Tuesday, October 23, 2018

Bahaya Lorong Motorsikal

Sebagai penduduk Lembah Klang, abg kerap jugak bawak motor untuk ke sana sini jumpa orang. Bukannya sengaja nak naik motor pun, cuma dengan cara naik motor abg boleh jimatkan banyak masa dari tersangkut dalam kesesakan trafik, dapat jimat duit perjalanan tol (dalam bandar bersepah tol, keluar sini kena tol, keluar sana kena tol) dan jimat duit parking.

Kalau keluar bawak kereta, jem dah komfem, kena bayar tol pergi/balik, bayar parking lagi, masa terbuang lagi. Dah tu pulak lagi memburukkan keadaan keluar jumpa orang penat-penat, dia bagi jawapan 

"Nanti saya fikir dulu"

Lepas 5 tahun, baru dia habis fikir cari abg balik nak sign takaful. Waktu tu bila abg cakap harga dah lain sebab umur beza, kos hospital pun dah naik, mula la dia salahkan takaful macam-macam. Adoyai manusia 😪

Cerita pasal lorong motor, ada setengah laluan disediakan lorong motor. Yang famous Federal Highway, KESAS Highway. 

Ha... Abg kalau malam, hari dah gelap, memang tak la nak lalu lorong motor. Bahaya beb.


Lorong motor kerap jadi kes samun, orang tunggu dalam terowong (lagi-lagi KESAS), sabotaj macam dalam gambar tu pasang dawai. Kalau sebut pasal kes tabur paku kat lorong motor, memang kejadian yang selalu jadi la kat orang lain. Hari siang pun orang tabur paku, pastu siap boleh iklan pulak kat divider jalan 

"Tayar Pancit 24 Jam Call XXX-XXXX"

Pernah sekali tu abg balik malam dari Puchong, lalu KESAS Highway, lepas je dari tol Awan Besar ada roadbloack JPJ.

Ah sudah. Dalam hati abg pasrah je la ni kalau kena tahan dengan roadblock kena saman RM 300 sebab tak ikut lorong motor.

Abg mencelah keluar tol belah kiri sekali, bawak motor pelan-pelan gear 3 je lalu kat roadbloack sebab expect akan ditahan, Alhamdulillah pegawai JPJ tak tahan abg. Syukur mereka pun ada pertimbangan wajar. Tak berani nak lalu lorong motor sorang-sorang kat KESAS tu.

Lorong motor asalnya untuk kemudahan dan keselamatan penunggang motorsikal, tapi kat Malaysia ni lorong motor adalah jalan bahaya untuk penunggang (tempat tabur paku, samun dalam terowong, jalan berlubang-lubang, selekoh tajam yang amat)

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D