Monday, August 31, 2020

Cacing Merayap Di Bawah Kulit

Seorang wanita datang ke klinik dengan gejala gatal di tangan selama seminggu. Bermacam macam jenis krim dan petua telah dilakukan, namun gejala gatal tidak juga kurang.

Pada waktu malam, wanita ini terasa seperti ada sesuatu yang bergerak gerak di bawah kulitnya ­čś▒Pertanyaan lanjut mendapati wanita ini hobinya adalah berkebun dan bermain dengan haiwan peliharaannya.

Pemeriksaan klinikal dilakukan dan doktor mengesahkan ia adalah jangkitan parasit cacing yang dinamakan sebagai Cutaneus Larva Migrants.

Cutaneus - permukaan bawah kulit
Larva - peringkat fasa tumbesaran cacing
Migrants - bergerak, merayap





Bagaimana ia berlaku?

Kemungkinan besar jangkitan berlaku semasa beliau sedang berkebun dan tanah kebunnya ada cacing jenis Ancylostoma caninum iaitu cacing kait yang biasa terdapat dalam usus haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.

Pengajaran

✅ Pastikan haiwan peliharaan anda di beri ubat cacing secara berkala

✅ Jika berkebun pakailah sarung tangan. Jika ke pantai, pakailah pelapik kaki/ kasut.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D