Wednesday, August 14, 2019

Kenaikan Caj Kesihatan di Swasta Akan Membebankan Sektor Kesihatan Kerajaan

Kenapa kenaikan caj kesihatan di swasta akan membebankan sektor kesihatan milik kerajaan?


Ini kerana di peringkat primer, fasiliti kesihatan milik kerajaan dan swasta masih bersifat alternatif dan bukan komplimentari.

Pesakit mempunyai alternative lain jika tidak mahu mendapatkan khidmat kesihatan samada di KK atau GP kerana wujudnya pilihan lain.

Maka disebabkan faktor kewujudan alternatif itu, kenaikan caj di swasta akan menyebabkan pesakit mencari alternatif di fasiliti awam dan permintaan servis di swasta akan berkurangan. 

Ini tidak berlaku sekiranya, perkhidmatan primer di fasiliti awam dan swasta saling melengkapi.

Sebagai contoh, pengurusan penyakit berjangkit diuruskan di fasiliti kerajaan manakala pengurusan penyakit tidak berjangkit dijaga oleh para GP atau klinik swasta.

Kredit Gambar: The Star.com.my


Dalam keadaan GP dan MOH saling melengkapi keperluan kesihatan, maka kenaikan caj di swasta akan menurunkan permintaan kesihatan pada kedua-dua pihak.

Inilah kesan Cross elasticity of demand dalam Health Economics

Kredit Post:

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kalau Semua Orang Kaya-Raya

Cuba bayangkan kalau semua orang di Malaysia malam semalam Allah SWT bagi RM 10,000,000.00 setiap seorang terus ke dalam akaun bank.

Bangun pagi tadi, kita cek akaun melalui Maybank2u atau CimbClicks, punyalah terkejut sebab ada RM10 juta dalam akaun. Kita pun merancang untuk masukkan duit dalam pelaburan, bagi emak dan ayah, bayar hutang, beli kereta baru, beli rumah baru, shopping sakan dan pergi Melancong dan Umrah

Kita pun call emak di kampung, emak cakap tak perlu bagi emak duit lagi sebab emak dah jutawan.

Kita keluar rumah untuk pergi selesaikan urusan kita tadi. Keluar rumah, baru nak hidupkan enjin kereta, kereta pula rosak. Terus terbayang nak tukar dengan Mustang 5K cc atau paling kurang BMW atau Merc Sport. Sebelum tu, kena ada kereta lain dulu untuk gi beli kereta tu. Kita pun call tuan kereta sewa untuk sewa kereta. 

"Maaf, kami tidak beroperasi selama setahun kerana semua staff cuti. Mereka sudah jadi jutawan."

Kita pun terus membuka applikasi Grab dan Uber. Ternyata tiada yang available kerana semua sudah jadi jutawan.

Kita mula melangkahkan kaki keluar untuk mendapatkan teksi. Ternyata Teksi juga tiada kerana semua pemandu teksi sudah jadi jutawan.

Kita teruskan melangkah ke bank untuk mengeluarkan duit. Bank juga tutup kerana semua pegawai bank sudah jadi jutawan. Duit di dalam mesin Atm juga sudah habis kerana kita agak lewat dan tiada penghantaran duit kerana mereka yang bekerja dengan Securiforce juga sudah jadi jutawan.




Kita mula buntu dan cuba melangkah longlai ke kedai mamak berhampiran untuk pekena teh ais kaw bagi menghilangkan rasa tertekan. Ternyata kedai mamak juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan.

Kita semakin buntu. Kelihatan banyak projek pembinaan bangunan tidak berjalan kerana semua pekerja Indonesia dan Bangla juga sudah jadi jutawan.

Kite melangkah masuk ke kedai 24 jam, 7 eleven. Buat kali pertama kedai 7 eleven juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan.

Banyak stesen minyak yang tutup kerana terputus bekalan minyak kerana pemandu lori minyak juga sudah jadi jutawan.

Keadaan jalan menjadi semakin sesak. Tetapi tiada Polis Trafik yang bertugas menjaga lalu lintas kerana semua Polis Trafik juga sudah jadi jutawan.

***

Jadi, bagaimana dengan kita?

Kesimpulannya, Allah dah jadikan setiap perkara itu adil dan sempurna.

Kepada mereka yang Allah berikan nikmat rezeki, jawatan besar, kedudukan yang tinggi, pengaruh yang besar, pangkat, kejayaan, kemewahan, kemasyhuran yang lebih, jangan sesekali sombong, berlagak dan memandang hina pada orang yang serba kekurangan atau biasa-biasa sahaja ini.

Kerana tanpa disedari, mereka ini lah yang banyak memudahkan urusan harian anda dengan izin Allah.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Koleksi Doa

Koleksi Doa;

1. Ya Allah jika di saat ini, ada Saudara ku yang sakit, sembuhkan lah dia. آمِيّنْ

2. Ya Allah jika disaat ini ada Saudara ku yg bermasalah, berilah jalan keluar untuk dia. آمِيّنْ

3. Ya Allah jika di saat ini ada Saudara ku yg kesempitan wang, kau murahkanlah rezekinya. آمِيّنْ

4. Ya Allah jika di saat ini ada Saudara ku yg bermasam muka di antara satu sama lain damaikanlah mereka. آمِيّنْ

5. Ya Allah jika di saat ini ada Saudara ku yg sesat duniawi, kurniakan Nur kpd dia. آمِيّنْ

6. Ya Allah jika di saat ini ada Saudara ku lalai, kurniakanlah Hidayah Mu kpd dia. آمِيّنْ

7. Ya Allah jika di saat ini ada Saudara ku yg bersedih hati. kembalikanlah kecerian di wajahnya. آمِيّنْ

8. Ya Allah jika di saat ini ada Saudara ku yg berada dipersimpangan jalan yg berliku, tunjukkanlah jalan yg diredai oleh Mu.

آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

High Risk Tumor Dengan Simptom Kebas Tangan

Abg nak kongsikan cerita sebagai pengalaman dan pengajaran dalam hidup. Jangan ambil mudah jika ada anggota badan kerap kebas-kebas...








Hadiahkan Al-Fatihah kepada arwah yang telah pergi.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, August 13, 2019

Probably a Bitter Truth of Healthcare in Malaysia

Probably a bitter truth of healthcare in Malaysia.

☑️ 2/3 of hospitals and other health care centres in Malaysia are private. Yet they only cover 1/3 of the population.

☑️ 1/3 of hospitals and clinics are public but they cover 2/3 of population including immigrants.


☑️ MOH/MOE produce specialists using public fund but majority of them will end up at private sector.

☑️ Public health and MOH overall budget are smaller compared to other developed or even SEA nations.

☑️ Public and Private healthcare are competing with each other.

What we need now?

We need a health reform and political wills to make it happen.

**Facts are based on my personal observation, findings from subjects in my doctorate study and MOH Health Facts 2016.

DAR

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Ilmu Buah Rambutan

"Betui ke kalau makan MOKTAN akan akibat batuk?😱😱
Bahagian mana Moktan buat U batuk?
Orang kencing manis boleh tak makan Moktan? "
Info doc nak share2 dengan u all. 😎😎

1. Rambutan atau nama saintifiknya Niphelium Lappaceum. Rambutan ni kaya gula spt fruktosa dan sukrosa. 

Lagi tinggi % gula ikut jenis moktan... Lagi manis Moktan tu, lagi ramai SEMUT HITAM mengurung moktan yang Manis. 😁😁💪💪😋😋😋😋


2. Kaya juga dengan vitamin A, C, protein, karbohidrat & serat. Macam-macam Mineral ada seperti kalsium, niacin, zat besi, potassium, fosfor, magnesium, dan zinc.

3. Dinasihatkan untuk gang doc yang kencing manis.... Maximum 5 biji rambutan sehari... Ok tu. Jangan over2 tau. 😱😱😱😱

4. Doc nak bagi tau yang lagi banyak kita makan rambutan atau lagi MANIS rambutan yang kita makan, maka lagi tinggi dan pekat kandungan GULA yang lekat di kerengkung anda yang membuat ia rasa irritasi lalu anda kerap batuk2. 😨😨🤔🤔🙄🙄🙄. 

Tapi tiada medical proof yang kukuh dalam jurnal. Jadi bukan kerana lagi lekang isi rambutan / isinya seperti isi nyok... akan akibat lagi batuk. Tiada ada kaitan pun. Klu anda pesakit yang mudah ALERGIK .... lagi mudah diserang batuk. 😰😰😰

Nasihat doc;

Klu u all batuk sebab makan banyak Moktan, bermakna saluran kerengkung anda terganggu kerana terlekat manisan gula rambutan yang akibat banyak lendir terhasil disitu... 

Terbaik MINUM AIR SUAM PANAS bagi melegakan situasi ini untuk mencair lendir tersebut. 😎😎😇

APA lagi u all dah tau secret Moktan.... Pederas le makan Moktan sepuas hati sebelum musimnya habis. 😜😜😜

Kredit:
Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda
11900 Bayan Lepas.
Penang.
Tel 04 -6444181

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Orang Yang Boleh Tolong Masa Dalam Kesusahan

Antara strategi agent takaful untuk approach klien, adalah dengan meminta bakal klien tulis di atas kertas tiga (3) nama orang yang boleh tolong pinjamkan duit masa dalam kesusahan.
"Encik tuliskan di kertas ini, tiga nama orang yang akan tolong encik bayar bil hospital jika encik ditimpa penyakit."
Hari ni abg jumpa kawan abg. Yang memang abg tau dia memang takda apa takaful lagi sebab duk tangguh manjang. Jadi abg buat macam kat atas tadi tapi dengan sedikit kelainan dan 'cabar' kawan abg buat untuk tengok respon nama-nama yang dia pilih untuk mintak bantuan.

Tak main petik-petik nama untuk tulis atas kertas. Sebaliknya terus spontan call 3 orang terpilih dan tanya soalan ni untuk dengar jawapan masing-masing.

"Kalau saya nak pinjam RM 10,000 esok, sebab nak buat checkup ada sakit kat hospital, boleh tak bagi pinjam saya ?"

Orang pertama yang kawan abg pilih untuk call.... isteri dia.

Abg pendekkan cerita, kawan abg call isteri dia dan buat "wayang" pasal nak pakai duit untuk hospital, ini respon yang isteri dia bagi;

1. Isteri dia bebel dan tanya macam-macam.
2. Takkan lah mahal sangat sampai nak pinjam 10k.
3. Kesimpulannya isteri dia macam tak boleh tolong dengan amaun banyak tu.

Okay beralih kepada orang terpilih kedua. Kawan abg pilih untuk call kawan yang dia anggap bff dia.

Pendek cerita, respon bff;

1. Bila cakap nak pinjam 10k, macam buat2 dengar tak dengar.
2. Last2 kawan tu cakap kalau nak pinjam 100 aje dulu bolehlah.

Still dia tak dapat orang yang boleh bagi pinjam 10k. Dan dia ada satu lagi insan terpilih untuk dia cuba call mintak tolong.

Siapa orang terakhir dia call ni...



Mak dia...

Respon mak dia;
1. Mak dia terkejut bila dia cakap dia kena 'penyakit' tapi tak bebel banyak macam isteri dia.
2. Mak dia tak mampu nak bagi pinjam 10k.
3. Mak mintak dia balik kg, bawak mak dia untuk pergi tabung haji keluarkan berapa saja yang ada dalam akaun untuk dia guna.
4. Kalau tak cukup, mak dia cakap akan usahakan pinjam dengan adik beradik mak dia.

Selesai 'cabaran' kawan abg ni, meleleh ayaq mata abg weh.

😭😭😭

Sebab selalu kita meletakkan mak kita di pilihan yang akhir-akhir. Dan kalau kita kenang balik, mak kita SUSAH untuk tolak apa yang anak-anak dia mintak.

Susah macam mana pun anak dia, pasti emak dia akan USAHA sesuatu.

Al-Fatihah untuk emak yang telah tiada.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, July 24, 2019

Lebihkan Bersyukur Daripada Mengeluh

Cicak tak pernah komplen pada الله kenapa makanan dia semua binatang yang terbang, kerana cicak tau الله bagi dia lidah yang panjang untuk memudahkan dia makan.



Burung juga tak pernah komplen pada الله bila pagi-pagi kena terbang keluar tak tau nak makan apa, tapi burung pulang dengan kenyang dan mampu bagi makanan pada anak-anaknya. Takda lagi kita dengar cerita burung bunuh diri malah pagi-pagi yang kita dengar burung tetap berkicauan.

Cacing lagilah, tanpa tangan tanpa kaki, tak pernah komplen pada الله susahnya nak cari makanan, kenapa الله tak jadikan dia macam ni macam tu. juga belum ada sejarah ada cacing bunuh diri.

Moral of the story, apabila الله mencipta kita, الله tau kemampuan kita, الله takkan uji kita dengan sesuatu yang kita takkan mampu tanggung, malah tiada satu ujian pun untuk melemahkan kita

Bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi الحمدلله ..

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Lapor Perbuatan Cop Parking

Perbuatan cop (letak kerusi/moto/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


INFO:

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Untuk aduan, hantar mesej dengan butiran melalui:

1. Emel ke aduantrafik@jpj.gov.my 

Sertakan butir pengadu (+no kp), lokasi, tarikh dan masa, no plat kenderaan, butiran kejadian.

Jom ikuti media sosial rasmi JPJ untuk perkembangan terkini.

Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Twitter: JPJ_Malaysia

Instagram: JPJMalaysia

Youtube: JPJMalaysia

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Cara Mewasiatkan Akaun Facebook Selepas Meninggal Dunia

Jarang kita fikir benda ni,

"Apa jadi pada akaun facebook kita, selepas kita meninggal dunia?"

Ha, dalam akaun facebook kita mungkin banyak maklumat, data, yang boleh berguna untuk waris-waris kita. Dalam kita tak sedar, akaun facebook kita banyak kita 'link' kan untuk daftar pelbagai applikasi. Dan mungkin juga terdapat rekod-rekod orang berhutang/kita berhutang dalam messenger Facebook.

Kita perlu lantik waris untuk handle akaun facebook kita lepas meninggal. Terpulang pada waris kita, depa nak tutup akaun kita ka, padam dosa-dosa kering posting kita ka, apa ka, yang penting depa boleh akses dulu akaun kita daripada duk tergantung lepas meninggal.

Cara-cara mewasiatkan akaun facebook lepas meninggal dunia. Follow je setting dalam gambar ni sampai habis. Dalam 2 - 3 minit siap.



























 Done. Selesai mewasiatkan akaun facebook.
 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, July 22, 2019

Bahaya Non Stick Cookware Pada Kesihatan

Hari ni seronok lain macam. Wok granite coated with ceramic dah sampai. Lama dok cari akhirnya bertemu juga di dunia online.

Kita mungkin tak perasan antara penyumbang toksid kepada makanan ialah peralatan dapur yang kita guna. Kita punyalah jaga bab makan minum. Tetapi terlepas bab kuali, periuk dan wok yang kita guna setiap hari.



Selalunya tradisional cookware macam wok, periuk dan kuali diletak teflon coating. Tujuan dia tak nak kasi melekat. Ada jenis cookware dari aluminium dan copper. Semua ini dedahkan kita pada bahaya sebab kemampuannya lepaskan bahan kimia yang dapat mengubah hormon kita.

Saya ni bila nak beli peralatan cookware baharu mesti pening. Yang dijual selalunya non stick cookware. Saya memang akan elak beli non stick cookware sebab bahan kimia macam PFOA dan PTFE.

PFOA ni ialah “perfluorooctanoic acid”, sintetik ciptaan yang juga diguna untuk fabrik dan karpet kalis kotor. PFOA akan diserap ke dalam tubuh dan persekitaran kita. Itu yang bahayanya.

PFOA dikaitkan dengan gangguan kepada sistem endokrin dan risiko kepada kanser. Bukan itu sahaja. Ada penyakit lain lagi macam tinggi cholesterol, gangguan pada pundi kencing, kerosakan pada buah pinggang, kanser testicular pada lelaki, kerosakan liver dan darah tinggi.

Itu yang menakutkan. Macam silent killer tengah bekerja secara senyap. Kita ingat kita sihat. Tiba tiba diberitahu ada penyakit.

PTFE pula ialah for “polytetrafluoroethylene”, sejenis fluoropolymer yang mengandungi karbon dan fluorine. Dia nilah bagi non stick tu. Bahayanya tidak jauh dari PFOA.

Ada yang pilih guna copper cookware. Bahaya pada otak sebab copper toxicity.

Jadi nak selamat carilah cookware batu, berlian (haha kalau mampu), marble, Seramic, titanium, dan porcelain. Jenis jenis ini lebih selamat sebab selamat dari coating toksid dari teflon.

Granite cookware lebih selamat sebab dibuat dari batu dan disalut dengan seramik. Jadi bebas dari teflon, PFOA dan PFTE.

Untuk keselamatan kita kena tahu cara guna. Kena pastikan:

1. Kita panaskan pada api medium dan tinggi. Kaedah ini pastikan jangka hayatnya lebih panjang.

2. Sekiranya guna minyak, pastikan minyak yang sama diguna pada suhu medium dan tinggi ini. Jangan panaskan tanpa minyak.

3. Guna spatula kayu. Elakkan yang besi atau aluminium. 

Kalau dah tercalar atas apa sebabkan pastikan wok kita campakkan dalam tong sampah. Memang mahal. Tapi kesihatan kita lebih mahal. Dan Cukai kesakitan itu lebih tinggi dan mahal lagi.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Info Grafik Penyakit Bawaan Virus

Parainfluenza







Denggi





Rotavirus





Hepatitis A


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Anggaran Kos Perubatan di Malaysia Tahun 2035

Ramai ada Takaful..
Tapi tak cover sebanyak ini .

Apply makin lambat, polisi baru tak akan cover sakit sedia ada .

Mungkin sudah tak full cover.
Cooling period ada 120 hari, specific illness kena investigate jika kurang setahun.

Lihat polisi, kalau setakat cover RM 20,000, Tak perlu pergi hospital swasta. Takut kena tambah duit nanti.


Ambil coverage yang tinggi sekarang, sebab hari ni muda lagi..

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Syarikat/Majikan Tak Ambil Pekerja Yang Ada Penyakit

Abg nak kongsi kisah kawan FB abg, Nadiah Hanis, seorang yang diuji dengan penyakit SLE (Systemic Lupus @ Auto Immune).





Betapa strugglenya beliau untuk mencari pekerjaan. Majikan tak ambil pekerja yang ada masalah kesihatan. 

Even dia dah bekerja dengan Astro, lepas buat medical checkup, dapat tahu ada penyakit SLE, Astro tamatkan kontrak beliau. Sampai satu tahap beliau nekad tipu air kencing untuk dapatkan pekerjaan bagi menyara kehidupan beliau.

Andai di kalangan yang membaca posting blog ni dapat bantu beliau dapatkan pekerjaan, boleh contact fb beliau seperti abg mention di perenggan pertama.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kerana Percayakan Produk Suplement Daripada Ubat Hospital

Masa tak dapat diundur kembali. 

Saya baru selesai menyiapkan laporan perubatan yang diminta oleh waris seorang pesakit. 

Pesakitnya terlantar di rumah. 
Akibat stroke hampir dua tahun lepas. 

Kekuatan tangan dan kakinya lepas penilaian Jurupulih Anggota hanya 1/5 kedua-dua belah. 

Makanannya hanya susu melalui tiub. Untuk 'membuang' pun, terpaksa pakai lampin pakai buang. 

Yang menyedihkan, umurnya masih muda, awal 50-an. Seorang yang bekerjaya hebat, anak-anak semuanya masih belajar. Suatu waktu dulu dialah yang menyara keluarga dengan gaji 5 angka. Bebas ke sana ke mari berkereta. 



Masa dia dalam perjalanan ke universiti anaknya, dia mendapat serangan jantung seterusnya stroke. Hingga terpaksa dimasukkan ke hospital bermalam-malam. Rupa-rupanya bila ditanya dia ada kencing manis dan darah tinggi sudah 10 tahun tetapi guna produk supplemen sebagai ubatnya. 

Dia tak percaya ubat hospital yang kononnya rosakkan buah pinggang.  (Jangan tanya apa produknya sebab kebanyakannya sama, tiada kajian kukuh yang membuktikan keberkesanan dan keselamatannya)

Sedih memikirkan.

Kenapa pesakit-pesakit sebegini sanggup mengambil risiko untuk mencuba supplemen yang tak terbukti. Iklannya memang gah untuk menarik minat orang ramai tapi hakikatnya kalau ia betul berkesan, pasti berpusu-pusu saintis luar negara datang menjulang supplemen ajaib itu. 

Cubalah pikir. Sudahlah harganya pun boleh bikin kita telan air liur. Beratus-ratus. Bukan untuk orang miskin. Produk yang mahal tapi tak ada jaminan keberkesanan apatah lagi profil kesan sampingannya. 

Kalau ada ahli keluarga atau kawan yang terpengaruh dengan supplemen hingga meninggalkan rawatan sepatutnya, mintalah mereka mencarum banyak-banyak dengan syarikat TAKAFUL sebagai bekalan. Sekurang-kurangnya, adalah duit belanja untuk anak dan isteri, bila anda tidak lagi mampu menyara keluarga. 

Jangan menyesal di kemudian hari.

Post Asal : Sakinah Sulong

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Statistik Perceraian di Malaysia (2013 - 2019)



Statistik Perceraian di Malaysia (2013 - 2019)

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Keadaan Hospital Kerajaan Semakin Tenat

Apabila ada pesakit yang mengeluh mengenai masa yang lama untuk mendapat rawatan di bahagian kecemasan, mungkin ada yang tidak percaya.

Tetapi itulah hakikatnya seperti yang dilaporkan dalam laporan Jabatan Audit Negara.


Hospital Kerajaan Semakin Nazak

Itulah yang dapat digambarkan mengenai laporan Jabatan Audit Negara mengenai kesesakan jabatan kecemasan di hospital-hospital kerajaan.

Satu dalam dua pesakit menerima rawatan hanya selepas 6 jam. Kelewatan pesakit menerima rawatan untuk sesetengah penyakit juga boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan kematian.

Antara faktor kelewatan adalah:

1. Beban kerja tinggi dan staf yang kurang 
2. Kekurangan peralatan perubatan 
3. Ruang terhad
4. Sistem ICT yang lemah
5. Peningkatan pesakit BUKAN KES KECEMASAN di jabatan kecemasan

Antara cadangan yang disyorkan di dalam Laporan audit:

1. Jabatan Perkhidmatan Awam harus mempertimbangkan KKM DIKECUALIKAN daripada melaksanakan Pengoptimuman Dasar Sumber Manusia iaitu mengurangkan sebanyak 1% pada tahun ini, 2% pada tahun 2020 dan 2021.

2. Jawatan tambahan perlu diberikan untuk menangani masalah kekurangan staf

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, July 1, 2019

Laman Web Untuk Check Akaun Bank Scammer

Zaman sekarang ni ramai penipu dan scammer online. Mesej suruh bank in duit atas macam-macam alasan, menyamar jadi kawan/saudara, lepas bank in duit habis lesapppppp...

So macam mana kita nak elak daripada menjadi mangsa penipuan scammer ni ?

Ha....Tak ramai yang tahu benda ni. Ada 1 website yang PDRM buat untuk kita semak Nombor Akaun Bank atau Nombor Telefon untuk kita tahu sama ada pernah ada report penipuan ke atas nombor akaun/nombor telefon tersebut.



Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
Polis Diraja Malaysia
http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/?fbclid=IwAR0j-sTf0v4jq7ukrBYAizMVyKgd4Zzik5pIk8KXY6kPEs5lMzCkpi2jmxE

Sebagai langkah berjaga-jaga daripada jadi mangsa penipuan scammer, kita boleh check dulu nombor akaun atau nombor telefon kat website ni. Andai kata ada rekod report, jangan teruskan transaksi.

Dan juga kalau ada yang menyamar kawan/saudara guna whatsapp nombor lain, suruh bank in duit ke pihak ntah sapa-sapa, please call kawan/saudara untuk confirmation. Dan kalau sah scammer menyamar, please tekan report nombor telefon tu as SPAM dan blok terus nombor tu.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

1 Julai 2019 - Pelarasan Kadar Caruman Takaful Hayat

Jika dahulu 1 Julai 2017, Liberalisasi tarif insurans kenderaan telah dilaksanakan, kini bermula 1 Julai 2019, syarikat insurans/takaful hayat pula telah diarahkan Bank Negara bagi membuat pelarasan kadar caruman bagi memastikan kemampanan (sustainability) sijil perlindungan sepanjang tempoh perlindungan peserta takaful.


Ulasan ringkas abg untuk isu ni, tiada sebarang kenaikan caj takaful (tabarruk). Walaubagaimanapun, caruman akan jadi tinggi berbanding jika sign up takaful sebelum 1 Julai 2019.

Harga memang tak naik.....
tapi caruman akan bertambah untuk maintain sustainability tempoh sijil takaful.

Senang cerita,
Siapa sign up sebelum 1 Julai boleh dapat caruman rendah.
Siapa sign up selepas 1 Julai, caruman sedikit tinggi.

Abg akan ulas lanjut perbezaan qoutation sebelum dan selepas 1 Julai dalam posting bulan Julai lepas semua adjusment dah stabil.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, June 30, 2019

Manfaat Daun Gelenggang Untuk Kulit

Daun Gelenggang boleh merawat penyakit kulit dan masalah gatal-gatal kulit. Pokok daun gelenggang ni senang nak dapat kat kampung-kampung.





Macam mana nak guna daun gelenggang untuk rawat masalah kulit ?

Petua yang abg dengar dari kawan-kawan dan orang tua, tumbuk daun gelenggang dan sapu kat kulit yang bermasalah. Macam tu punya senang nak guna.

Kalau susah nak cari daun ni, jangan risau, pergi je kedai-kedai jamu, sekarang ada jual dalam bentuk sabun gelenggang. Cumanya tak pasti la sabun tu ori daun gelenggang atau chemical. Nak yang ori, cari daunnya dan tumbuk sendiri kat rumah.





About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, June 28, 2019

Rawatan Traditisional Ayah Chik

Saya bukan nak promot dia. Tapi, dah ramai orang yang kena stroke, tak boleh jalan, selepas dia tepuk, Alhamdulillah sembuh dan dapat berjalan.

Yang sakit jantung pun sama. Asalnya jantung dah nak kena operate. Selepas dia gosok, Alhamdulillah, muka terus merah sebab darah dah berjalan dan dada dah tak sakit lagi.

Yang Kanser pula, selepas beberapa kali follow up dan mengikuti rawatan, sel-sel kanser didapati dah tak aktif dan mati. Syukur..

Kepada siapa2 yang ada sakit lain, seperti Leukimia, Buah Pinggang, Kencing Manis, Darah Tinggi, Gout, Athma, Migrain.. Dan apa2 sahaja sakit yang dah bertahun tak sembuh, cuba lah berikhtiar jumpa dia.
Dia yang dimaksudkan ialah Ayah Chik

NO. 2, PERSIARAN WIRA JAYA BARAT 72, RAPAT SETIA BARU, 31350, IPOH PERAK
(Homestay Hj Khusairi)


Ayah Chik : 012 938 3776
Encik Salleh : 011 2061 5587
Cik Izzati : ‪014 666 7332‬


*Sebarkan kepada mereka yang memerlukan - saudara2 di PERAK, KEDAH, PERLIS, P.PINANG. Terima kasih. ** Duit dia x ambik.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tips Nak Beli Durian

Sekarang payah nak jumpa orang jual durian longgok. Semua pakai timbang la ni. Durian kampung pun cecah RM 10 - 12 sekilo. Sebiji pun dah boleh cecah sekilo. Tersalah pilih buah, hangus duit macam tu aje.

Jadi, pentingnya kita pilih buah durian yang betul-betul elok masa nak beli.

Jom tengok tips beli durian dari FAMA.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Peluang Infaq Fasiliti Kelas Mengaji Al-Quran

Ni guru belajar mengaji abg, verified dan trusted untuk buat infaq
Siapa-siapa yang ada nak buat saham akhirat, boleh infaq sama-sama dalam program ni

---------

Saya Ustaz Ahmad Saipuddin Saat, mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda semua terhadap kaedah belajar mengaji Abata.  Program mengaji dewasa secara tradisional seorang demi seorang.  

Selepas balik daripada umrah ramadan 2019 baru-baru ini, Saya terpanggil untuk bantu lebih ramai dewasa supaya boleh mengaji dengan bertajwid penuh dan melatih lebih ramai guru mahir mengajar. 

Bagi merealisasikan itu, saya baru sahaja menyewa sebuah lot kedai tingkat 2 di Berjaya Park, Seksyen 32 Shah Alam berdekatan rumah saya dengan keluasan 1650sf untuk team bekerja dengan lebih berkesan.



Saya memerlukan infaq Lantai Vinyl, aircond, partition dan sedikit keperluan asas anggaran dalam RM20K.  Insya Allah kami pecahkan nilai tersebut kepada 400 lot dengan setiap satunya bernilai RM50.  Anda boleh infaq lebih daripada 1 lot.

Sila bank in ke:
Maybank
Ahmad Saipuddin Bin Saat
1621 0601 7591

Dan whatsapp ke 01111983325 jumlah lot yang diinfaqkan dan jumlah RMnya kepada Ofisabata01.  Semoga infaq sahabat semua menjadi saksi di akhirat kelak insya Allah.  


Terima kasih kepada anda semua.
Ustaz Ahmad Saipuddin
Kaedah Abata

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, June 10, 2019

Mana yang mesti didahulukan ?

Mana yang mesti didahulukan ?

Takaful Education untuk anak

atau

Takaful Income Replacement untuk bapa.


Jika mengikut keutamaan, Takaful Income Replacement untuk bapa perlu diambil terlebih dahulu.

Diikuti keutamaan kedua melindungi perubatan anak.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, June 3, 2019

Mengapa pentingnya Wasiat ?

Mengapa pentingnya Wasiat?

1) Memudahkan perlantikan Wasi / Pentadbir bagi menguruskan pembahagian Harta Pusaka simati.

2) Dapat mengenal atau menyenaraikan benefisiari atau waris-waris yang berhak dan berkepentingan.

3) Dapat menyenaraikan / mengenalpasti segala harta /aset simati samada dalam bentuk Harta Alih / Harta Tidak Alih semati dalam Malaysia atau luar bidangkuasa Malaysia.

4) Memudahkan waris-waris mengetahui segala hutang / liabiliti simati yang masih tertunggak.

5) Memudahkan pembahagian 1/3 dari aset simati kepada waris-waris.

6) Menyampaikan nasihat atau kata-kata terakhir kepada benefisiari / waris-waris.

7) Mengelakkan berlaku penindasan atau Pentadbir tidak berlaku jujur dan mengetepikan waris-waris yang lain.



Apa akan berlaku jika simati meninggal dunia TANPA WASIAT :

1) Perlu melalui proses yang panjang di JKPTG / Unit Pembahagian Pusaka Kecil (bagi harta di bawah nilaian RM2 Juta) atau Mahkamah Tinggi Malaya (bagi nilaian harta RM2 Juta dan ke atas) bagi mendapatkan Geran Surat Kuasa Mentadbir.

2) Sukar untuk memgumpulkan / mengenal pasti Aset-aset dan liabiliti simati yang ada.

3) Setelah mendapat Geran Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Tinggi Malaya, Pentadbir perlu mendapatkan 2 orang Penjamin atau pengecualian dari Mahkamah.

4) Kebanjiran kes Harta Pusaka di JKPTG / Unit Pembahagian Pusaka Kecil sehingga menyebabkan waris-waris perlu menunggu tarikh pendengaran / perbicaraan yang lama.

5) Kos yang tinggi di Mahkamah Tinggi Malaya bagi mendapatkan Geran Surat Kuasa .

6) Kebarangkalian berlaku pertikaian antara waris untuk melantik Pentadbir atau pembahagian aset - aset. Terutamanya jika Simati mempunyai lebih dari seorang isteri.

* Jika terdapat kemunsykilan, sila dapatkan nasihat dari Peguam anda atau mereka yang pakar.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Jangan Buat Main-Main

JANGAN BUAT MAIN-MAIN

Ok...saya nak share kisah kemalangan yang berlaku pada client saya ni.

Beliau seorang student IPT dalam perjalanan balik ke rumah, motosikal yang dinaikinya dihimpit oleh kereta lain dan menyebabkan dia terjatuh dan melambung terkena pembahagi jalan.

Driver kereta seorang perempuan india hanya turun check keretanya dan terus blah macam tu saja.

Apa jadi dengan client saya ni?


Tulang kakinya patah macam dalam gambar tu. Masuk hospital awam di bahagian kecemasan lebih kurang waktu maghrib sampai tengah malam masih di situ. Maybe que punya pasal.

Kaki dia bengkak dah sebab lama tunggu. Si ibu dah risau nak buat macam mana ni. Jumpa Dr tanya macamana? Dr kata dalam 2 minggu belum tentu dapat buat operasi kaki anaknya tu. Dr jelaskan lagi bahawa dalam tempoh tu anaknya boleh terkena jangkitan kuman dan membawa kepada lumpuh.

Tapi dengan tenang ibunya teringat bahawa anaknya tu ada medical card. Terus dia call saya tengah malam nak buat macamana. Jadi saya bagi cadangan untuk pindah ke hospital swasta Sungai Petani. Dalam keadaan ni client kita akan ikut cakap kita sebab dia pun dah blur nak buat keputusan. Ejen pun kena tau lah hospital mana yang ada pakar berkaitan tulang ni.

Selepas saya cadangkan hospital mana, malam tu juga ambulan dari hospital swasta Sungai Petani datang ambil client saya ni di hospital awam tu. Ingatan ya....kalau nak pindah dari hospital awam ke hospital swasta pihak hospital swasta akan contact bahagian kecemasan hospital awam dan mereka bersetuju untuk lepas dan terima. Jadi Dr di hospital swasta dah ready untuk ambik alih.

Esoknya selepas GL dari Mediexpress lulus, operasi pembedahan masukan besi pun di jalankan. Tak perlu tunggu berminggu minggu untuk buat kerja. Janji ada duit seketul lah kan.

Kos pembedahan ni memakan kos dalam RM35,000!


Dari mana nak dapat kos tu? Medical card kan ada, pihak takaful yang bayarkan kos tersebut 100%!. Final Guarantee tu menunjukan bayaran dah confirm dibayar. Kalau tak ada kad takaful macamana lah kan....maybe kena keluarkan simpanan berpuluh tahun untuk dihabiskan sekelip mata saja. Atau terpaksalah tunggu berminggu minggu untuk operate.

Di pihak client saya, dia sangat berterima kasih kerana pihak takaful membayar semua kos pembedahan.

Di pihak saya pula, merasakan sangat puas hati bila dapat bantu ringankan beban yang ditanggung oleh client saya tu. Saya bagitau client bahawa saya ni pemudah cara saja. Yang nak pastikan polisi tu terus hidup adalah dirinya sendiri.

Atas kesedaran yang tinggi lah client saya ni ambik 3 medical card untuk anaknya dan 1 untuk cucu kesayangan.

Nak timbulkan kesedaran ni lah yang susah. Kalau sedar dari awal ok lagi. Jika dah kena baru nak sedar, dah terlambat. Semoga kisah ini jadi pengajaran kepada kita semua untuk buat persediaan awal sebelum ditimpa musibah.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Cara Claim Elaun Harian Hospital

Anda ada ambil insurans yang ada manfaat elaun harian hospital ?


Cara claim elaun harian hospital (Zurich Takaful)



Document yang kami perlukan ialah:


1. Discharge Note/Nota Discaj
- Boleh guna yang original
- Tak ada original, boleh juga guna salinan yang diakui sah oleh hospital atau majian


2. Salinan IC pemilik polisi

3. Salinan buku/statement bank pemilik polisi

Ada yang tanya discharge note tu macamana rupanya?

Ni contoh discharge note. Biasanya hanya sehelai kertas. Akan diberi kepada anda bila anda telah dibenarkan balik oleh doktor.




Kadang-kadang ada hospital (terutama hospital kerajaan) yang tak bagi discharge note, maka anda kena mintak (sepatutnya benda ni tak payah mintak pun).

4. Dah lengkap dokumen 1 - 3, boleh serahkan kepada agent atau kalau buat sendiri, perlu isi borang tuntutan dan hantar ke pejabat insurans/takaful masing-masing.

Bila document lengkap, InsyaAllah proses claim elaun hospital ni akan berjalan dengan segera.. Macam Zurich, dalam 14 hari elaun wad akan masuk terus dalam akaun bank.

✌🏼😊

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Taktik Scammer Bawak Lari HP Agent Insurans

Saya Mangsa Yang Ke Empat Yang Kena Curi HP

Mangsa Pertama
Agent Insurance Tokyo Marine

Manga Kedua
Agent Insurance Zurich

Mangsa Ketiga
Tidak Di Kenal Pasti

Mangsa Ke Empat
Agent Insurance Great Eastern

Modus Operandis
Search Maklumat Agent Insurance Di Facebook
Dapat HP Number
Buat Appointment Nak Beli Insurances

Masa Appointment
Hp nak habis battery
Akak dia on the way pon nak beli insurance
So nak pinjam hp kita untuk call back kakak dia..
Kemudian kita leka terus dia hilang....

Pencuri
Lelaki Berbangsa India
Umur 25
Bermisai dan berjangut sedikit
Berat Badan Anggaran 55-60 Kg
Tinggi Anggaran 5 Kaki 4 inch
Tempat Lokasi MCD Taman Tasek Skudai

Mintak kawan2 Share

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kalau Anak Lelaki Mengadu Sakit Bahagian Telur

Emak dan ayah, kalau anak lelaki mengadu sakit tiba-tiba bahagian telur, elak daripada ambil ringan complaint mereka.


Ada pemeriksaan ultrasound, bila diminta, kami memang boleh kata jatuh hukum wajib untuk buat tanpa tangguh. Tak kisah waktu yang mereka minta. 

Testicular torsion salah satunya.

Testicular torsion, saya pasarkan bahasa jadi testis/telur berputar. Hmm bolehlah faham kan?



Telur orang lelaki ini, dia tergantung dalam kantung oleh spermatic cord yang bersambung ke bahagian dalam abdomen.

Dalam spermatic cord ni, ada macam-macam struktur, termasuklah saluran darah keluar masuk ke testis.

Torsion of the testis ni jadi bila spermatic cord dan testis itu terputar/terpilin/twisted. Ini boleh sebabkan aliran darah ke bahagian testis terganggu.

Insiden torsion ni banyak jadi pada remaja lelaki. Tapi tak bermaksud tak boleh kena pada kumpulan umur yang lain.

Kenapa ia adalah sejenis emergency?

Sebab kalau torsion terjadi dan aliran darah ke testis terhenti terlalu lama, ada risiko untuk testis itu 'rosak' dan tak dapat nak diselamatkan.

Simptom biasa

1. Sakit pada bahagian skrotum secara tiba-tiba. Kebiasaannya belah kiri.

2. Skrotum bengkak

3. Posisi salah satu testis itu sama ada lebih tinggi dari asalnya, atau dalam keadaan melintang

4. Loya, muntah.

5. Kerap kencing


Biasanya kami di radiologi akan bantu diagnosis dengan buat ultrasound pada bahagian skrotum. 

Paling utama sekali adalah untuk menilai aliran darah ke testis, dan untuk cari tanda yang beri high suspicion of torsion pada spermatic cord.

Kalau positif torsion, satu-satunya cara untuk selamatkan telur itu adalah dengan pembedahan.


Tapi harus diingat, penyebab sakit pada bahagian telur itu bukanlah torsion semata. 

Yang penting, kalau anak-anak mengadu (atau sendiri yang alami), sila lah ke klinik berdekatan untuk diperiksa dengan teliti.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus