Friday, January 25, 2019

Claim Elaun Warded Guna Discaj Note Dalam Bahasa Asing

Admit di hospital luar negara dan kemudian pulang ke Malaysia nak claim elaun warded dari Zurich Takaful.

Ini discaj note dalam bahasa Korea.

Salam puan, saya nak submit claim medical reimbursement bill.. tapi discaj note dalam bahasa Korea? 
Ohh takpe Encik. Bagi jer.. Nanti kita cari orang untuk translate...

Hebat Zurich ni ... Bahasa untuk claim ni memang universal agaknya..

Bahasa apa pun boleh!
Yang penting kene dokumen original

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Duit Kredit Masuk Akaun Waris

Klien kena heart attack dan meninggal dunia pada usia 48 tahun.

Hari ini 23 Jan 2019, akaun waris arwah dimasukkan duit Hibah Takaful arwah sebanyak RM 223,304.00 untuk waris urus kehidupan tanpa arwah.


Ada tak mana-mana isteri yang nak cakap membazir suami ambil takaful bila jadi macam ni ? 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, January 24, 2019

Takrif Hilang Upaya Kekal

Total Permanent Disabilities (TPD)/Hilang Upaya Kekal (HUK) menurut takrifan sijil takaful Zurich;


1) Tak berdaya untuk duduk di kerusi tanpa bantuan

2) Tak berdaya bergerak dari satu bilik ke bilik tanpa bantuan

3) Tak berdaya mengawal rasa kencing & berak

4) Tak berdaya memakai & menanggalkan pakaian

5) Tak berupaya untuk mandi tanpa bantuan

6) Tak berupaya untuk masukkan makanan dalam badan tanpa bantuan.

Ada mana-mana 3 daripada 6 keadaan ini selama 6 bulan berterusan. Pampasan hilang upaya kekal akan diberikan

CUKUPKAH PAMPASAN TPD anda yang sedia ada?

Berapa yang sepatutnya ada ye?
Sekurang-kurangnya boleh cover 10 tahun gaji.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Mana Mungkin Takaful Tak Penting

Mana mungkin takaful tak penting kan?

Every week ini lah antara resit untuk claim dialisis yang kami sebagai konsultan dapat dari client. Total every week dia terpaksa spent kan dalam RM 1500++. 

Sebulan dekat RM 6000++ lebih kurang (amaun kadangkala terlebih/terkurang). Mungkin ini gaji bulanan anda atau lebih atau kurang. Tapi bayangkan ini lah duit yang dia terpaksa spent every month...



Sekurangnya sekarang dia boleh claim dan rolling kerana ada polisi takaful.

Kita pula apa persediaan? 
Bersedia bukan maksud meminta ya. Kena faham tu. Abg sebagai konsultan tak pernah doakan client abg pakat ramai sakit. 

Jangan bertangguh lagi sahabat sekalian. Hari ini mungkin anda menolak takaful. One day, abg bimbang anda akan berasa sangat ralat dan mungkin takaful menolak anda.

Jom set appoiment dengan abg !
........

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Petua Rawat HFMD

Abg nak kongsikan petua rawat HFMD yang dikongsi di FB untuk ikhtiar dan manfaat bersama. Post tersebut abg edit sedikit dari post asal untuk kesesuaian pembacaan.

------


Rasa tak sedap hati selagi tak share petua dan pengalaman kak sha sendiri bila anak kena virus HFMD. Lately ni ramai anak yang kena virus HFMD. Tak terkecuali anak kak sha pon kena jugak.

Mula-mula dia start dengan demam dan muntah-muntah di padang. Time tu dia ada sukan sekolah tadika. Lepas sehari dia mengadu sakit mulut, nak makan tak boleh. Tengok tangan dan kaki dah naik merah-merah.

Jiran saya berbangsa india, dia ada bagi saya satu petua. Jadinya Saya guna 100% rawatan tradisional cara org india ni ke atas anak saya semasa dia kena HFMD. 

Jadi saya nak kongsi petua yg jiran india saya bg ni. Ibu-ibu boleh amalkan ye kalau nak anak cepat sembuh dan kita juga kena yakin semuanya atas keizinan ALLAH SWT.

PERTAMA :- 
Saya bagi anak saya makan ais krim vanila. Ais krim ni nak bagi luka dalam mulut reda. Cubalah, memang sangat berkesan.

KEDUA :-
Ambil sebesen air paip. Masukkan serbuk kunyit satu sudu besar. Ramas-ramaskan daun sembambu ke dalam air tersebut. Letakkan air tersebut di bawah cahaya matahari dalam 2-3jam (saya letak pukul 10.40 pagi sampai pukul 1ptg ).

Bila dah agak-agak panas-panas suam, bagi anak kita mandi guna air ni. Jirus perlahan dari kaki ke kepala. Jangan bilas dengan air paip. Biarkan air kunyit dan daun sembambu ni di badan anak jadikan penawar.

KETIGA :-
Ramaskan daun sembambu dengan bedak sejuk. Lumurkan ke tangan ,kaki kat bahagian yang kena sakit ni. Jangan masukkan dalam mulut tau. Yang dalam mulut tu bagi makan ais krim vanila je.

Insyaallah. Selepas 3-4 hari pasti akan hilang . Cubalah sebab saya sendiri dah alami. Parut pun dah takde kat badan anak. Sangat mujarab petua ni. Pada yang nak share silakan ye. Saya cuma cerita berdasarkan pengalaman. Kita hanya perlu ihtiar dan tawakal.

Insyaallah segalanya dengan izin Allah swt

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tawaran Conversion Medical Card Dari Medica2015 ke Medica2016


Untuk klien-klien Medica 2015 yang terima surat kenaikan harga (repricing), sebenarnya anda diberi tawaran conversion plan yang lebih baik iaitu dari Medica 2015 ke Medica 2016. 

Masalahnya management Zurich Takaful yang sengal tak inform sekali dalam surat repricing yang dihantar. Bila klien mengamuk call, fb, emel ke Zurich, semua dijawabnya 'please contact your agent'. Senang je jawab lepas tangan.

Dan agent jugaklah yang jadi punching bag dari klien-klien yang terkejut dengan surat repricing tu. Tak keterlaluan dikatakan pengurusan baharu Zurich Takaful ni bodoh sombong, syok sendiri dan buat benda tak bincang lanjutOrang-orang lama dah resign termasuk CEO Salim Majid, dulu pun ada isu repricing Smartmedic100 tapi team management dulu lebih cekap dalam menguruskan conversion (SM100 ke Medica2015).



Kalau klien complaint pasal agent, cepat je nak suspend komisyen agent. Ni agent & klien nak complaint pasal management, boleh tak suspend gaji management ? Ha, naik darah pulak abg sebab minggu ni duk jadi punching bag klien, maka elok lah abg pulangkan punching & kicking semua tu ke pengurusan Zurich Takaful.

------

Berbalik kepada cerita tawaran conversion, mereka yang layak tawaran conversion ini adalah di kalangan pemegang Medica 2015 yang SIHAT dan TIADA REKOD CLAIM

Andai kata ada rekod claim, pernah claim guna medical card, maka tak layak untuk tawaran conversion. Cerita selanjutnya untuk yang tak layak, sila contact agent masing-masing untuk alternatif kurangkan caruman medical card.

Abg highlight keypoint tawaran conversion ni;
  • Hanya layak kepada Good Lives (mereka yang tiada rekod claim Medica2015)
  • Tawaran conversion hanya dalam tempoh 90 hari bermula 11 Januari 2019 - 11 April 2019 sahaja
  • Tempoh bertenang @ cooling period medical card baharu akan dikecualikan (waived)

Perbandingan manfaat Medica2015 dan Medica2017, abg highlight kelebihan (biru) dan kekurangan (merah) Medica2016 berbanding Medical2015.

Okay, bagi mereka yang layak untuk conversion ni, abg sangat recommend untuk buat conversion atas sebab berikut;
  • Caruman conversion boleh dapat rendah sedikit berbanding dengan bayaran caruman repricing (bergantung pada umur jugak)
  • Medica 2015 ialah pelan bayar hangus, Medica 2016 adalah pelan takaful attach bersama investmentlink (orang duk panggil pelan simpanan). Maka takdelah kerap sangat repricing dan hangus bayaran
  • Rawatan ICU dan tempoh followup treatment lebih panjang berbanding Medica2015.
  • Waiting period waive ! Ni paling penting. Tapi mesti conversion sebelum 11 April 2019

Jadi kepada klien-klien abg, abg akan bantu buat conversion Medical Card dengan segera mungkin. 

Kepada klien agent lain, 'please contact your agent'. Hehehehe

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, January 22, 2019

Nak Tanya Wife Dulu

Ok Encik, dengan ikhtiar perlindungan takaful ni;

✔ Bila encik duduk wad seminggu, wife encik akan dapat elaun hospital RM 1,000 untuk duit minyak, belanja harian dan urus family encik sepanjang encik kena tahan wad

✔ Bila encik masuk hospital, kos RM 100,000, encik perlu minta wife temankan kat hospital je, bil-bil tu tak payah risau.

✔ Bila encik sakit kritikal, wife encik akan terima pampasan penyakit kritikal RM 200,000. Wife encik boleh ambil cuti tanpa gaji 2-3 tahun untuk jaga encik sepanjang encik nak recover sakit kritikal


Dah bebel terang panjang lebar, lepas tu si encik ni pun jawab;

''Nanti saya balik nak tanya wife dulu.''



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Your child is the best insurance salesman...

Your child is the best insurance salesman.

Let me tell you why.

Many of you treat insurance agents like public toilets. Mati-mati nak avoid. Tapi bila taik dah main peekaboo kat lubang bawah tu, baru time tu desperate nak cari, nak pakai.

Same with child insurance. When your child is healthy - 

"No need insurance lah. For what pay hundreds each month. If he/she fall sick then only pay lor."

And then one day he/she falls really sick. An infection. A viral fever. An accident involving sharp objects.



You rush to a private hospital. Because you think govt. hospitals are not up to your standards. You burst through the ER. You cry for help. They come running and attend to your sick child. And while they're attending to him/her, they ask you to go and register.

And ask for a 3k deposit.

You don't have 3k.
You borrow from parents. Relatives. Friends.

Then after all the treatments are done, your child warded, cared for, discharged, medicine dispensed, you're slapped with a 5k bill.

You don't have that balance 2k.
You borrow from parents. Relatives. Friends.

Your ego takes a blow. They now know you don't have money.

You turn to your spouse - "I think we need insurance. Let's get him covered. We'll never know when things like this can happen again."

Kan senang kalau pikir macam tu from the start?

Your child is the best insurance salesman.
But don't wait for them to 'tell' you that you should have had them covered.

Post Asal: Joe Najib

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Masa Menunggu Untuk Masuk Wad Hospital Kerajaan

Rawatan hospital kerajaan adalah rawatan perubatan yang terbaik. Tapi masalahnya terlalu ramai orang sakit kat hospital kerajaan, menyebabkan masa menunggu untuk dapatkan rawatan ada kalanya berminggu hingga berbulan bergantung kepada masalah penyakit.




Ini paparan whiteboard Disember 2017 kat Hospital Serdang. Masa menunggu untuk kemasukan wad ikut jabatan perubatan untuk panduan dan rujukan umum. 

Biasanya masa menunggu bergantung kepada kesibukan pesakit yang ada, keutamaan diberikan kepada pesakit yang kritikal dan separa kritikal.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Ubat Sakit Kritikal Mahal Gila (Multiple Sclerosis)

Gambar di bawah ni adalah harga ubat sakit kritikal untuk Multiple Sclerosis. Salah satu dari 36 penyakit kritikal cover by Zurich Takaful. 

Kos ubat untuk 1 bulan 'hanya' RM8,582 sahaja.

Ada orang, RM 8,582 tu gaji sebulan dia.
Ada orang, RM 8,582 tu gaji dia kerja untuk 6 bulan.

Tengok la kos nak berubat sekarang, dalam keadaan sakit-sakit kena bayar duit ubat sebulan RM 8,585. Tu baru kos ubat, dah tu tak kan sebulan makan ubat tak makan nasik kan. Mana nak cari duit banyak macam tu.



Maka sekali lagi abang nak tanya.

PAMPASAN SAKIT KRITIKAL 20,000 POLISI AWAK TU CUKUP KE ?

Marilah apply takaful dan upgrade coverage sebelum terlambat.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, January 14, 2019

Doa Mencuci Jiwa

Wahai Allah, 
Tuhan kami, ampunkan dosa-dosa kami, Ya Allah, Tuhan kami, ampunkan dosa mak ayah kami. Andai kata dalam hidup mereka, mereka pernah meninggalkan solat, Kau ampunkan dosa-dosa mereka . 


Wahai Allah, 
Ampunkan dosa mak ayah kami, Andai ada di antara mereka ada meninggalkan puasa, Kau ampunkanlah dosa-dosa mereka.

Wahai Allah, Tuhan kami,
Kami pernah dengar, ada orang mak ayah yang ditakdirkan masuk neraka, Tapi disebabkan oleh anak-anak mereka yang soleh, Engkau selamatkan mereka dari neraka dan masukkan mereka ke dalam syurga.

Klik PLAY video doa di bawah


Wahai Allah Tuhan kami, 
Kami bukanlah anak yang soleh, tapi kami nak supaya mak ayah kami masuk syurga, Wahai Allah, ampunkan dosa kami semua dan semua orang Islam dalam dunia ini, 

Wahai Allah Tuhan kami, yang sedang mendengar doa kami, ampunkanlah dosa kami semua... 

Ya Allah, kehidupan kami berlalu hari demi hari, Setiap nikmat dan kebaikan yang kau beri kepada kami tidak terhenti-henti, Tapi wahai Allah, betapa zalim dan berdosanya kami, kami telah jauh dari perintah-perintah mu.. Ya Allah ampunkan dosa kami. 

Berilah hati kami sentiasa bersyukur kepada nikmat yang diKau berikan kepada kami, Wahai Alla Tuhankami yang tak terhenti berbuat baik kepada kami, Maafkan kami semua, maafkan semua orang Islam, Kami bertaubat pada dosa-dosa kami, 

Ya Allah ya Tuhan kami, maafkan kami... Kami tahu, tak ada yang mengasihi kami, lebih daripada Engkau mengasihi kami... Wahai Allah, kami tahu tak ada yang mencintai kami & menyayangi kami lebih daripada Engkau mencintai dan menyayangi kami.. 

Wahai Allah, tapi kami begitu berdosa dan zalim dalam hati kami, Kami tak tahu, kami tak mampu nak paksa hati kami untuk datang dan mengingati-Mu.. Wahai Allah, hati kami belum benar-benar mencintai-Mu dalam hati kami, Ampunkan dosa kami semua. 

Ya Allah, banyak masa dan nikmat yang Kau beri pada kami, Kami tak tahu berapa banyak masa lagi yang kami perlukan, Sedangkan dah habis separuh hidup kami, tapi kami masih belum dekat kepada-Mu, Wahai Allah, kami terlupa sudah separuh usia kami berlalu atau mungkin ini hujung usia kami, tapi kami masih belum benar-benar mengingati-Mu. Wahai Allah TUhan kami, maafkanlah kami semua, Ya Allah maafkanlah semua orang Islam, Campakkanlah kasih sayang dikalangan hati-hati orang Islam, 

Wahai Allah, nabi kami tak tidur malam menangis untuk kami, Wahai Allah, nabi kami kelaparan 3 hari demi kami, Demi ummat ini, demi agama ini, anak-anak nabi berkorban, Wahai Allah, mereka semua berkorban demi agama ini, Wahai Allah, kami tidur lena sedangkan saudara-saudara kami dalam keadaan dibunuh di seluruh dunia. Wahai Allah, kami tidur lena sedangkan saudara-saudara kami meninggalkan amalan agama, Wahai Allah, kami tidur lena sedangkan sunnah Nabi dikebumikan sendiri oleh orang Islam, Wahai Allah, kami tidur lena sedangkan orang Islam sendiri meninggalkan amalan agama, 

Wahai Allah, kesianlah saudara kami, kami sayang mereka kerana-Mu, Ya Allah, terimalah kami, mak ayah kami, isteri dan anak-anak kami, Kau pimpin dan peliharalah mereka, selamatkan umat-umat ini, Wahai Allah, mana-mana manusia yang jauh daripada agama ini, Kau beri dekat pada agama ini, 

Wahai Allah, orang yang tak pernah sembahyang, Kau kesianlah kepada mereka untu beri hidayat mereka untuk sembahyang, Wahai Allah, wahai Allah kami hidup usia kami berlalu tapi kami tak dekat kepada-Mu, Wahai Allah, kami taktau nak buat apa pada anak-anak muda kami, Ya Allah banyak maksiat melanda umat ini, 



Wahai Allah, kemungkaran dan fitnah atas agama ini datang demi satu, Wahai Allah, kita dah datang, dakyah-dakyah orang bukan Islam datang, Tapi kami tak buat apa-apa untuk agama ini, Wahai Allah, anak muda kami sedang habiskan hidup mereka dengan dosa dan maksiat, Ya Allah tunjukkan kami apa yang kami patut buat, 

Wahai Allah, kau selamatkanlah anak-anak kami, Kalau kami mati hari nie, kami taktau apa nasib kami, Wahai Allah, anak-anak kami taktau apa nasib mereka, Wahai Allah, selamatkanlah anak-anak kami, Wahai Allah selamatkan umat ini, Wahai Allah kasihanilah kami, kasihanilah umat ini, Wahai Allah satukanlah hati-hati orang Islam, 

Campakkanlah kasih sayang dikalangan kami dan semua orang Islam di dalam dunia ini, WahaiAllah, kami tidur lena dalam keadaan umat kami mati dalam keadaan tanpa agama, Wahai Allah, ampunkan dosa kami, dosa kami yang paling besar, hati-hati kami belum benar-benar mencintai-Mu dengan sebenarnya, 

Wahai Allah maafkan kami, Kami belum kasih saudara kami seperti kasih kami kepada diri ami sendiri, Tak beriman kami kalau kami kalau kami tak sayang semua orang, Wahai Allah, ampunkan dosa kami dan dosa umat ini, Ya Allah tolonglah kami semua. 

Ya ALlah beri ikhlas amalan kami x2 Ya Allah maafkan kami semua, Ya Allah seandainya ada amalan sedikit kami tak ikhlas, janganlah kau tolak amalan kami, Wahai Allah kami ada sedikit amalan, Wahai Allah, bersihkanlah hati kami dari riak, kibir, sumaah, takabbur. 

Wahai ALlah tuhan kami, jangan biarka kami ya Allah, dan tolonglah kami semua, Ya Allah kami taktau nak buat apa, ya Allah kami tak nak hidup dalam membuat dosa, Ya Allah kami taknak hidup dalam keadaan lalai, dan kami taknak hidup dalam keadaan berbuat maksiat, Ya Allah kami taknak hidup dalam keadaan kami jauh daripada agama, 

Ya Allah kami taknak hidup dalam keadaaan kami melihat umat mati tanpa agama, Wahai Allah macam mana ami nak jumpa nabi kami, Nabi kami bagi nyawa, isteri beliau meninggal demi agama, Tapi wahai Allah, kami lihat, ami tak ada apa-apa bagi untuk agama, 

Kami tak korbankan pun tidur kami, Kami tidur lena, kami makan sedap, Umat dibunuh diseluruh dunia, Wahai Allah selamatkan saudara kami di Mesir dalam keadaan susah, Campakkan kasih sayang dikalangan mereka.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Minda Positif Atau Negatif ?



Cuba korang tengok gambar kat atas tu.

Korang nampak ape? 

Semua pinggan nampak terbalik kan? 

Tapi perasan tak, ada 2-3 pinggan yang elok terbukak. Bila kita tertengok jer pinggan yang terbukak tu, automatik semua pinggan yang tertutup tadi terus terbukak. 

Susah nak percaya kan?

Itulah hakikat kehidupan dan minda.

Bila kita fikirkan sesuatu perkara tu negatif, kita akan nampak semuanya negatif.

Tapi bila kita fikirkan yang positif, yang negatif tadi pun boleh nampak positif.

Jadinya kita kena sentiasa latih minda positif dalam semua perkara dan situasi.

Minda korang dalam keadaan POSITIF atau NEGATIF sekarang ni?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tips Berpoligami

TIP BERPOLIGAMI. 
Cara-cara nak berpoligami untuk kelancaran niat suami

1) Melalui Izin Mahkamah
- Kena proses keizinan di Mahkamah Tinggi
- Bayaran dalam RM52 
- Bawa ic, sijil nikah dan dokumen lain. Senarai dokumen boleh dapat di kaunter mahkamah. 
- Tunggu panggil bicara berperingkat-peringkat dalam masa 21 hari. 
- Boleh tetapkan tarikh bicara dengan mahkamah
- Bersedia untuk terangkan kenapa berpoligami itu perlu & patut?
- Kemampuan income utk Lembah Klang RM7,000 satu keluarga. 2 keluarga darab 2.

KESESUAIAN : Guna cara ni kalau semua pihak bersetuju dan mudah hadir mahkamah
Pihak : Isteri sedia-ada, calon isteri dan wali

2) Melalui Izin Wali
- Kalau wali dan calon isteri bersetuju, boleh nikah dalam negara sahaja
- Wali setuju untuk nikahkan calon isteri kerana ada isu dengan isteri sedia-ada
- Daftar perkahwinan selepas nikah
- Wali dan 2 saksi beri kenyataan dan sokongan
- Masuk mahkamah untuk bicara dan bayar denda

KESESUAIAN : Bila wali dan calon isteri OK, tapi isteri sedia-ada tak okay. Bagi mengelakkan pergaduhan dan masalah lain ditimbulkan isteri seperti cuba mengaibkan suami dan calon isteri.



3) Melalui Nikah Luar Negara
- Nikah diluar negara kalau isteri sedia-ada tak ok dan wali calon isteri pun tak okay, tapi calon isteri okay dan bersetuju
- Daftar perkahwinan selepas nikah
- Masuk mahkamah untuk bicara dan bayar denda

KESESUAIAN : Untuk mereka yang ingin rahsiakan dari pelbagai pihak kerana sebab tertentu.

Good luck and all the best ! 😁

Post Asal: Azha Syazri Azizan

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Memaafkan Itu Mudah & Indah

Ramai orang membesar dengan kepercayaan bahawa dia dapat menghukum orang dengan enggan memaafkan mereka.

Maksudnya:

Kalau aku tidak maafkan kamu,
Kamu akan hidup menderita.
Hakikatnya, dialah yang menderita.
Dia yang stress, dia yang tak lelap tidur.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Adab Menziarahi Kubur

Ramai orang tidak sedar dan tidak tahu waktu afdal ziarah kubur. Roh ibu bapa ada di kubur tunggu anak mereka.


Kuliah dhuha Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara.
Tajuk : Adab menziarahi kubur.

Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pada :-
1) hari Khamis selepas Solat Asar
2) sepanjang hari Jumaat 
3) hari Sabtu sebelum Zohor.

Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw :

Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pada hari-hari tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala i) seperti membuat kebaikan kepada kedua ibubapanya semasa mereka masih hidup. ii) dosa-dosa anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.

Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibu bapanya, dengan menziarahi kubur ibu bapa akan dicatatkan sebagai anak yang taat.



Ketika dikubur :

1. Memberi salam kepada simati dengan panggilan yang biasa semasa hayatnya. Seperti "Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam.

2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.

3. Membaca quran atau doa-doa yg baik untuk simati.

Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ust. Norazan.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Saturday, January 5, 2019

Mintak Nak Balik Rumah Masa Tengah Rawatan ICU

"Doktor, saya nak mintak balik rumah hari ni boleh?Suami dan mak mertua saya dah bising, anak saya dah 2 malam asyik menangis tak mau tidur."

Tersentak saya mendengar permintaan itu.

Ibu muda beranak 4 ini sedang mengandung anak ke 5 mereka. Usia kandungan 28 minggu. Beliau di masukkan ke dalam ICU (Unit Rawatan Rapi) disebabkan jangkitan kuman di dalam darah. Sepsis.

Betapa rapinya rawatan di sini sehingga setiap denyut nadi pesakit di perhatikan. Sehingga setiap titik air yang keluar masuk daripada badan pesakit di kira. Tiada pesakit yang tidak tenat saja-saja dimasukkan ke dalam ICU. Setakat sakit biasa-biasa, tidak perlu di rujuk kepada Pasukan Bius & Rawatan Rapi. Hanya bila keadaan pesakit kritikal.
"Maaf Puan, kami tak boleh benarkan. Keadaan Puan masih kritikal."
Demamnya masih tinggi, 39.6 oC.

Nafasnya laju, kerana darahnya berasid disebabkan jangkitan kuman lalu paru-paru bekerjasama dengan buah pinggang untuk mengurangkan tahap asid dalam darah.

Tekanan darah juga rendah perlukan ubat sokongan.
Jantung berdenyut sangat laju. Kuman juga hidup riang di dalam sampel darah pesakit yang di ambil.

Antibiotic yang di berikan untuk membunuh kuman pun baru dua tiga hari diberikan.
"Susah doktor..anak saya tu baru setahun, dia memang menyusu badan dan tidur dengan saya malam-malam. Dia tak mahu dengan suami atau neneknya.."
Adei..parah..
"Adik, awak ni masih letih, bernafas pun laju tercungap-cungap perlu oksigen..macamana awak nak balik rumah?"
Dia terdiam. Angguk.
"Boleh ka doktor terangkan kepada suami dan mak dia? Tadi mereka datang marah-marah saya sebab saya tak sihat dan tak boleh balik rumah lagi.."

"Boleh adik. Nanti saya bercakap dengan mereka. Adik berehat lah dulu ya? Jangan fikir banyak sangat..kesihatan awak tu lebih penting..Doa minta Allah mudahkan semuanya, ok?"

Begitulah nasib seorang isteri dan juga seorang ibu yang baik. Hal kepentingan diri dia, sentiasa dia letakkan belakang sekali. Dah lah sedang mengandung, sakit tenat sampai kena masuk ICU, anak menangis di rumah pun suami nak dia settle kan juga?? Apa guna awak jadi bapa dia kalau macam ni pun masih kena isteri buat semuanya??


Cuba fikir dalam-dalam, lagi susah ke lagi senang hidup awak kalau awak paksa isteri balik rumah juga dan kemudian keadaan dia makin teruk sehingga tidak dapat diselamatkan? Anak yang dalam perut tu dah pergi bersama dengan ibu dia. Anak awak yang paling besar baru darjah 1. Yang kecik sekali baru umur setahun dan masih menyusu.

Hanya kerana awak tak dapat tidur malam sebab anak awak meragam, awak hilang terus isteri awak tu selamanya. Anak-anak awak turut kehilangan ibu kandung mereka.

Memang la isteri awak tu wonder woman. Semua dia boleh buat. Tapi kekuatan dia pun ada limit juga. Berkorbanlah sedikit masa tidur tu. Tunaikanlah janji nak bersusah senang, sehidup semati dengan isteri awak tu.

Kerja suri rumah, penat. Isteri seorang yang buat memang tak cukup tangan. Perlukan bantuan suami. Kalau mampu carikan pembantu untuk isteri, lakukanlah. Jika tidak, awak sebagai suami lah tolong dia uruskan rumah . Awak sebagai bapa lah tolong uruskan anak-anak.


Ini tidak.


Anak nak ada ramai-ramai. Setahun dua dah nak tambah anak. Isteri awak buat macam dia orang gaji. Bila dia tak sempat urus diri, kurang menarik awak pergi cari tarikan kat tempat lain. Sedangkan masalah ni bermula puncanya daripada suami yang tidak menunaikan tanggungjawab dia dengan betul.

Ada baca perkongsian seorang bapa hari tu, anak perempuan dia yang masih kecil cakap kepada dia, nanti besar dia nak jadi lelaki lah, senang. Kenapa senang? Sebab papa lelaki, balik rumah je boleh rehat main-main telefon. Kalau jadi ibu semua kena buat. Letih! Baik jadi lelaki.

Agak-agak daripada mana anak tu belajar kalau bukan daripada contoh teladan sekeliling dia? Tak hairan lah kalau sekarang ni banyak kes kecelaruan gender.

Dalam setiap perkahwinan ni kena ada semangat kerja berpasukan. Saling bantu membantu, saling bertolak ansur, saling memahami, tidak mementingkan diri sendiri, tidak menjulang ego sendiri, kena sentiasa ada komunikasi yang baik terutama di antara suami dan isteri.

Mohon layan isteri anda dengan baik dan adil. Jangan biar isteri anda merana dalam diam. Dia boleh bersabar. Namun sabarnya ada limit.

Dia boleh redha dengan nasibnya di dunia. Sebab dia tahu, Allah nanti bagi dia pilihan di akhirat untuk kekal bersama dengan suami dia ni, ataupun pilih yang lain yang lebih best lagi.

Nukilan hati salah seorang 
"wonder woman":

Dr Zurairah Shahidan
Pegawai Perubatan Pakar
Jabatan Bius & Rawatan Rapi
Kementerian Kesihatan Malaysia

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, January 4, 2019

Berwakaf Melalui Pelan Takaful



Macam mana nak berwakaf sebanyak RM 100,000 sedangkan simpanan dalam bank pun tak sampai RM 10,000 ?

Ha...

Sebenarnya ada caranya iaitu dengan cara buat sijil takaful, di bahagian penamaan, dilengkapkan butiran badan kebajikan yang kita nak wakafkan. Contohnya, nak wakaf duit tunai kat masjid atau surau kariah tempat tinggal kita, pusat jagaan anak yatim dan sebagainya (mesti pertubuhan berdaftar). Untuk sijil Zurich Takaful, boleh isi bahagian Amanah Trust, yang mana Amanah Raya yang akan uruskan dana wakaf ke organisasi pilihan kita.

Daftar sijil takaful dengan caruman RM 50 bulanan. Dapatkan jumlah perlindungan takaful RM 100,000. Andai kata umur tak panjang, meninggal pada bila-bila masa, duit RM 100,000 tadi yang kita niat siap-siap wakaf secara bertulis dalam sijil takaful, akan diserahkan kepada organisasi pilihan kita sebagai wakaf. Mudah bukan berwakaf melalui sijil takaful :)

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Suami Zalim Hantar Isteri Ke Rumah Kebajikan

Kisah beberapa bulan yang lepas, lagi buat saya terkilan..




Pemanggil : Hello encik.. JKM ada tak tempat untuk tempatkan orang yang sakit terlantar?

Saya : Kes macam mana tu encik? berapa umurnya?

Pemanggil : Umur dalam 49 tahun. Tapi dah tak boleh uruskan diri sendiri.

Saya : OKU ke? Apa sakitnya?

Pemanggil : Owh.. Sebenarnya dia kena potong kaki. Dari paras peha ke bawah. Takde sakit apa pun sebelum ni. Tiba-tiba kena jangkitan kuman dan kena potong kaki. Jadi skang dia dah tak boleh nak uruskan diri dia sendiri..

Saya : ...(Rasa pelik dah..) Maaf bertanya encik. Yang encik nak hantar ni siapa ya?

Pemanggil : Ni sebenarnya isteri saya encik. Skang masih ada kat hospital..

Saya : (tergamam seketika..) Tapi cik. Anak-anak takde ke? kenapa sampai nak hantar ke rumah kebajikan?

Pemanggil : Anak saya dah besar-besar encik. Ada yang dah kerja dan ada yang dah sekolah menengah..

Saya : dah tu? kenapa nak anta rumah kebajikan?

Pemanggil : Ye laa.. masa saya kerja takde orang nak tengokkan. Nanti anak pergi sekolah.. Susah! takde orang nak uruskan..

Saya : Maaf cakap la ya encik.. Bla bla bla.. (membebel) bla bla.. Upah orang gaji jaga sementara. bla bla bla.. Siapkan makan minum.. bla bla bla..

Pemanggil : ya2 saya tahu tu. Saya tanya je encik. Kalau takde takpe la. Okbai..

Hmmm.. Tak reti saya nak komen dah. Isteri tu masih kat hospital lagi kot. Korang rasa? Hmmm..

Post Asal: Pegawai Kebajikan Masyarat, Zaidi Zakaria

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Takut Tak Mampu Bayar...

"Takut tak mampu bayar la. Sampai 10% dari gaji ni" 

Ok tq bro, jawab saya..

"Aiiik, kau terus tq je?" 

tanya kawan

Aa'ah, ye la.... 

Dah kau pun tak kisah pasal kebajikan kau & keluarga, kenapa aku pulak nak terhegeh-hegeh pujuk kau??

Masa kau beli kereta dulu, ada ke fikir, takutlah tak mampu bayar bulanan selama 9 tahun?

Masa beli rumah, ada ke fikir, takutlah tak mampu bayar bulanan selama 30-35 tahun?

Ambik loan sampai 35% dari gaji pulak tu. Untuk 2 komitmen di atas, cuba kau imbas kembali...
kebanyakannya kau akan kata

“mintak-mintak lulus la loan aku”...

Sampai tido tak lena, mandi tak basah... 
resah menunggu keputusan loan lulus ke tak?

Tapi takde pulak fikir, mampu bayar ke nanti? Baru start keje ni, anak kecik lagi, kang kena buang keje mcamana.. gaji ngam2 je ni kalau loan lulus ..kannnn...

Takde kan?? ....boleh je bayar kan?

Tapi bila bab Takaful, gaya macam sampai nak bawak ke parlimen utk dibincangkan... 👊



Rancang kewangan awak sebaiknya... Jangan nanti dah jatuh ditimpa tangga, lepas tu kena hempap pulak dengan bencana kewangan.

Takaful membolehkan awak bayar segala komitmen hutang-hutang awak... Tak bebankan orang di sekeliling awak saat awak diuji ...

Dah sakit dan tak mampu bekerja nanti, rumah pun bakal kena lelong, kereta pun bakal kena tarik....

Lagi haru biru ...
Faham ke faham? 
So, fikir apa lagi tu??

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kelebihan Ayat Suci Al Quran

Semoga bermanfaat






About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, January 2, 2019

Claim Kecederaan Akibat Kemalangan

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!


Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. 



Kat mana kita boleh claim?

Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi saya nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)

MIB tu apa? Syarikat insurans ke?

Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans. 

MIB dapat duit dari mana?

MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB. 

Ooo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?
Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:

1. Claim MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.

2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plat kenderaan yang melanggar.

3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.

4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.

5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.

6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.

Okay jelas? 

Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:

1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Repot polis.
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
4. Laporan perubatan.

Hantar dokumen di atas ke:

Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910

Peringatan - kalau dah pandai jangan lupa ajar orang lain..

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

CEO (Salim Majid) Zurich Takaful Letak Jawatan

Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Zurich Takaful, Encik Salim Majid Zain, telah memutuskan untuk meninggalkan Zurich Takaful Malaysia. 



Salim, yang telah memimpin Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sejak tahun 2007 (sebelum ini dikenali sebagai MAA Takaful), akan mengakhiri perkhidmatan beliau di Zurich Takaful pada 13 Januari 2019.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus