tak? Saya pun ada kereta tahun 2009 nak jual, lepas letak kat mudah, sama kes macam abang..yang nego ramai..tapi harga rendah sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat. Hari jual tu petang tu terus dia bagi Rm 6k, lagi RM 1k dia tahan dulu sementera tunggu kelulusan tukar nama kat JPJ. Dalam 2-3 hari je setel dapat full amaun.

      Kalau bid online pun rasa xpuas hati dengan harga, boleh cancel jual.

      Delete
    2. nak tanya, saya jual kereta kat mytukar.dah dpt pembeli.tapi nak cancel balik sbb baru rasa letak harga tak berbaloi.boleh ke nk cancel dan buat bidding balik?

      Delete
  2. sy ade viva tahun 2008 gak.klau condition kete x bpe comel,carsome ambik gak ke?

    ReplyDelete
  3. Kereta sy dah 2bulan xde insurans&roadtax..kira sadai kat rumah..carsome terima ke kereta mcm ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi kereta masih boleh jalan. Insurans dgn roadtax kalau dah jual kat carsome pun, akan dibatalkan oleh owner lama untuk dapat refund.

      Delete
  4. Saya nak jual kia carens saya,carsome terima kereta ni

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum . Ada apa2 masalah tak lepas jual kat carsome ? Baru plan nak jual tp takut ada masalah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, tak da masalah pun. Sebab
      1) loan dah habis bayar pada bank. tak sangkut kat mana-mana lagi. kalau ada loan kat bank pun, carsome akan bagi duit untuk setel loan
      2) tukar nama, finger print, semua buat pada masa kita hantar kereta. so kereta dah tukar nama atas carsome

      Delete
  6. Loan ade outstanding, then carsome bagi duit setel? Tak faham bossku

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bossku. staff dia akan ikut pergi bank buat settlement loan

      Delete
  7. Siapa yg beli kereta dkt carsome? Kalau nk beli kereta dkt carsome camne tuan?

    ReplyDelete
  8. Saya nk jual keta honda civic saya...saya call no tel...tak ada orang jawab pon...

    ReplyDelete
  9. Maaf nk tnya klw keta kita tu ada ubah skit2 diterima x??contoh kunci asal keta guna kunci biasa tp di ubah suai guna puch strt button je dan lain2 tanpa mnegubah struktur keta tu??diterima x??

    ReplyDelete
  10. Salam.. Saya nak tanya, kalau dah buat full settlement n nak buat e-batal hakmilik, kite kena follow up sendiri dgn pihak bank ke ye ? Atau carsome yg akan follow up ?

    ReplyDelete
  11. Kereta saya ada hutang bank lagi rm20k. Possible ke carsome akan amek harga melebihi hutang bank?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung nilai yg dorang letak lepas inspect+profit margin dorang..mcm sy lepas je..

      Delete
  12. Time nak amek keta..mmg normal ke dia cuma bg bill of sale shj?duit masuk bile?

    ReplyDelete
  13. Kereta Saya saga vvt tahun 2018.. loan Ada 8tahun..baru pakai 1tahun 4bulan.. boleh ke Saya nk jual walau loan masih banyak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau keta masih baru normally loan masih banyak compare to nilai semasa

      Delete
  14. Kalau kereta hutang kredit, bukan hutang bank & baki hutang ade lebih kurang rm 20 840 dlam mase 3 tahun lgi boleh jugak nak jual kat carsome?

    ReplyDelete
  15. Klu saga flx ada hutang dlm 4k lebih dia amik tak

    ReplyDelete
  16. Kalau kereta Toyota vios 2018 hutang Ada lagi kat Toyota finance.carsome ambil ke?

    ReplyDelete
  17. Baru isi online. Tengok harganya nnt drp carsome.

    ReplyDelete
  18. jual kereta kat carsome ni NCB/NCD kita bole amik x?

    ReplyDelete
  19. Berapa lama masa carsome ambil untuk inspection kereta?

    ReplyDelete
  20. ..rasa nk try gak sbb skrg dh iklankan kat mudah tp feedback kurang...cuma khuatir carsome valuekan terlalu rendah...

    ReplyDelete
  21. Salam, saya nak tanya betul ke kalau dah setuju nak jual dekat carsome, esok dah dpt duit, atau kena tggu smpai ada buyer nak beli kereta baru dpt duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah jual kat carsome amik masa berhari2 juga dia nk transfer, mula2 janji 2 hrs, lps da hntr kereta semua tiba2 lps 5 jam duit tak masuk2. Call tanye, diorang kata system down, makan berhari jugalah.

      Delete
  22. Kalau kereta ada baki banyak dari Harga jual macam Mana pulak tu?

    ReplyDelete
  23. Hari khamis ni sy ada appointment dgn carsome, kalau kita dh setuju dgn tawaran harga dia, ada carsome kena kan hidden charge x? Cth klu dia amik harga rm15k unt kereta, dia akan ambil percen dr harga tersebut

    ReplyDelete
  24. Waja 2003. Carsome offer 2k hahahahaa gelak beso laki den

    ReplyDelete
  25. Terima kasih share pengalaman. Saya pun tengah bercadang nak jual kereta iswara saya.

    ReplyDelete
  26. Jual kereta yg habis bayar dekat kedai memang diorng seronok sangat lah. Rugi la dh habis bayar loan pegi jual.

    ReplyDelete
  27. Klu unser tahun 2004 maseh berapa value..ya

    ReplyDelete
  28. Klu kereta pesona manual tahun 2014, berapa value ?

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D