Monday, October 16, 2023

Review Program Komuniti Kesihatan GatherCare 2023

Setelah hampir 2 tahun abg join program medical community GatherCare, kali ni abg nak review sikit performance program Gather Care ni.

Tulisan abg pasal GatherCare sebelum ni korang boleh baca kat sini;

https://www.hidupmatiku.com/2021/10/jom-sertai-perkongsian-perubatan-gather.html

dan sini

https://www.hidupmatiku.com/2021/07/gather-care-perkongsian-bil-perubatan.html

Abg ada masuk 5 nama dengan program GatherCare ni. Setelah hampir 2 tahun abg join, abg tengok program ni macam tak boleh pergi jauh. GatherCare ni setakat backup-backup saja bolehlah, tapi kalau boleh korang applylah polisi insurans/perubatan dengan syarikat insurans/takaful yang berdaftar dan regulated by Bank Negara.


Kenapa abg cakap program ni tak boleh pergi jauh...


1. Kegagalan so called Marketing 2.0

GatherCare dulu bayar RM 100 untuk setiap orang ahli yang berjaya kita bawa join GatherCare. Lepas founder buat Marketing 2.0, tiada lagi cash insentif untuk bawa ahli baru ke komuniti. Founder mungkin lalai, CASH adalah motivasi paling mudah untuk orang buat marketing. 

Oleh kerana tiada lagi cash insentif, maka ramai agent GatherCare telah beralih arah kepada mempromosikan WeKongsi (juga satu komuniti crowdfund).


2.Program dah 2 tahun lebih, number of sharers makin merosot




Tengok pada graf, bilangan sharer atau ahli komuniti perkongsian perubatan GatherCare dari Januari 2021 - Julai 2023, setelah 2 tahun 6 bulan, tiada peningkatan ketara. 

Disamping jumlah sharer yang tidak berkembang, kita boleh lihat peningkatan tuntutan perubatan (medical case) dari bulan ke bulan. Peningkatan medical case ni akan menyumbang kepada kekerapan top-up sharing deposit.



Kalau dah kerap top-up sharing deposit, lebih baik korang bayar premium insurans/takaful. Dah tentu apa-apa hal boleh complaint pada Bank Negara dan regulator.

3. Program Guideline yang berubah-ubah

GatherCare dia tak ada polisi insurans/takaful, sebab dia bukan syarikat insurans/takaful. Jadi ahli komuniti GatherCare guna rujukan Program Guideline. Guideline GatherCare ni boleh berubah-ubah ;




Ringkasnya program komuniti GatherCare ni hanya boleh buat backup sementara sahaja. Sebab kita tak tahu berapa lama program GatherCare ni boleh bertahan, dengan jumlah sharer yang stagnant, medical claim pula semakin tinggi. Kalau ada kemampuan, sign up insurans/takaful perubatan. 

Perkara ni mungkin boleh dibaiki GatherCare jika dia perbetulkan semula strategi marketing dan promosi dia. Takat ni promosi yang dibuat, menurunkan yuran tahunan kepada  RM 150 (dari RM 360), itu pun hanky panky jugak cara promosi dia.

Kenapa hanky panky, awal Oktober 2023 mula-mula dia whatsapp pada sharer tentang promosi yuran tahunan RM 150, minta sharer whatsapp pula kepada nombor Sales Department dia untuk claim promosi. Lepas whatsapp nombor Sales Department, boleh pulak Sales Department dia suruh stay tune for 1 November 2023. Tak tau apa hala tuju GatherCare ni. Buat promotion tapi macam tak ready. Ntah ler weh...


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus