Friday, March 6, 2015

Cara Cetak Penyata Pelepasan Cukai Bagi Caruman Takaful

UPDATE 2016: Perubahan interface portal MAA Takaful
Klik sini untuk cara pendaftaran MyAccount MAA: [Sini]
Klik sini untuk cara cetak tax relief MAA Takaful: [Sini]

Pencarum insurans dan takaful boleh mendapatkan pelepasan cukai setiap tahun bagi caruman takaful yang dibayar oleh pencarum. Untungnya mencarum takaful bila caruman dapat memberi jaminan kewangan bertulis ketika ditimpa musibah dan pada masa yang sama amaun caruman yang dibayar layak mendapat pelepasan cukai tahunan.

Untuk makluman tuan/puan/adik/abang/kakak sekalian, had maksima bagi pelepasan cukai bagi tahun pentaksiran 2014 ialah RM 6,000 bagi insurans/takaful hayat dan RM 3,000 bagi insurans/takaful perubatan dan pendidikan.

Post kali ini saya akan bantu anda selaku pencarum MAA Takaful untuk mendapatkan dan mencetak penyata bagi pelepasan cukai caruman takaful tuan/puan.

1. Daftar MyAccount 

Log masuk ke sistem akaun pelanggan MAA Takaful atau lebih dikenali dengan MyAccount. Klik di [SINI] untuk ke portal MyAccount.

Jika tuan/puan telah mendaftar MyAccount, hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan (jangan lupa sertakan dash '-') dan kata laluan. Untuk pengguna yang telah berdaftar, sila terus ke point nombor 2 [Cetak penyata pelepasan cukai pendapatan].
  

Bagi pendaftaran kali pertama, klik pada First Time User untuk mendaftar. 

Pengguna pertama kali mendaftar, anda perlu lengkapkan maklumat sijil takaful seperti screenshot di bawah.



Selesai isi maklumat sijil, anda akan terima pesanan sms di telefon anda untuk temporary password.

Teruskan login ke akaun anda menggunakan temporary password tersebut. Kemudian setelah berjaya log masuk, anda akan diminta untuk menukar password seperti di bawah.



Selesai daftar. Teruskan di point seterusnya.



2. Cetak penyata pelepasan cukai pendapatan


Di portal MyAccount anda, klik pada Customer Service dan pilih Print Income Tax Statement.



Pilihan tahun penyata yang dikehendaki, Tick pada Print Statement dan anda sekarang boleh cetak penyata anda.


Pastikan anda membenarkan Pop Up Blocker untuk portal MyAccount MAA Takaful.



3. Cetak

Inilah contoh penyata pelepasan cukai pendapatan yang anda akan dapat secara atas talian. Jangan lepaskan peluang untuk pelepasan cukai atau tax relief ini ya.

Masukkan jumlah caruman yang layak mendapat pelepasan cukai ketika tuan/puan membuat eFiling LHDN.


Bagi pelanggan MAA Takaful yang mana sijil takaful anda diuruskan oleh saya, boleh Whatsapp saya untuk bantuan sekiranya menghadapi masalah bagi mencetak penyata masing-masing. :)


#Cara Cetak Penyata Pelepasan Cukai Bagi Caruman Takaful
#Cara Cetak Penyata Pelepasan Cukai Bagi Caruman Insurans
#Myaccount MAA Takaful

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus