Friday, October 26, 2018

Claim Kad Hospital - KPJ Ampang Puteri - Cirit Birit - RM 4,815

Klien abg baby umur 11 bulan. Kena cirit birit seminggu. Parents bawak pergi hospital, kena warded.

Untuk 3 hari rawatan dalam wad, kena bil RM 4,815


Mujur amek medical card cepat. Semua bil medical card cover dah. Kalau nak bayar duit sendiri, mau parents sekali tercirit 😂

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Ada Simpan Duit Dalam ASB ?

Ada simpan duit dalam ASB ?

Cepat-cepat buat Hibah Amanah.


Kelebihan Hibah Amanah
- Tidak perlu surat kuasa mentadbir atau geran probet untuk membuat tuntutan
- Penerima yang dipilih adalah penerima mutlak
- Boleh pilih sehingga 10 orang penerima


Jangan jadi salah seorang penyumbang kepada jumlah harta dibekukan 😊 RM 100 je boleh mudahkan waris-waris kita InsyaAllah.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Bunuh Diri Takaful Bayar Pampasan Dak ?

Pernah ada yang tanya abg...

"Bunuh diri takaful bayar tak pampasan kat waris?"

Jawapan untuk Zurich Takaful :

Operator Takaful TIDAK AKAN membayar manfaat kematian sekiranya peserta takaful membunuh diri dalam 12 bulan pertama bermulanya kontrak sijil takaful, sama ada dalam keadaan waras atau tidak waras.

Makna kata, lepas 12 bulan andai kata berlaku kematian bunuh diri, baru operator takaful boleh pertimbangkan untuk bayar pampasan kepada waris. Itu pun pastinya akan ada investigation, kenapa bunuh diri, apa puncanya, adakah berkaitan jenayah sebagainya.



Nyawa tiada nilai dengan wang ringgit
Pampasan sejuta pun tak berbaloi bunuh diri ya

Kalau ada masalah, boleh bincang selesaikan baik-baik
Bunuh diri tak akan selesaikan apa-apa masalah

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sad Emoticon Tak Membantu Pun

Masa depan adalah MISTERI. Kita pun tak tau akan datang kita kena apa-apa penyakit ke, ditimpa accident hilang sebelah kaki dan sebagainya musibah.


Member ramai setakat boleh bagi SAD EMOTICON 😌 aje la. Sad emoticon tu TAK BOLEH guna untuk bayar bil-bil yang rumah cukup bulan,bayar kos ubat, bayar doktor malah tak boleh guna untuk mengenyangkan perut !




Jadi kita SPEND HARI INI melalui sedikit caruman takaful contohnya sebulan RM 200, should anything bad happen, kita dah ada RM 500,000 untuk kita. Kalau bukan dapat kat kita, dapatnya pada pasangan dan anak-anak kita.

Rasa membazir ?

Sebenarnya banyak lagi perbelanjaan yang awak bazirkan secara sia-sia setiap bulan. Awak boleh ambil package itu ini full package, tapi satu pun tak boleh beri awak duit dan WAIVE bayaran bulanan bila awak ditimpa musibah.

If your financial protection is important for you,
YOU WILL FIND A WAY

If not, you will find an EXCUSE

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, October 25, 2018

Jantung Hanya Ada Satu

Sudahkah anda bersedia dari segi 💰💰 jika dapat serangan jantung & perlukan kos bedah jantung?

Pastikan anda ada medical card. Ia akan bantu kos perbelanjaan ketika anda sakit. Dapatkan ketika anda masih muda semasa premium masih murah.



Jangan harap 100% pada insurance dari majikan/company, kerana lepas berhenti pada usia 60 tahun. Siapa yg akan bayar?


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, October 24, 2018

Applikasi Carian Status Perkahwinan; MyKahwin

Takut bercinta dengan suami orang ?
Sering ditipu bila mula bercinta ?
Nak tahu status sebenar bakal pasangan?

Semak status melalui Apps MyKahwin 😋




Amacam berapa ramai akan download apps ni kalau ada developer buat?

Siapa ada kemahiran develop application (APPS) boleh buat banyak duit dengan apps macam ni. Sekali carian caj RM 10, orang sanggup bayar sebab nak check status perkahwinan. Hehehe

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Ikhtiar Untuk Dapat Zuriat

Ramai kawan-kawan yang belum dapat zuriat walaupun telah berumahtangga lebih dari setahun. Kat sini abg kongsikan ikhtiar yang boleh dilakukan oleh pasangan yang berusaha nak dapat zuriat. 

--------

Ikhtiar petua orang tua

1. Minum susu kambing dengan kurma. Kurma genggam suami isteri sambil berdoa, kemudian blend kurma dengan susu kambing. Minum suami isteri.


2. Minum air rebusan buah zuriat. Buah zuriah dibelah dua (keras yang amat 😅) dan direbus sehingga airnya menjadi kuning.

3. Jaga anak kecil (anak orang lain).

--------

Ikhtiar perubatan moden (by step)

1. Suami buat appoinment klinik. Buat sperm checkup untuk tahu tahap kesuburan lelaki. Jika tahap kesuburan kurang baik, doktor akan bagi rawatan supplement untuk lelaki. Kos sperm checkup RM 150.

2. Setelah selesai no 1 masih tiada hasil, maka isteri pula perlu buat appoinment dengan klinik. Kalau nak appoinment dengan klinik Dr. Hamid Arshat, kurang-kurang perlu tunggu 2 bulan untuk dapat appoinment. Maka mulakan ikhtiar dari sekarang.

3. Rawatan kesuburan di para 1 dan 2 tidak dicover oleh mana-mana medical card. Namun jika rawatan di para 2 mendapati si isteri sukar hamil kerana mengalami fibroid/cyst, maka pembedahan fibroid/cyst boleh menggunakan medical card.


--------

Ikhtiar doa

1. Selalu bersedekah dan mohonlah zuriat dengan Allah.

2. Kirim doa pada orang yang nak pergi umrah.

3. Doa masa sujud dan antara 2 khutbah.

4. Amalkan solat Dhuha

5. Amalkan Surah As Saffat ayat 100
Surah Ankabut Ayat 69

--------

Ikhtiarlah dengan cara yang mana pun yang baik.

Jika puas berikhtar, IUI sudah, IVF sudah, jangan berputus asa. Teruskan ikhtiar dan doa. Insyallah Allah kurniakan rezeki apabila sampai masanya.

Satu lagi, jangan stress. Abaikan mulut-mulut bawang 🤗

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, October 23, 2018

Maksud Tulisan Diagnosis Doktor

Selalu kita cakap doktor menulis macam cakar ayam. Cincai tak boleh baca. Hahaha. Rupanya di sebalik cakar ayam tu ada maksudnya yang tersendiri.





Maksud tulisan 'cakar ayam' doktor;


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Hidup Bukan Satu Pertandingan

Kehidupan bukan satu pertandingan
Renungkan




































































About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Skim Insurans Pekerja (EIS)

Skim Insurans Pekerja (EIS) diperkenalkan pada Januari 2018, dimana ianya dikendalikan oleh Socso. Bertujuan untuk membayar pampasan kepada pekerja yang diberhentikan oleh majikan (t&c).

Pada asalnya ramai pekerja tidak bersetuju dengan potongan paksa rela EIS dalam slip gaji. Semasa mula diperkenalkan, bukan main lagi ramai rakyat Malaysia yang menyelar dan menyindir langkah kerajaan, sampai ada yang cakap 

"aku tak halalkan kerajaan potong duit EIS ni"

Punya dahsyat mentaliti rakyat kita.

Sekarang riuh pasal 20,000 pekerja MMC-Gamuda akan diberhentikan kerja kerana projek dibatalkan oleh Kerajaan PH.


Dan sekarang EIS akan mula exercise his duty sekiranya negotiation antara kerajaan dan MMC-Gamuda tidak berjaya.

EIS akan dibayar selepas Jan 2019.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Bahaya Lorong Motorsikal

Sebagai penduduk Lembah Klang, abg kerap jugak bawak motor untuk ke sana sini jumpa orang. Bukannya sengaja nak naik motor pun, cuma dengan cara naik motor abg boleh jimatkan banyak masa dari tersangkut dalam kesesakan trafik, dapat jimat duit perjalanan tol (dalam bandar bersepah tol, keluar sini kena tol, keluar sana kena tol) dan jimat duit parking.

Kalau keluar bawak kereta, jem dah komfem, kena bayar tol pergi/balik, bayar parking lagi, masa terbuang lagi. Dah tu pulak lagi memburukkan keadaan keluar jumpa orang penat-penat, dia bagi jawapan 

"Nanti saya fikir dulu"

Lepas 5 tahun, baru dia habis fikir cari abg balik nak sign takaful. Waktu tu bila abg cakap harga dah lain sebab umur beza, kos hospital pun dah naik, mula la dia salahkan takaful macam-macam. Adoyai manusia 😪

Cerita pasal lorong motor, ada setengah laluan disediakan lorong motor. Yang famous Federal Highway, KESAS Highway. 

Ha... Abg kalau malam, hari dah gelap, memang tak la nak lalu lorong motor. Bahaya beb.


Lorong motor kerap jadi kes samun, orang tunggu dalam terowong (lagi-lagi KESAS), sabotaj macam dalam gambar tu pasang dawai. Kalau sebut pasal kes tabur paku kat lorong motor, memang kejadian yang selalu jadi la kat orang lain. Hari siang pun orang tabur paku, pastu siap boleh iklan pulak kat divider jalan 

"Tayar Pancit 24 Jam Call XXX-XXXX"

Pernah sekali tu abg balik malam dari Puchong, lalu KESAS Highway, lepas je dari tol Awan Besar ada roadbloack JPJ.

Ah sudah. Dalam hati abg pasrah je la ni kalau kena tahan dengan roadblock kena saman RM 300 sebab tak ikut lorong motor.

Abg mencelah keluar tol belah kiri sekali, bawak motor pelan-pelan gear 3 je lalu kat roadbloack sebab expect akan ditahan, Alhamdulillah pegawai JPJ tak tahan abg. Syukur mereka pun ada pertimbangan wajar. Tak berani nak lalu lorong motor sorang-sorang kat KESAS tu.

Lorong motor asalnya untuk kemudahan dan keselamatan penunggang motorsikal, tapi kat Malaysia ni lorong motor adalah jalan bahaya untuk penunggang (tempat tabur paku, samun dalam terowong, jalan berlubang-lubang, selekoh tajam yang amat)

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Rasa Berat Nak Carum Takaful

Bang...

Nak suruh mencarum RM300 sebulan untuk Takaful Income Replacement RM500,000 yang saya cerita ni, memang abang rasa berat

Komitmen banyak lah, hutang bank pun belum selesai, belanja sekolah anak lagi, nafkah isteri dan macam macam lagi lah alasan yang abang boleh terfikir nak kasi

Tapi bang, percaya la cakap saya
Bila doktor cakap abang hidap penyakit serius
Bila doktor cakap nyawa abang ada 6 bulan je lagi 
Bila doktor sahkan abang dah hilang keupayaan untuk bekerja lagi


Masa tu lah abang terhegeh hegeh jumpa saya
Dengan harapan nak tukar duit
RM300 nak tukar jadi harta RM500,000 
Tetiba RM300 sebulan tu rasa kecik je
Malah, suruh bayar RM1,000 sebulan pun abang sanggup

Sebab abang dah terdesak
Sebab abang baru terfikir masa depan keluarga

Jangan cakap saya tak ingatkan abang ya
Jangan menyesal kemudian hari bang

~I wish I could help more people

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, October 21, 2018

Cara Periksa Kanser Payudara Dengan Tangan (Self Examination)

8 angkah mudah periksa payudara untuk kesan kanser payudara. Pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa.


Star2 21 Okt 2016

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Malu Nak Cakap Buat Bisnes Takaful

"Abang, takde ke rasa malu bisnes takaful, jumpa orang kena rejection."

Ni jawapan abg.

Malu ?

Kena rejection itu sangat normal dalam takaful sebab orang yang abg jumpa masih sihat. Kalau abg malu pun, sekejap aje malunya pun.

Cuba kau bayangkan pulak, macam mana keadaan orang yang tak ada takaful, tup-tup jatuh sakit. Dah sakit, kena pulak buang kerja, duit tak ada, ubat dan kos hospital kena bayar, anak sekolah lagi, gaji bini tak banyak mana.



Terpaksa pinjam duit sedara kawan-kawan. Jual harta benda yang ada, rumah pun sanggup jual undermarket sebab nak pakai duit urgent. Naik turun sana sini mintak bantuan.

Still tak cukup duit. Masuk pulak paper, fb. Lagi malu tapi mereka tebalkan muka sebab terpaksa.

Apalah sangat nak banding dengan abg, malu hanya kena reject takaful , dengan malu yang mereka bakal tanggung bila abg tak promot takaful.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Lelaki Sering Sakit Kepala Disahkan Barah Otak

KOTA BHARU: Keadaan seorang bekas pemandu lori sering mengalami sakit kepala sejak dua tahun lalu, akhirnya terjawab apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat.



Mohd Yasin Mat Said @ Muhammad, 39, dikesan menghidap penyakit itu selepas tidak dapat lagi menahan sakit, Februari lalu, dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Krai sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Kakak sulungnya, Hasmirah, 47, berkata sebelum ini Mohd Yasin menyangkakan ia sakit kepala biasa, justeru hanya memakan ubat dibeli dari kedai tanpa mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

“Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin teruk pada Februari lalu sebelum menjalani imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan) di HUSM dan disahkan menghidap barah otak tahap empat.

“Susulan itu, adik menjalani tiga kali pembedahan di kepala antara Julai hingga September lalu, termasuk yang terakhir bagi membuang air sebelum dimasukkan wayar dari kepala disalurkan ke perut, selain 20 kali rawatan kemoterapi,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Beliau berkata, Mohd Yasin yang masih bujang dan tinggal di Kampung Gelong Gajah, dekat Machang, kini terlantar akibat lumpuh dari paras pinggang ke bawah, terpaksa mengenakan lampin pakai buang dan tidak boleh bercakap.

Katanya, keadaan semakin sukar apabila ayah mereka, Mat Said @ Muhammad Ibrahim, 69, juga tidak mampu berjalan selepas kaki kanan patah akibat kemalangan pada Mei lalu, sementara ibu, Remelah Mat San, 66, pula perlu menjaga Mohd Yasin.

“Sebelum ini, ayah bekerja sebagai penoreh getah. Namun selepas kemalangan, ayah tidak boleh bekerja dan hanya mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

“Wang itu digunakan untuk menyara keluarga, kos ulang-alik rawatan adik di HUSM dan membeli lampin pakai buang serta susu,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke dalam akaun Bank Islam: 03045022016391 atas nama Remelah Mat San.

------
Sahabat yang baca kisah ni marilah kita bantu.
Tak boleh Rm 100, kita usaha bantu RM 10
Insyallah Allah jadikan sedekah kita dibalas dengan kebaikan berganda-ganda

Bank Islam 
03045022016391
Remelah Mat San

------

Berita dari: Berita Harian

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Penyakit Anak Bawah 3 Tahun

BERIKUT ADALAH PENYAKIT-PENYAKIT YANG BIASA MENYERANG KANAK-KANAK BAWAH 3 TAHUN, DAN PENGGUNAAN MEDICAL CARD PALING BANYAK KERANA SAKIT - SAKIT BERIKUT :-

1. Acute Pharyngitis
2. Rota Virus
3. Acute Gastroenteritis
4. Acute Bronhiolitis
5. Bronchopneumonia
6. Diarrhea
7. Viral Croup
8. Influenza A





Apa jadi kalau BARU nak apply lepas dah kena sakit - sakit ni?

✅Permohonan jadi panjang, elok - elok hanya 24 jam permohonan boleh lulus, tapi kerana dah pernah diserang sakit ni perlu kemukakan beberapa dokumen seperti discharge summary & report doktor.

✅ Mungkin ada pengecualian coverage jika permohonan takaful diluluskan, contohnya apa - apa sakit yg berkaitan sakit tersebut tidak akan dicover dalam satu tempoh.

✅ Permohonan mungkin ditangguhkan, sehingga satu tempoh. Contoh lepas baby dah setahun atau dua tahun baru boleh cuba mohon semula.

*Apa - apa pun keputusan company insurans / operator takaful bergantung pada situasi / tahap sakit anak anda.

Kerana itu, lebih baik mohon takaful seawal 30 hari selepas lahir sebelum apa - apa sakit menyerang bayi anda kerana bayi bawah 3 tahun kurang imune badan.

P/S: Jika kita lihat, rawatan di hospital swasta takde pun yang kurang RM4,000 sekali warded. 😂

Sementara masih sihat, jom bertindak memiliki medical card untuk anak.
Untuk rawatan yang segera & selesa. 👍

Jom mohon Takaful
Klik je SINI

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Elok Ke Guna Air Fryer ?

Post ini bukan untuk memburukkan air fryer, hanya menyelar segelintir populasi yang mengatakan air fryer adalah alat yang wajib ada di dapur, akan menjadikan makanan sangat sihat dan boleh kurangkan kanser. Baca dan hadam, penulis hanya bermaksud, bahaya boleh ada tak kisah gunakan minyak atau airfryer, kurangkan lah makanan tinggi kanji dengan suhu yang tinggi.

Ada yang pernah bertanya adakah penggunaan air fryer bagus?

Apa itu air fryer? 



Ia adalah alatan di dapur yang menggunakan suhu tinggi dan kitaran udara panas yang digunakan untuk memasak makanan, tanpa sebarang minyak atau agen lain. Ramai yang terpengaruh untuk membeli, soalnya, adakah ia benar-benar bagus?

Jika kita lihat penggunaan airfryer sebenarnya boleh mengurangkan penggunaan minyak ketika menggoreng, boleh kurangkan kalori dalam makanan, namun, ada juga kesan sampingan akibat penggunaan suhu tinggi ini.

Penggunaan suhu tinggi untuk memasak makanan yang tinggi kanji seperti ayam goreng celup tepung dan ubi kentang goreng, ubi goreng dan sebagainya mampu menyebabkan terhasilnya satu bahan yang dikenali sebagai acrylamide.

Akrilamida ini dikelaskan sebagai kompaun yang mungkin meningkatkan risiko kanser. Dalam kajian literatur yang dilakukan, kebanyakan kesan toksik direkodkan adalah dalam kajian menggunakan haiwan. Namun, tidak dinafikan akrilamida ini mempunyai kesan sampingan dan menjadi tanggungjawab kita untuk cuba mengurangkan akrilamida dalam makanan.

Ingat, makanan tinggi kanji, suhu tinggi, tak kira digoreng atau tidak, ia akan menyebabkan terhasilnya akrilamida. jadi, penggunaan airfryer masih agak tidak signifikan jika tujuannya untuk mengurangkan kesan toksik, jika ia untuk mengurangkan penggunaan minyak, maka gunalah.

Keropok lekor juga ada akrilamida ya! tambah yang guna banyak tepung ubi dan kurang ikan dalam keropok berkenaan!

Jadi bukan kewajipan setiap dapur untuk ada airfryer, mahu cara masakan lebih sihat? cuba kukus atau sup bening (masakan orang jawa), ini memang tanpa minyak terus.

* * *

Addendum:

Kami nak jelaskan sedikit kekeliruan di sini.

Seperti yang disebut di atas, memasak makanan berkanji dgn suhu tinggi akan menghasilkan acrylamide. Ya memang kita boleh menggunakan air fryer utk memasak pada suhu rendah. Tapi tak tercapailah kesan menggoreng tu (maillard reaction).

Penggorengan garing hanya dapat dikecapi pada suhu tinggi. Ye laa, kalau dah menggoreng, tapi tak garing, tak brown dan tak crunchy, bukanlah menggoreng namanya. Dan bila suhu tinggi, acrylamide pun terhasil sebagai kesan sampingan dari Maillard reaction antara pengurangan gula dan asid amino, terutamanya asparagine).

Rujukan

1. Kumar et al 2018. Dietary Acrylamide and the Risks of Developing Cancer: Facts to Ponder. Front Nutr.
2. Nazir & Sharif. 2018. Health risk assessment of acrylamide in deep fried starchy foods among students. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia.
3. Giovanelli et al 2017.Comparative study of physico-chemical and sensory characteristics of French fries prepared from frozen potatoes using different cooking systems.Eurepoean Food Research and Technology.

Post asal Ini Sains Beb

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Saturday, October 20, 2018

Claim Kad Hospital - KPJ Ipoh - Demam Viral - RM 2,779.25

Baby demam panas. Bawak masuk hospital. Bil hospital 3 hari demam panas Rm 2,700. Sebulan punya gaji kalau bayar cash!

Parent dapat bilik berdua, rawatan Q cepat dan kos ribu-ribu jadi percuma. Medical card baru amek 6 bulan, sebulan bayar Rm 100 je.



Fuh, Alhamdulillah seronok dapat tolong bayar bil hospital klien. 😄😄😄

Jom mohon takaful.
Klik SINI

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Di Mana Air ? - Tanya Si Ikan

Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berkelah di tepi sungai. Si ayah kemudian mengambil bekal air dan meminumnya.

"Segar betul air ni..", si ayah berkata kepada anaknya.
“Air ini ciptaan Allah yang luar biasa, ia boleh menghilangkan dahaga dan menambahkan tenaga. Air adalah sumber kehidupan makhluk yg hidup di muka bumi ini, tanpa air semua makhluk hidup akan mati.”
Pada saat yang sama, seekor ikan mendengar percakapan itu dari bawah permukaan air, ia menjadi gelisah dan ingin tahu apakah yang dikatakan air itu, yang kedengarannya segar, ciptaan Allah yang luar biasa, dapat menghilangkan dahaga dan menambah tenaga, dan sumber kehidupan makhluk hidup, serta tanpa air semua makhluk hidup akan mati.



Ikan itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya,

“Hei, tahukah kamu di manakah air ? Aku telah mendengar perbualan manusia yang luar biasa tentang air.”
Ternyata semua ikan tidak mengetahui di mana air itu, si ikan semakin gelisah, lalu ia berenang menuju mata air dan bertemu dengan temannya Si Katak.


Si Ikan bertanyakan hal yg sama kepada Si Katak,
“Katak, tahukah kamu di manakah air ?”

Katak pun tertawa dan menjawab ,

“Tak usah gelisah temanku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, air itu luar biasa, sumber kehidupan dan tanpa air kita akan mati. Tetapi untuk mengetahuinya mari ikut aku.."

Si katak melompat ke atas daun teratai diikuti oleh ikan.
"Hap...hap...hap aku disini tidak boleh bernafas..", kata ikan.

Dan ikan pun melompat kembali ke dalam air sungai. Akhirnya ikan tersebut memahami apa itu air, dan air itu memang luar biasa dan sumber kepada kehidupannya.

________________


Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan, mencari ke sana ke mari tentang kehidupan dan kebahagiaan, walhal dia sedang menjalaninya dan menyelaminya, bahkan kebahagiaan sedang mengelilinginya sehingga dia sendiri tidak menyedarinya.


Nikmat Allah itu seperti air di sekeliling ikan, sangat banyak meliputi kehidupan kita, sehingga kita terkadang tak sedar bahawa semuanya adalah nikmatNya. Kita mengeluh mendapat musibah, padahal kita tidak pernah bersyukur atas nikmat yang tak terhingga.

Kita merasakan nikmat sihat bila kita sakit,

Kita merasakan nikmat kaya, setelah kita jatuh miskin,

Kita merasakan nikmat kasih sayang setelah orang yg dekat dgn kita tiada, seperti ikan merasakan nikmat air ketika dia di daratan.

Bersyukurlah walaupun hidup diuji macam-macam.

Ucaplah Alhamdulillah.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Firman Allah :


“Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nkmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).”


( Ibrahim, ayat 34)

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, October 19, 2018

Kehidupan Dunia Adalah Sementara

1. Ramai memiliki rumah besar tetapi anggota keluarga semakin kecil.

2. Anak-anak ramai semakin bijak tetapi akhlak semakin rendah.

3. Perubatan semakin canggih tetapi penyakit semakin banyak.

4. Melancong keliling dunia tetapi tidak kenal tetangga berdekatan.

5. Pendapatan semakin meningkat tetapi ketenteraman jiwa semakin kurang.



6. Kualiti ilmu semakin tinggi tetapi kualiti emosi semakin rendah

7. Manusia semakin banyak tetapi rasa kemanusiaan semakin menipis.

8. Pengetahuan semakin luas tetapi adab semakin tidak terkawal.

9. Ramai kawan di dunia maya tetapi tidak mempunyai teman sejati.

10. Minuman semakin banyak jenisnya tetapi air bersih semakin kurang.

11. Jam tangan pelbagai jenama tetapi tidak pernah tepati masa.

12. Ilmu semakin tersebar tetapi fikiran semakin sempit.

13. Pembelajaran semakin mudah tetapi guru tidak lagi dihargai.

14. Teknologi dan informasi semakin canggih tetapi fitnah dan aib semakin berleluasa.

15. Orang yang rendah ilmunya banyak bicara tetapi yang tinggi ilmunya banyak terdiam.

Renung-renungkanlah...

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Aku Duit

Salam perkenalan,


Nama aku : Duit
Nama lain : Wang

Wajahku biasa-biasa sahaja, fizikalku pula sangat lemah. Namun aku boleh memporak perandakan penghuni dunia ni dengan sekelip mata.

Aku juga "BOLEH" mengubah perilakumu dari baik menjadi jahat, bahkan mengubah sifat manusia, kerana manusia sentiasa mengejar dan mengidolakan aku.

Banyak orang berubah keperibadiannya kerana aku. Ada yang mengkhianati temannya, ada yang sanggup menjual tubuh badannya, bahkan ada yang sanggup meninggalkan keyakinan imannya, demi mengejar aku.



Hebatkan aku ?

Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang soleh & jahat, tetapi manusia menggunakan aku untuk mendapatkan darjat, menentukan kaya atau miskin & rasa dihormati atau terhina.

Aku bukan iblis, tapi orang selalu melakukan perkara yang keji demi mengejar aku.

Aku juga bukan orang ketiga, tapi banyak suami isteri bercerai gara-gara mengejar aku, adik beradik bergaduh dan saling membenci kerana aku. Anak dan orang tuanya berselisihan kerana aku.

Sangat jelas aku juga bukan tuhan. Tetapi manusia sanggup menyembah aku seperti tuhan, bahkan kerap kali hamba-hamba tuhan lebih menghormati aku, padahal banyak ulama sudah pesan jangan jadi hamba DUIT.

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapa pun, tapi ramai orang sanggup mati demi aku.
Suka aku ingatkan...

Aku boleh ditukar utk menjadi resit ubat kamu, tapi aku tak mampu untuk memanjangkan umur kamu.

Kalau suatu hari nanti kamu dijemput oleh Allah swt, aku tak boleh menemani kamu. Apalagi untuk menjadi penebus dosa-dosa kamu. Kamu mesti berdepan dengan Allah swt sendirian tanpa aku.

Saat itu, Allah pasti akan mulakan penghitungan dengan kamu, ADAKAH SELAMA HIDUP KAMU MENGGUNAKAN aku ke jalan yang baik, atau sebaliknya MENJADIKAN aku sebagai Tuhan ?

INI AMANAT AKHIRKU :

Aku "TIDAK ADA DI SYURGA",

Jadi jangan cari aku disana.

CADANGAN AKU :

1. Jangan terlalu sayang dengan aku.

2. Jangan lupa gunakan aku untuk bayar Zakat, Infakkan aku selalu, Sedekah aku selalu supaya aku menjadikan hidupmu lebih "BARAKAH" di dunia dan akhirat.

~ Imbangi Antara Pemburuan Dunia Dan Akhirat ~

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Claim Kad Hospital - Colombia Asia Hospital - Denggi - RM 2,953

Dalam simpanan rekod abg, terlalu banyak rekod bukti claim medical card hospital klien-klien abg. Sampaikan abg takda masa nak update kat blog. Hahaha

Ni claim klien abg tahun lepas baru la ni ada masa nak upload balik satu-satu mana yang dalam simpanan abg.




Admit Colombia Asia Hospital Puchong kerana denggi. Bil kena Rm 2,953, takaful yang tanggung Alhamdulillah.

Nyamuk punya bawaan, mau terbang duit 2-3 ribu untuk sihat semula kalau bayar by cash. 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Anak Kecil Pergi Kerja Ganti Tempat Ayah

Pendapatan kita akan terhenti sejurus kematian kita.

Jika dulu masa hidup, ayahnya kerja engineer, pengarah syarikat, cikgu sekolah, bulan-bulan bawak balik gaji nafkah keluarga...

Namun, anak mahupun isteri tidak akan sama sekali mampu menggantikan pekerjaan ayah/suami yang telah meninggal untuk dapat income yang sama bagi meneruskan komitmen hidup..


Ini anak abg. Andai kata abg meninggal dunia, anak abg tak mampu untuk ganti abg jadi agent takaful. Begitu juga dengan wife abg, belum tentu dia mampu jadi agent takaful macam mana abg masa hidup cari nafkah.

Tak sanggup abg tengok muka anak abg kecik-kecik kendong fail sana sini tolong maknya cari rezeki andai kata abg takde daya atau dah pergi dulu. Sebak rasa hati. 

Maka abg sendiri subscribe pelan takaful income replacement, letak nama isteri sebagai penerima hibah.

Dengan Takaful income, gaji si ayah tadi akan dapat diganti setiap bulan untuk keluarga teruskan hidup.

Soalannya, adakah awak sebagai si ayah/suami telah buat Takaful income ?

Nak mohon takaful ?
Klik je SINI

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, October 17, 2018

Manfaat Medical Card untuk anak

Kebiasaannya orang berkira-kira untuk beli insurans takaful untuk anak.

Iyelah, anak sihat lagi bukan ada sakit pun, maka terasa seperti satu pembaziran bayar bulan-bulan sedangkan anak tak sakit.

Ha... Selalu orang terperangkap kat situ.
Bila anak dah sakit, baru kalut satu family. Siapa nak cuti jaga anak, siapa nak bayar bil anak, macam-macam hal akan timbul kemudian hari.

Maka, waktu anak masih sihat ni la masa yang terbaik untuk buat insurans anak. Kalau dah sakit baru nak buat, nak bayar sebulan seribu pun insurans tak akan terima lagi.


Manfaat medical card untuk anak


1. Bil hospital tak payah nak pening kepala. Takaful direct bayar ke hospital.

2. Boleh admitkan anak ke hospital panel yang terdekat dengan rumah. Senang kita mak ayah nak berulang alik ke rumah.


3. Ibu-ibu lebih selesa jaga anak dalam wad single room/double bedded. Lebih mudah jaga aurat pastu waktu melawat sangat fleksibel.

4. Ibu-ibu kena ambil unpaid leave/emergency leave untuk jaga anak kat hospital ? Apa kata kalau takaful bayarkan elaun harian hospital sehari 150. 10 hari anak warded dapat Rm 1,500 dah. Ape adahal dengan unpaid leave, anak lebih utama.

Ha, anak dah ada medical card tak ?

Nak selesa macam no 1 - 4, kena la invest sikit untuk anak. 😀

Nak Proposal Takaful untuk anak ?
Klik je sini nanti abg sharekan

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

100gram Emas Hangus Dalam 1 Hari

"Ah, dari aku bayar takaful sebulan RM 200 lebih baik aku invest beli emas 1 gram sebulan." - Kata seorang investor

Ha yelah, memang betul investment tu memang penting.

Tapi tahukah hangpa, bila tak ada insurans, untuk buang 5cm batu karang kat ginjal atau pundi kencing hangpa akan perlukan kos yang menyamai 100 gram emas hangpa (nilai tunai Rm 15,000) ?



Katalah sebulan hang simpan 1 gram sebulan, 100 gram hangpa ambil masa 100 bulan @ 8.33 tahun, dan segalanya habis gitu aje untuk 1 operation batu karang yang admit hanya untuk 3 hari der.

Batu karang sakit wei, hangpa nak tunggu turn seminggu dua minggu kalau sanggup tahan sakit untuk jimat hospital duit takde hal. Tapi sanggup ke ?

Ha, jadilah investor yang bijak. Beli la banyak mana pun emas kalau mampu, tapi utamakan perlindungan ASAS terlebih dahulu. Jangan ibarat membina rumah, tapi tidak bertiang, sekali angin lalu, rebah semuanya. 😋

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, October 16, 2018

Bagaimana Takaful Boleh Membantu Anda?

Faedah Kematian : 
Sekiranya berlaku kematian pada pemegang polisi,faedah ini boleh membantu meneruskan perbelanjaan seisi rumah orang yang ditinggalkan. Samaada ianya berterusan atau tidak,bergantung kepada konsultan yang menyusun faedah.



Faedah Lumpuh Kekal : 
Sekiranya berlaku Lumpuh Kekal kepada pemegang polisi,faedah ini membantu mengekalkan pendapatan sedia ada si pemegang polisi,sambil mengekalkan simpanan dan asset sedia ada.

Faedah Sakit kritikal : 
Sekiranya berlaku Sakit Kritikal kepada pemegang polisi,faedah ini membantu menyediakan perbelanjaan bagi Kos bukan perubatan yang tidak ditanggung oleh Syarikat insurance(Sekiranya ada Medical Card),ianya seperti makan minum,duit minyak ulang-alik hospital,perbelanjaan keperluan asas pesakit,dan lain-lain.

Faedah kemasukan Hospital : 
Sekiranya pemegang polisi di wadkan,elaun ini sebagai gantian pendapatan sepanjang kemasukkan di hospital. Sekiranya di wadkan selama sebulan,pendapatan bulanan boleh diperoleh semula bagi mengekalkan perbelanjaan rumah. Apapun masih bergantung pada cara menyusun faedah dari konsultan.

Sekian,

Bagi mendapatkan penyelesaian dengan gambaran menyeluruh. Let's mengeteh dengan abg !

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Jual Minyak Masak Terpakai Untuk Dapat Tunai

Tahu tak yang korang boleh tukar minyak masak terpakai jadi duit ? Minyak masak yang terpakai boleh dijual kilo pada harga RM 1.20 sekilo di Pusat Belian Bahan Kitar Semula.



Lokasi: Pusat Kitar Semula Alam Flora, Presint 9 Putrajaya
Harga: RM1.20 / kilogram

Lepas ni, jangan buang je minyak masak yang dah guna ya 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus