Monday, October 15, 2018

Tanam Sayur Secara Hidroponik

Teknik tanaman secara hidroponik iaitu tanaman tidak menggunakan tanah sebenarnya dah lama diperkenalkan. Kalau tak silap teknik ni popular masa diperkenalkan sekitar tahun 1998, masa tu abg sekolah rendah lagi.



Bagi mengisi kelapangan masa, abg try tanam sayur guna teknik modified hidroponik. Modified sebab guna sikit tanah, kalau hidroponik yang sebenar dia pakai kapas/span dan 100% air baja.

Abg malas nak beli set takung hidroponik tu. Jadi semuanya DIY aje. Bahan-bahan guna botol air 1.5 liter, air baja XY (boleh beli kat kedai hidroponik online), biji benih (boleh beli kat kedai ECO RM 2).




Dalam gambar masa sayur baru nak naik. Abg guna rak pinggan terpakai untuk letak botol-botol sayur. Daripada tak digunakan rak tu boleh jugak dimanfaatkan ye dak.

Abg tanam sayur sawi, kangkung, cili. Sawi dengan kangkung abg dah tuai makan. Cili aje belum berbuah lagi. So far tanam teknik ni senang nak jaga. Just topup air baja aja 2-3 hari sekali.


Sepatutnya botol bahagian bawah tu di balut/dicat dengan tape/cat gelap supaya lumut tak bertumbuh. Dalam gambar kat atas tak balut lagi, bila lumut dah naik hijau baru la abg rajin nak balut. Tu pun pakai selotape oren (selotape kotak) beli kat kedai Eco

Cuba la tanam sebotol.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D