Friday, September 3, 2021

Mad Lin

MAD LIN

Mad Lin : Mad yang berlaku apabila huruf lin bertemu dengan sukun yang mendatang kerana diwaqafkan pada akhir kalimah.



Kadar bacaan :

2, 4 atau 6 harakat diseragamkan tetapi tidak melebihi kadar bacaan mad ‘aridh lis sukun kerana tingkatan mad ‘aridh lis sukun lebih tinggi.



Sebab Ia Terjadi :

Adalah ketika mewaqafkan bacaan, huruf yang terakhir disukunkan.



Keterangan :

Mad ertinya menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad).

Lin ertinya lembut


Huruf Lin :

Huruf lin adalah (wau dan ya) dan SYARAT mad lin pula adalah apabila huruf sebelumnya berbaris atas TETAPI bacaan hanya boleh dipanjangkan pada huruf lin ini ketika WAQAF SAHAJA, manakala pada bacaan wasal ia dibaca dengan bacaan tidak panjang.


Kenalpasti Tanda Mad Lin :

1. Wau dan huruf sebelumnya berbaris atas.

2. Ya dan huruf sebelumnya berbaris atas.


Pencerahan Tambahan :
Mad lin adalah sebahagian daripada mad aridh lissukun.


Harakatnya sama juga iaitu 2, 4, 6. Cuma bezanya berlaku pada huruf lin & huruf mad.


Utk martabat itu, mad aridh lissukun lebih besar dari mad lin kerana melihat pd tingkatan bacaannya.


Mad aridh lissukun aulanya dari besar (6 harakat) ke kecil.


Manakala mad lin, aulanya dari kecil (2 harakat) ke besar.


Itu yg diajar oleh guru saya.
Semoga bermanfaat.







About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D