Monday, March 5, 2018

Perginya Tanpa Petanda

Suami meninggal dunia mengejut.
Nak tak nak, isteri kena terima.

Pengalaman abg buat takaful, belum pernah lagi hari ni suami meninggal, esok isteri dah masuk kerja. Paling kejap pun isteri mesti akan cuti seminggu untuk uruskan macam-macam hal.


Seorang isteri yang kehilangan suami mengejut akan memerlukan masa untuk bangkit semula. Daripada 2 income, tiba-tiba jadi 1 income, dengan komitmen perbelanjaan yang sama, siapa tak kalut ?

Tu belum fikir masalah emosi nak uruskan anak-anak kecik. Ada yang pergi kerja menangis, balik kerja menangis, gara-gara masih belum dapat terima kenyataan kematian orang tersayang yang juga ketua dalam keluarganya.

Pampasan takaful bagi yang ada ambil takaful, pastinya dapat bantu ringankan beban kewangan si isteri .

Siapa yang nak bagi 500k bila suami meninggal? 
Melainkan suami ada daftar takaful.

Harta yang lain semua dah ada 'hak' yang tunggu.

Duit takaful tu lah nak buat sara hidup, nak bayar hutang, nak besarkan anak, macam-macam lagilah. Ada duit, nak cuti sebulan pun boleh. Tak ada duit, sabtu ahad pun tak tinggal buat kerja.

*Gambar tahun lepas masa melawat klien kat ICU accident.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Pampasan Takaful Tidak Akan Dibayar Bila Mana....

Pampasan kewangan TIDAK DIBAYAR kepada waris bila mana;

• Dah jumpa ejen takaful, tapi belum daftar;

• Dah isi borang takaful, tapi belum submit;

• Dah submit borang takaful, tapi belum bayar caruman;

• Dah dapat sijil takaful, tapi sijil dah lapsed.


Hidup ni macam-macam dugaan dan ujian tuan² puan².

Yang dah buat persediaan, Alhamdulillah.
Yang tak sempat buat persediaan, bertabahlah

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Pelan Takaful RM 50 (Isteri Daftar Untuk Suami Yang Liat)

"Suami saya liat sangat nak buat takaful. Dah berkali-kali dah suruh buat."

Ha, tak kak. Dia tak nak amek takpe.

La ni dengan menggunakan kuasa akak sebagai isteri, seorang yang berkepentingan untuk perlindungan kewangan (dalam takaful kita panggil istilah insurable interest), akak boleh amek sendiri takaful atas nama suami serendah RM 50 (sehari buh asing Rm 1.67 jer).



Ni jadual kemasukan ikut umur dan jumlah pampasan kewangan yang akak dapat bila berlaku kematian pada si suami. 

Jumlahnya taklah banyak mana kalau ambil RM 50 sebulan, tapi sekurang-kurangnya pasti dapat MERINGANKAN beban kewangan bila suami meninggal mengejut.

Siapa nak bagi 100,000 dalam masa cepat bila suami meninggal ? Melainkan buat pelan takaful.
"Macam mana isu pampasannya kalau amek sendiri ?"
Pampasannya 100% dapat pada akak tanpa sekatan mahkamah pusaka selaku pemilik sijil takaful.

So, akak pilih untuk hibah sekarang atau hiba kemudian hari ?

Pilihan di tangan akak².

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

"Saya tak percaya takaful, saya percaya takdir Allah"

Dalam banyak-banyak jumpa orang, kadang terpacul dari mulut orang ayat-ayat lebih kurang macam ni...

"Saya tak percaya takaful, saya percaya takdir Allah"
Abg just nak cakap, kalau berserah pada takdir semata-mata....


Kenapa kita nak susah-susah pergi kerja hari² ?
Tempoh jem 1 jam sehari.
Kena marah dengan bos, marah dengan klien.

Kan lebih baik duduk aje kat rumah kan elok.

Tak percaya ke pada takdir Allah ?
Tak percaya ke pada rezeki Allah ?

Ha, kan Allah jadikan kita manusia supaya berikhtiar dan berusaha, Bukan berserah pada takdir tanpa ikhtiar dan usaha.

Begitu gak dengan Takaful.
Ambil takaful ni adalah satu ikhtiar dalam kewangan.

Mati dapat bayaran takaful ~ Memang tak boleh beli nyawa

Tapi mati dengan bayaran takaful
~ Boleh bayar hutang piutang. Roh tak sangkut langit dan bumi
~ Boleh tinggal harta pada keluarga untuk teruskan kehidupan.
~ Boleh tinggalkan waqaf lagi sebahagian pampasan takaful untuk bekalan akhirat

Indahkan ikhtiar takaful bagi yang mengerti.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Salah faham mengenai tempoh "Cooling Period 120 hari medical card"

Salah faham mengenai tempoh "Cooling Period 120 hari medical card".

Anggapan pemilik medical card terutama bagi mereka yang mendaftar takaful kerana telah ada simptom penyakit atau sedang menyorokkan masalah kesihatan ketika membuat pendaftaran.

"Tunggu medical card habis tempoh cooling period 120 hari, lepas tu boleh pergi rawatan hospital dan takaful cover semua kos dan bil hospital."




Fakta yang sebenarnya mengenai cooling period:

Apa-apa penyakit spesifik (specified illness) yang wujud dalam tempoh 120 hari pertama medical card sedang berkuatkuasa, sama ada pemohon tersebut SEDAR ataupun TIDAK SEDAR akan penyakit tersebut, akan DIKECUALIKAN daripada perlindungan takaful.

Pihak takaful berhak menolak untuk membayar tuntutan perubatan dan menjalankan MEDICAL INVESTIGATION sekiranya terdapat tuntutan yang meragukan dan melibatkan tempoh 'cooling period' medical card.

Benda ni penting.

Sebab ramai yang dah ada penyakit dan sorok penyakit, kemudian tunggu 120 hari, terus pergi hospital. Bila diagnosis, report doktor akan keluar penyakit bawah kategori specified illness.

Takaful akan REJECT claim. Dan waktu tu akan keluar ayat

"Takaful tipu"
"Takaful susah nak claim"
Dan macam-macam lagi ayat negatif.

Jadi, seeloknya, DAFTAR MEDICAL CARD SEMASA SIHAT DAN SEAWAL YANG MUNGKIN.

Pesanan dari abg kacak takaful.
013.404.4072

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Beza Kuasa Wanita Sebelum Kahwin & Selepas Kahwin

Sebelum kawen, seorang perempuan mampu membuat seorang lelaki keluarkan duit Rm 15-20k untuk hantaran kawen.

Lepas dah kawen, dah jadi isteri, nak mintak lelaki yang dah jadi suami, daftar takaful untuk hibah jaminan masa depan isteri Rm 100-200 bulanan, gagal.


Berapa puluh ribu hantaran kawen awak, tak ada maknanya kalau lepas kawen keluarga awak takda perlindungan pendapatan yang lebih penting untuk meneruskan kehidupan yang masih panjang.

Short term...
VS
Long term...

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Padah Isteri Tak Ambil Tahu PIN Telefon & PIN ATM Suami

Abg nak kongsi cerita ex klien abg. Mana yang boleh ambil pengajaran tu, ambil sebagai teladan.

Hari ni wife pada ex klien abg call. Dia nak tanya pasal claim insurans polisi suami (ex klien) dia.

Rupanya suami dia baru 5 hari meninggal. Accident motor besar. Meninggal kat tempat kejadian cedera tang kepala.

Apa yang wife dia cerita, wallet dan phone arwah ada dijumpa, tapi duit cash dalam wallet takda langsung. Kemungkinan ada orang ambil kesempatan mencuri dalam keadaan sibuk masa nak tolong arwah accident. 



Sebab arwah suami dia meninggal accident, maka polis ambil jenazah hantar ke hospital untuk post mortem.

Wife dia ralat sangat sebab tak dapat unlock phone arwah. Sebab tak tahu pincode phone arwah. Jadi dia tak dapat nak bagitau kawan-kawan arwah yang dalam contact phone.

Memburukkan keadaan si wife, bukan setakat ta tahu pincode telefon arwah. Malah wife tak tahu no pin kad-kad ATM arwah untuk keluarkan duit bagi belanja mengejut urus jenazah balik ke kampung arwah suami. Mujur bantuan sedekah keluarga yang ada dapat bantu sementara urusan kewangan.

Hari ni dah 5 hari arwah meninggal, abg arwah dah mula tanya pasal rumah dan harta peninggalan arwah (Kwsp). Si wife betul-betul sangat takut kalau rumah yang dia duduk jadi rebutan adik-beradik arwah. Sebab wifenya dah takde tempat lain nak pergi kalau kena keluar dari rumah. 

Berbalik pada punca asal wife arwah call abg, bertitik daripada wifenya jumpa sijil takaful dengan businesscard abg pada kulit sijil. Dia sangat berharap ada berita baik yang boleh dia dengar daripada buku sijil takaful yang dia jumpa.

Pahit untuk diterima, abg terus-terang bagitau yang tak boleh claim apa-apa langsung. Sebab sijil takaful arwah dah hampir setahun lapse. Dan abg masih ingat punca lapse sijil arwah, dia nak stop sebab rasa rugi duk bayar, maka dia stop bayar sampai la jadi lapse. Abg ada remind arwah sebelum lapse pasal hilang coverage lepas lapse, tapi dia bagi abg bluetick aja.

Seperti yang abg jangkakan, wife arwah macam tak dapat terima jawapan abg. Sampaikan dia cakap 

"kenapa cik tak inform saya yang dia tak bayar."

Lepas abg cool kan dia, baru suara dia seperti pasrah. Abg bagi dia beberapa cadangan untuk bantu dia

1. Pergi kwsp buat tuntutan kwsp arwah
2. Call socso semak apa yang boleh tuntut
3. Kumpul dokumen buku simpanan pelaburan, kad bank

Dan abg dengar jawapan yang tak berapa best...

"Saya tak pandai drive kereta. Nak pergi ke sana dengan 2 anak kecil susah. Saya kalau boleh nak setelkan cepat tapi tu la..."

Abg betul-betul tak tau nak cakap ape dah lagi. Rupanya wife arwah tak bekerja, semua urusan selama ni arwah suami dia yang buat.

Hampir 15 minit cakap, call ditamatkan dengan si wife seperti pasrah dengan musibah yang menimpa.

Abg nak pesan kat korang

1. Kita semua akan mati. Cuma tak tau bila. Datangnya mengejut.

2. Pincode phone, pin ATM sepatutnya diketahui ahli keluarga terdekat.

3. Ahli keluarga perlu tahu kat mana simpanan dokumen2 penting kita.

4. Kalau ada buat takaful, bagitau ahli keluarga.

5. Kalau dah stop takaful, pun perlu bagitau ahli keluarga.

6. Ada masalah bayaran takaful, bagitau agent, lau tinggalkan bluetick aja tak selesai masalah.

7. Para isteri perlu sedia untuk kehilangan suami. Certain perkara isteri perlu belajar berdikari contoh driving.

Mati datang bila-bila.
Apa persediaan kita?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, March 2, 2018

Cari Takaful Bila Dah Desperate

Takaful bukan badan kebajikan untuk tukar duit kecik jadi duit besar.


Bila dah ada tanda-tanda sakit, baru desperate nak apply kad hospital, bayar Rm 100 untuk operate bulan depan kos Rm 100,000.



Komfem anda akan 'tersadai' kat hospital kerana Surat Jaminan Takaful (GL) tak akan keluar di atas pemohonan yang terdapat keraguan maklumat kesihatan.

Jom apply ketika sihat.
013-4044072

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, March 1, 2018

Pelan Takaful Warga Emas Berpenyakit (Pelan Khairat/Wakaf/Lupus Hutang)

Masih ada mak & ayah?

Mak & ayah dah ada macam-macam penyakit?
Nak buat takaful yang terima orang sakit?

JOMMM

Buatkan pelan takaful senior gold untuk dorang. Mak ayah ada apa penyakit kritikal pun DITERIMA


Contoh proposal atas.
Umur Mak 58 tahun.
Caruman sebulan Rm 50. 
Kalau anak 3 beradik kongsi sebulan baru Rm 17 je.

Takdir mak meninggal dunia. Takaful akan bagi RM 11,738 (untuk caruman Rm50). Sebagai anak, apa nak buat duit tu, ini cadangannya...

1,500 urus jenazah, upah van, gali kubur etc
2,500 buatkan mak upah haji
Baki 7,738 bayarkan apa-apa hutang yang arwah ada, andai takda hutang, sedekah pada anak-anak yatim, belanja kenduri arwah sebagainya.

Tu paling rendah Rm 50 sebulan.

Kalau perlu bayaran pampasan yang lebih, incase nak cover hutang piutang yang banyak, atau bercadang untuk wakaf/sedekah amaun yang besar kepada masjid/badan kebajikan berdaftar, boleh ambil pelan atas dari RM 50.

Takda siapa dah yang nak concern amek kan untuk mak & ayah melainkan kita sebagai anak yang dorang besarkan kita dengan susah payah.

Pelan takaful senior gold ni amat sesuai bagi
- orang yang dah ada penyakit
- berniat untuk cipta hibah, khairat kematian, dana melupuskan hutang selepas meninggal, atau peninggalan harta untuk generasi keluarga
- berniat untuk wakaf/sedekah wang pampasan takaful kepada mana-mana organisasi berdaftar termasuk kariah masjid tempat tinggal



Dijamin tidak perlu pemeriksaan kesihatan kerana pelan ini bukan seperti pelan Medical Card yang strict ya amat untuk lulus.

Nak daftar untuk mak ayah meh roger.

Syarat kemasukan:
Berumur 50 tahun ke atas
Caruman serendah RM 50 sebulan

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus