Profil Konsultan

Saya mewakili operator takaful dari MAA Takaful Berhad.
Memasarkan produk takaful keluarga, takaful hayat dan kad perubatan yang menepati prinsip Shariah.



Kepakaran saya adalah menyediakan simpanan kecemasan untuk mengelakkan anda daripada terpaksa muncul di tv atau surat khabar meminta bantuan, atau di buru along haram dan bank kerana pinjaman bagi kos rawatan hospital yang tak mampu anda bayar tunai.

Kawasan perkhidmatan saya adalah seluruh Malaysia secara amnya dan secara khususnya di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.




Walaubagaimanapun, oleh kerana permohonan sijil takaful boleh dibuat secara atas talian (online), maka pelanggan saya yang sedia ada berada di seluruh tanah air termasuk Sabah & Sarawak. 


Objektif saya dalam industri takaful, memberi khidmat nasihat perlindungan kewangan melalui takaful kepada orang ramai memandangkan kesedaran orang ramai dalam kepentingan perlindungan kewangan takaful sangat rendah dalam masyarakat kita.


Buktinya, lihat pada diri anda sendiri. Baru je dengar orang sebut pasal insurans/takaful, gerenti anda cabut lari tak mo dengar. Acaner...

Bercakap secara jujur, mana ada orang simpan duit semata-mata untuk bayar bil hospital bila sakit. Apatah lagi menyimpan duit untuk bayar hutang dan menyediakan nafkah keluarga selepas mati. 




===============================
Ramai orang tak tahu,
Takaful boleh ganti gaji dan pendapatan bulanan kita bila mana kita ditimpa kecacatan kekal tak mampu lagi bekerja.
===============================
Ramai orang tak tahu,
Takaful sediakan pampasan tunai kepada ahli keluarga kita dengan akad hibah (tidak melalui faraid) apabila kita meninggal dunia atas sebarang punca dan dengan pampasan tersebut Insya Allah waris kita boleh selesaikan hutang piutang yang kita tinggalkan.
===============================
Ramai orang tak tahu,
Takaful juga membolehkan kita mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta tanpa perlu mengeluarkan duit simpanan sendiri, memberi keselesaan rawatan untuk kita dan tanpa perlu tunggu appoinment yang panjang di hospital biasa. Bil rawatan hospital ditanggung oleh takaful, hanya tunjuk kad perubatan takaful.
===============================

Jarang kita dengar orang yang ada takaful jatuh susah bila ditimpa musibah dunia, yang selalu kita dengar orang susah bila takda perlindungan takaful.

Jika anda perlukan khidmat nasihat dan ingin mendapatkan perlindungan takaful, boleh menghubungi saya. Insya Allah saya berikan susunan perlindungan kewangan takaful yang menepati keperluan anda.

Nak dengar dulu dan tanya-tanya pasal takaful pun boleh. Sama ada anda jadi ambil takaful atau tak jadi, tak jadi masalah. Yang lebih berharga bila kita dapat sambung silaturahim sesama kita.

Insya Allah jika diizinkan saya akan terus beri perkhidmatan dan menyampaikan kelebihan takaful selagi diberi nafas.

Ikhlas,
Helmi
013.404.4072



Terus ke Artikel Lain Blog Ini

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus