Monday, August 31, 2020

Info Grafik Ular Berbisa di Malaysia

[Penting] Simpan infografik ini. Ianya mungkin menyelamatkan nyawa anda/orang yang disayangi. Di Malaysia, terdapat 140 spesis ular dan 17 spesis adalah beracun. Kami senaraikan beberapa ular yang sering ditemui di Malaysia.

Perkara paling penting adalah
✅ Jangan panik
✅ Jangan bergerak. Jangan bergerak. Jangan bergerak (selepas berada di tempat selamat).
✅ Jangan sibuk tangkap ular. Serahkan pada orang lain atau ambil gambar ular dah cukup
✅ Jangan sedut bisa.
✅ Telefon 999

⚠️ Pastikan sebelum 30minit anda berada di Hospital. Lebih cepat, lebih bagus.









About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Beza Antara Qoutation Takaful & Polisi Takaful

 


Anda boleh memiliki dan memohon 100 Qoutation Takaful sekaligus, tetapi satu pun tak boleh guna untuk buat tuntutan (claim) kemudian hari.

Apa yang anda perlukan untuk layak buat tuntutan adalah Sijil Takaful yang berkuatkuasa (inforced). Kalau pun ada sijil takaful yang lapse (tak bayar), maka samalah dia seperti Qoutation Takaful, langsung tak ada apa-apa benefit yang boleh tuntut.

Jangan peram Qoutation Takaful. Takda gunanya benda tu peram lelama.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Cacing Merayap Di Bawah Kulit

Seorang wanita datang ke klinik dengan gejala gatal di tangan selama seminggu. Bermacam macam jenis krim dan petua telah dilakukan, namun gejala gatal tidak juga kurang.

Pada waktu malam, wanita ini terasa seperti ada sesuatu yang bergerak gerak di bawah kulitnya ­čś▒Pertanyaan lanjut mendapati wanita ini hobinya adalah berkebun dan bermain dengan haiwan peliharaannya.

Pemeriksaan klinikal dilakukan dan doktor mengesahkan ia adalah jangkitan parasit cacing yang dinamakan sebagai Cutaneus Larva Migrants.

Cutaneus - permukaan bawah kulit
Larva - peringkat fasa tumbesaran cacing
Migrants - bergerak, merayap





Bagaimana ia berlaku?

Kemungkinan besar jangkitan berlaku semasa beliau sedang berkebun dan tanah kebunnya ada cacing jenis Ancylostoma caninum iaitu cacing kait yang biasa terdapat dalam usus haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.

Pengajaran

✅ Pastikan haiwan peliharaan anda di beri ubat cacing secara berkala

✅ Jika berkebun pakailah sarung tangan. Jika ke pantai, pakailah pelapik kaki/ kasut.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Besi Untuk Tanam Dalam Badan

Pertama kali dalam hidup sejak jadi agent takaful ni dapat pegang besi yang tanam kat tulang kalau kes accident tu..

Yang saya pegang ni jenis stainless steel..




Yang canggih jenis titanium tu..





Harga besi tu sebatang kalau masuk badan siap pasang dalam RM 5,000 ++..

Paling seram saya dengar dari marketing officer yang jual besi ni kat hospital swasta.

Ada kes accident, perempuan kena langgar dengan lori.

5 batang besi kena pasang..
Kos dalam RM 30,000!

Alhamdulillah dia masih hidup..

Nak tanya..

ANDA DAH ADA PATINA2016 ?
Pelan Perlindungan Takaful Kemalangan Diri

Jom Daftar Sekarang

Kredit Post: Rafizan Md Yusof

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Apa nak buat jika anggota badan terputus ?

 Apa nak buat jika anggota badan terputus ?




About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Simptom dan Gejala Kanser Kolorektal

Ingatkan buasir. Rupanya kanser. Najis saya macam tali panjang bersaiz pensel. Saya biarkan saja sebab malu nak jumpa doktor. Anak masih kecil. Rasa nak gugur jantung saya bila mendengar doktor kata saya ada kanser kolorektal tahap akhir.

Ya benar. Kebelakangan ini pakar bedah negara kita sering menjumpai pesakit kanser kolorektal berumur 30-40 tahun. 50 tahun ke atas pula sudah jadi kebiasaan. Registri Kanser Negara melaporkan peratus penyakit ini adalah 13.2% daripada keseluruhan penyakit kanser lain.

70% pesakit yang datang berjumpa doktor adalah kanser tahap akhir (tahap 3 &4). Sudah bergejala, ada sejarah keluarga, berisiko dari segi diet dan sikap (spt merokok). Namun, tidak menerima hakikat. Merawat dengan pelbagai rawatan tradisional. Semakin lama menunggu, semakin sukar untuk dirawat.




Menjadi aktif dan mengamalkan pengambilan sayur dan buah-buahan mengurangkan risiko kanser kolorektal. Ianya nampak mudah. Namun report NHMS 2019 menunjukkan 95% rakyat Malaysia tidak mengambil sayur dan buah-buahan mencukupi.

Selain itu risiko kanser kolorektal meningkat dengan pertambahan usia, pernah disahkan mempunyai kolon polip, menghidap radang usus dan mempunyai sejarah keluarga yang disahkan mengidap kanser kolorektal.

Ianya juga boleh dicegah dengan pengesanan awal. Pengesanan awal sangat penting. Terdapat saringan kolorektal di Klinik Kesihatan. IFOBT ini adalah saringan najis. Jika positif, anda akan dirujuk kepada klinik pembedahan di hospital.

Rawatan awal memberikan peluang yang lebih baik berbanding rawatan kanser peringkat akhir. Jumpa dan berbincanglah dengan doktor anda. Semoga artikel ini membantu anda di dalam menyaring penyakit kanser kolorektal.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Golongan Berisiko Kena Kanser Usus

Dunia kehilangan seorang pelakon popular kerana kanser usus, Black Panther, Chadwick Boseman. Ramai bertanyakan kepada kami, siapakah yang berisiko untuk mendapat kanser usus?



Kami senaraikan beberapa punca kanser usus. Antara yang baru diketahui puncanya adalah daging proses. Risiko kanser kolorektal meningkat 19% untuk setiap 25 gram daging proses yang dimakan setiap hari. 

Risiko juga meningkat untuk yang gemar memakan daging (merah) dan juga kurang memakan sayur. 95% rakyat Malaysia tidak memakan sayur dan buah-buahan yang mencukupi. Dan kanser kolon adalah kanser utama yang menyerang rakyat Malaysia!

Perokok? Memang risiko yang diketahui ramai.

Jadi pada yang suka memakan makanan yang diproses dan daging merah, berpada-padalah mengambilnya ye. Dan lebihkan memakan sayur dan buah iaitu 5 hidangan setiap hari.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, August 25, 2020

Kad Perubatan Elektronik (eMedical Card)

Dalam memastikan pelanggan Zurich terus mendapat perkhidmatan yang terbaik di samping menyokong inisiatif kelestarian dan go green, kad perubatan pelanggan Zurich akan tersedia didalam versi elektronik yang boleh didapati secara digital dan dimuat turun melalui aplikasi di telefon bimbit.



Nantikan pada 15 September 2020.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus