Wednesday, November 20, 2019

Sakit Tekak Tonsilitis

MINUM AIR SUAM APABILA SAKIT TEKAK TONSILITIS

Tonsil adalah kelenjar yang berada di belakang mulut dan bahagian atas tekak. Mereka membantu untuk menapis kuman bagi untuk mencegah jangkitan dalam badan. Ini bermakna sebelum kuman masuk dalam badan melalui jangkitan pada mulut dan tekak, tonsil akan membengkak supaya antibodi dapat membunuh kuman tersebut.

Pada mulanya, bengkakan tonsil mungkin tidak menimbulkan rasa sakit dan tidak perlu dirawat dengan ubat antibiotik. Ini kerana jangkitan kuman itu tidak kuat dan sistem daya tahan tubuh dapat membunuh semua kuman tanpa masalah.


Bagi mereka, cara terbaik ialah dengan minum air mineral yang tidak sejuk secukupnya antara 1.5-2.0 L. Air dan mineral dapat membantu meningkat sistem daya tahan dalam tubuh. Selain dari air mineral, mereka juga digalakkan minum air suam seperti teh halia atau teh lemon yang suam, kerana ia memberikan kelegaan dan menggalakkan penyembuhan.

Air sejuk seperti jus yang sejuk atau aiskrim biasanya digalakkan pada pesakit yang baru saja menjalani pembedahan buang tonsil kerana air yang sejuk dapat menghentikan pendarahan akibat tisu disekeliling tonsil yang cedera akibat pembedahan.

Pesakit juga boleh berkumur dengan air garam yang suam atau menggunakan sebarang antiseptic yang boleh digunakan untuk berkumur. Menghisap lozenges (mengandungi bahan benzokain) adalah untuk mengurangkan rasa sakit, bukannya rawatan untuk membunuh kuman. Lozenges juga tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak kerana dibimbangi mengalami risiko tercekik.

Ubat tahan sakit dan ubat demam seperti paracetamol dan panadol (acetaminophen) boleh diberikan jika pesakit merasa sakit ketika menelan dan mengalami demam yang tidak tinggi.

Sesetengah orang yang mengalami jangkitan kuman pada tonsil yang berulang mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil (tonsillectomy).

Suplemen seperti vitamin C dan E boleh digunakan. Ia tidak bertindak sebagai rawatan membunuh kuman tetapi membantu mempercepatkan penyembuhan.

Tanda-tanda tonsillitis yang mungkin bahaya dan perlukan pemeriksaan doktor dan diberikan rawatan ubat antibiotik ialah :

1. Air liur yang meleleh secara berlebihan pada anak kecil

2. Demam, terutama pada suhu 101 ° F atau lebih tinggi

3. Nanah di bahagian belakang tekak

4. Ruam merah yang kasar, terutama pada lipatan kulit

5. Kesukaran menelan sehingga tidak selera untuk makan

6. Mengalami masalah pernafasan yang teruk

7. Kelenjar di leher yang membengkak dan rasa sakit

Kesimpulannya tonsillitis hanya perlu rawatan antibiotic jika doctor merasakan ia adalah jangkitan kuman bakteria dan berada di peringkat memerlukan. Bagi pesakit saya yang mengalami rasa sakit tekak, banyakkan minum air suam. Insya ALLAH ubat antibiotic dapat dielakkan.

Rujukan : Tonsils and adenoids. Wetmore RF. In: Kliegman RM, Behrman RE, Jenson HB, Stanton BF, eds. Nelson Textbook of Pediatrics.19th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2011:chap 375.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Jom Berlari

Jom kita lari, walaupun sedikit.

Satu kajian yang telah menggabungkan 14 kajian yang lain di mana ia melibatkan seramai 232,000 orang peserta dan telah dipantau ketika berumur 5 tahun hinggalah kepada 35 tahun.


Ketika kajian tersebut berlaku, seramai 26,000 peserta telah meninggal dunia dan maklumat tersebut digunakan untuk menganalisa faktor yang mengurangkan risiko kematian mereka.

Daripada data tersebut didapati semua jenis larian dapat mengurangkan sebanyak 30% kematian disebabkan masalah jantung dan 23% kematian disebabkan kanser.

Walaupun larian tersebut hanya 50 minit dalam seminggu dengan kelajuan 9 km/jam juga didapati memberi perlindungan kepada mereka yang melakukannya



Penemuan ini telah diterbitkan pada 4 November 2019 dalam Jurnal British Journal of Sports Medicine

Jadi, tiada lagi alasan untuk kita semua tidak sihat. Mulalah berlari dari sekarang!

Kredit: The Diagnosa

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Ragam Kehidupan



Inilah realiti ragam hidup keluarga.

Apabila ahli keluarga yang sakit, perlu ulang alik hospital, masing-masing ahli keluarga akan tolak menolak tanggungjawab. Macam-macam alasan diberi, tak boleh cuti la, takda orang nak jaga anak la, sibuk kerja la.

Tapi bila bab harta pusaka, semua volunteer diri nak ikut serta untuk sign bahagian masing-masing tanpa perlu dipujuk rayu untuk turut serta ikut.

Untuk elakkan kesusahan diri di kemudian hari, masa sihat ni disarankan kita ambil polisi takaful yang fokus kepada LIVING BENEFIT.

Maksud living benefit di sini ialah, manfaat takaful tersebut, boleh kita rasai dan terima sementara kita masih hidup. Berbeza dengan Hibah, hibah takaful hanya terlaksana setelah kita meninggal dunia dan wang hibah tersebut akan dinikmati oleh penama waris hibah yang kita namakan.

Antara perlindungan LIVING BENEFIT yang perlu;

- Elaun hospital
Setiap kali masuk wad hospital, sekurang-kurangnya kita ada pendapatan harian untuk tanggung diri sendiri.

Sebagai contoh, masuk wad 5 hari. Sehari elaun wad kita ambil RM 200. Keluar hospital, kita boleh claim RM 1,000 buat ganti belanja apa yang patut.

- Manfaat penyakit kritikal
Andai kata takdir menghidap penyakit kritikal, sekurang-kurangnya pampasan manfaat penyakit kritikal yang kita dapat boleh kita belanjakan untuk urus diri sendiri.

Disarankan ambil manfaat ini sekurang-kurangnya 3 - 5 tahun gaji tahunan.

- Manfaat hilang upaya 
Hilang upaya, terpaksa dibantu orang lain untuk uruskan diri, kita akan menjadi beban kepada keluarga yang lain.

Maka kita perlu ada duit untuk urus diri sepanjang kehidupan dalam keadaan hilang upaya.

LIVING BENEFIT di atas adalah komponen penting dalam memilih perlindungan takaful. Kerana ada antara kita yang hanya ambil perlindungan kematian sahaja. 

Takkan nak tunggu meninggal baru boleh claim

Tak salah jika ambil pelan takaful hibah sahaja. Tapi perlu juga kita pertimbangan manfaat semasa hidup. At least sementara ada hayat tu, kita boleh claim untuk guna sendiri.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Masalah Gatal Kulit Gegata

PERLUKAH GEGATA DIBERIKAN UBAT DAN RAWATAN

Urticaria atau gegata adalah apabila sebahagian kulit yang terlibat menjadi bengkak, menebal, gatal dan kemerahan akibat alahan pada sesuatu sama ada habuk, sengat serangga atau makanan laut.

Gegata boleh melibatkan sebahagian dari kulit atau melibatkan keseluruhan kulit.


Kebiasaannya perubahan akibat alahan ini berlangsung selama 24 jam, oleh itu ia tidak memerlukan sebarang rawatan, kecuali terlalu gatal, atau mengalami masalah alahan yang teruk seperti sukar bernafas.

Dalam kes yang lebih teruk, alahan sebegini mengambil masa beberapa hari.

Dalam kes-kes yang tertentu alahan atau urticaria ini boleh berlangsung melebihi enam minggu, ia dikenali sebagai ‘chronic urticaria’. Jika berlaku, ia perlu mendapat pemeriksaan doctor.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, November 12, 2019

Takaful Hero Produk Baru Zurich Takaful

Zurich Takaful telah melancarkan produk baru di pasaran.

Takaful HERO



Pelan takaful Hero ni menawarkan perlindungan asas hayat, kematian segala punca, kematian kemalangan, penyakit kritikal.

Caruman sangatlah berbaloi.
Cover tinggi, caruman rendah.

Nak proposal takaful percuma ?

Klik sini

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, November 6, 2019

Kena Ambil Pampasan Penyakit Kritikal Yang Mencukup

Ada orang ambil takaful.
Tapi cover penyakit kritikal sekadar Rm 10,000.
Malah ada yang kurang daripada tu.

Sebenarnya kalau mampu, sekurang-kurangnya kena ambil coverage RM 50,000
Kerana kos sara hidup semasa tempoh sakit kritikal adalah sangat mahal

Jom kira berapa kos sara hidup yang perlu ditanggung seorang pesakit critical illness.



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

5 Punca Kematian Utama di Malaysia Tahun 2018


Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, 5 punca kematian utama di Malaysia bagi tahun 2018 adalah;

1. Masalah penyakit jantung
2. Jangkitan paru-paru
3. Cerebrovascular Disease
4. Kemalangan 
5. Masalah respiratory

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus