Wednesday, May 30, 2018

Fikir 10x

Kalau tengah sihat pun anda nak FIKIR 10X sebelum ambik Takaful

Percayalah... 

Anda juga akan FIKIR 10X hospital mana paling murah nak masuk bila dah sakit kritikal 
Sebab anda masih takde Takaful.


Anda juga akan FIKIR 10X mana nak korek duit segera bila dah hilang keupayaan bekerja
Sebab anda masih takde Takaful.

Jadi nak pening bayar sekarang ke
Atau nak pening bayar BERLIPAT GANDA kemudian hari? 


Selamat BERFIKIR 10X

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kelapa Tampuk Merah

Gambar abg snap kat kedai buah kelapa. Lokasi kedai Kg. Pandan KL


Al kisahnya, abg singgah kedai jual kelapa. Nak beli Kelapa Pandan buat minum. Masa abg tengah duk pilih-pilih kelapa, abg pegang la kelapa bertulis "Tampok Merah". Sekali kakak tauke kedai tu cakap;

"Yang tu sebiji akak jual murah je dik. RM 35 sebiji. Tempat lain ada jual RM 50 sebiji."
Mai ai, sebiji RM 35. Terkejut abg first time dengar buah kelapa sebiji RM 35. Biasa abg beli buah kelapa paling mahal pun sebiji RM 5 je, tu pun kelapa pandan, yang air dengan isi dia memang sedap minum macam tu aje.

Abg pun tanya la kakak tu, ape yang mahal sangat kelapa tu sampai RM 35 sebiji. So akak pun citelah khasiat dia, siap suruh abg google dan masuk kat youtube check khasiat kelapa ni. Hasil carian google dan khasiat yang kakak tu cakap kat abg, kelapa ni digunakan lebih kepada tujuan perubatan. Maka tak hairanlah orang sanggup beli walaupun sebiji harga RM 35

Gambar diambil dari carian google: Link


Berdasarkan carian google, banyak website cerita pasal khasiat Kelapa Tampok Merah ni, jadi abg just short to the point aje kat sini, selebihnya korang boleh google sendiri dan baca.
  • Merawat penyakit kanser
  • Mengubati keracunan dalam badan
  • Mencegah masalah urinari
  • Mencegah penuaan wajah
  • Baik untuk ibu hamil
  • Macam-macam lagi claim kesihatan

Kelapa ni rupanya susah nak dapat. Tak semua kedai ada jual. Bagi yang mencari kelapa ni, boleh dapatkan kat kedai kakak ni, lokasi di Kg. Pandan Kuala Lumpur, tepi jalan je kedainya tak jauh dari Tesco Ampang.

UPDATE:

Oleh kerana terdapat pertanyaan lokasi kedai ni, maka kat sini abg update lokasi secara spesifik. Semalam abg pergi kedai kakak tu untuk mintak nombor telefon, niatnya nanti sapa-sapa nak beli kelapa ni boleh la call tanya dulu untuk booking sebelum datang sebab stoknya terhad. Tapi hampa sebab kakak tu kata ramai sangat orang call sebelum ni jadi dia enggan bagi nombor telefon dia. Adoiyai.

Ni lokasi kedai kelapa ni. Selain dari Kelapa Tampuk Merah, ada macam-macam lagi jenis kelapa. Kelapa Epal, Kelapa Pandan, Kelapa Matak, Kelapa Kampung dan kelapa yang tak pernah didengar namanya.

Landmark berdekatan:
- Tesco Extra Ampang
- Search "FR Laptop Service"



Ok abg zoom lagi jalan sederet FR Laptop Service. Kedai tu sederet dengan FR Laptop Service.



Ehsan gambar dari google street view;



Alamat google:

510, Jalan Kanan 1, Kampung Pandan Luar, 55100 Kuala Lumpur, Selangor

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Belum Pernah Kena

Kebanyakan orang yang payah nak ambik takaful, pada pandangan saya, mereka ni sebenarnya belum pernah "kena".

Samada belum pernah sakit kritikal atau belum pernah merasai pengalaman orang terdekat seperti family, sedara mara atau kawan baik, yang sakit teruk atau meninggal dunia mengejut. Mereka tak pernah lalui kesusahan seperti yang digambarkan oleh ejen takaful.



Orang yang dah pernah "kena", tapi ada takaful, mereka biasanya bersyukur dan nak tambah lagi polisi.

Orang yang dah pernah "kena", tapi takde takaful, mereka biasanya menyesal tak buat persediaan awal mohon takaful. Menyesal sikap terlalu berkira kira mereka akhirnya memakan diri. Terpaksa meminta minta sumbangan orang lain, terpaksa tebus pelaburan pada harga rendah, terpaksa jual harta pada harga murah.

Saya di sini, untuk bantu anda supaya TAK MENYESAL DI KEMUDIAN HARI.
 
Mohonlah Takaful sekarang.
0134044072

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

AKAK, DUIT PENCEN TU KAMI PUN ADA HAK!!

AKAK, DUIT PENCEN TU KAMI PUN ADA HAK!!

Sebaik selepas tamat seminar, datang seorang peserta menghampiri saya lalu bertanya;

"Suami saya telah meninggal dunia 3 bulan yang lepas. Arwah suami dulu kerja kerajaan. Saya dah dapat bayaran pencen bulanan RM2,000.'

Sambungnya lagi;

"Tetapi, semalam arwah suami datang nak tuntut duit pencen"

SAYA TERSENTAK

"Apa puan? Arwah suami datang????

Peserta ini tak perasan dia tersalah cakap. Mungkin sebab kebuntuan bermain difikirannya.

"Ehhh, bukan arwah suami datang....adik kepada arwah suami..."

Saya: Ooh, terkejut saya puan. Apa yang mereka inginkan

Puan: Mereka datang nak menuntut duit pencen bulanan arwah. Kata mereka, mereka ada bahagian sebab akak takde anak lelaki. Mereka kata lagi, kalau tak beri bahagian mereka, akak ni macam makan harta pusaka.

Saya: Macam ni puan, pencen terbitan bukan pusaka.........(saya pun jelaskan kepada peserta ini tentang status duit pencen berkenaan)



KESIMPULANNYA

Dengarnya macam perkara biasa. Namun inilah rialiti yang berlaku hari ini dek kerana masih ramai yang kurang cakna soal rancang dan urus pusaka.

"ambil tahu aspek agih harta'

Dipetik dari FB: Mr Yusof Trainer 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

KENAPA BAHAGIAN FARAID LELAKI LEBIH? ADILKAH???

KENAPA BAHAGIAN FARAID LELAKI LEBIH? ADILKAH???

Hukum faraid sering dikatakan sebagai tidak adil dan berat sebelah terhadap wanita. Persoalan yang selalu ditanya ialah kenapa waris lelaki mendapat bahagian yang lebih banyak berbanding dengan waris wanita. Ia seolah-olah menafikan peranan dan diskriminasi terhadap wanita. Lantaran itu, undang-undang faraid ini ditohmah sebagai bersifat anti wanita. Maka timbullah desakan untuk mengkaji semula undang-undang faraid ini agar dapat memberi keadilan kepada golongan wanita.


Hikmah di sebalik falsafah pembahagian ini adalah untuk mengimbangi TANGGUNGJAWAB dan kewajipan lelaki dalam rumah tangga, masyarakat dan agama. Seorang lelaki DIPERTANGGUNGJAWABKAN memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak manakala wanita tidak dipertanggungjawabkan dengan kewajipan yang sama.

Seorang perempuan pula sudah terjamin keperluannya kerana perempuan tersebut berada di bawah TANGGUNGJAWAB suami, abang, ayah atau saudara lelakinya. Seorang perempuan juga tidak berkewajipan memberi nafkah kepada sesiapapun, walaupun suaminya tidak berkemampuan membayar nafkah. TANGGUNGJAWAB ini sebenarnya akan berpindah kepada ahli keluarga suami yang lelaki.

Pembahagian yang lebih kepada lelaki adalah kerana lelaki BERTANGGUNGJAWAB untuk memelihara kepentingan dan kebajikan wanita. Inilah sebabnya pembahagian harta yang lebih disyariatkan kepada kaum lelaki.

Jika kita memperhalusi konsep Islam, ia sebenarnya amat mudah iaitu di mana ada hak maka di situ ada TANGGUNGJAWAB. Ini bermakna hak yang lebih besar akan membawa kesan kepada TANGGUNGJAWAB yang lebih besar juga.

Oleh itu, tidak hairanlah kenapa Islam memperuntukkan hak lelaki yang lebih di dalam undang-undang pusaka dan hak ini sebenarnya mesti juga diiringi oleh TANGGUNGJAWAB yang besar juga.

Adalah tidak wajar jika seorang lelaki itu membelanjakan segala hak pusakanya untuk dirinya seorang. Hak ini sebenarnya mestilah dikongsi bersama dengan orang lain seperti adik-beradik perempuan, anak perempuan dan sebagainya. Dengan cara ini, barulah keindahan undang-undang pusaka Islam ini akan dapat dikembangkan dan dihargai oleh masyarakat.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

SURE COVER Pelan Baru Zurich Takaful

GOOD NEWS 🌟🎉🎈🎁
Introducing Zurich Takaful's New Innovative Protection Product for All Malaysian.






👇


"TAKAFUL SURE COVER"

✅ Who can apply for this plan ?
🚹Male/🚺Female

Age between 35 years to 80 years




😰🤕🤒💊💉
*-No medical requirements👈

-Heart attack patients
-Diabetic patients
-Kidney failure patients
-Cancer patients
-Brain tumor patients
-Hypertension patients
-Existing illness??
♿-BMi more than 40

*No problem,💯% guaranteed acceptance*


*-Low Premium, start from RM 75.00
*-High coverage, up to RM 333,000
*-Protection coverage up to 💯year's

*🔹-Can apply for

*1 unit (RM 33,000)*
*2 unit (RM 66,000)*
*3 unit (RM 99,000)*
*4 unit (RM 132,000)*
*5 unit (RM 165,000)*
*6 unit (RM 198,000)*
*7 unit (RM 231,000)*
*8 unit (RM 264,000)*
*9 unit (RM 297,000)*
*10 unit (RM 333,000)*
*500% Covered for accidental death

Whatsapp / Call / pm for more info / appointment: 013-404 4072

👇



01

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus