Thursday, January 26, 2017

Cara Guna Plug n Pay CIMB Bank

Cara Guna Plug n Pay CIMB Bank untuk bayaran polisi Zurich Takaful.


Bagi konsultan yang dah beli device Plug n Pay CIMB Bank dari Zurich Takaful. Meh sini abg share sikit cara buat bayaran polisi Zurich Takaful.

1. Download APPS Plug n Pay CIMB Bank. Boleh download dari Google Playstore atau [klik sini] untuk install.


2. Dah install, sila buat initial registration device masing-masing guna kod dan arahan yang telah Zurich Takaful berikan untuk device masing-masing terlebih dahulu.

3. Now, abg nak share cara buat bayaran. Pastikan device dah switch on. Phone juga perlu switch on BLUETOOTH dan juga GPS.



4. Masuk ke Apps Plug n Pay. Connect device Plug n Pay ke phone melalui bluetooth. Untuk phone yang dah pernah pairing dengan device, dia akan AUTO CONNECT dengan device. Bagi yang belum connect, boleh buat step berikut:


Pergi ke Reader Setting:



Connect to Reader:



Device CONNECTED dan masukkan password device masing-masing, klik SUBMIT:



Home Screen payment. Klik START PAYMENT.




Masukkan AMAUN bayaran. Dan isikan NOMBOR SIJIL yang hendak dibayar. Kemudian klik PAY NOW.

Nota:
a. Hanya 1 nombor sijil untuk sekali bayar
b. JANGAN isi detail selain nombor polisi (contoh no IC, nama, no telefon dan sebagainya) pada ruangan tersebut kerana PAYMENT anda TIDAK AKAN DICAPTURE oleh sistem Zurich Takaful dan menyebabkan polisi tersebut bermasalah dari segi payment.




Confirmkan payment. Jika amaun dan nombor sijil dah betul, klik CONTINUE.



Masukkan Kad Kredit / Kad Debit pada device Plug n Pay untuk proses bayaran. Masukkan nombor pin kad kredit / kad debit apabila diminta.








Siap. Now nak bagi resit pada klien. Isikan nombor telefon atau emel atau kedua-duanya sekali. Kalau nak hantar kat klien, ready siap-siap detail nombor telefon dan emel klien sebab masa buat payment TAK BOLEH keluar pergi apps lain. Nanti dia auto sign off.



Contoh resit yang diterima melalui sms dan emel.




Siap payment.



Cara Check Payment History/Resend Resit/Batalkan payment 

Payment history cuma bertahan 1 hari sahaja ya. Payment yang dibuat setiap hari, akan dihantar ke bank (credit settlement) pada jam 11.00 malam setiap hari.

Bermaksud, kalau nak batalkan payment (tersalah nombor polisi, tersalah amaun bayaran, sebagainya) mesti buat sebelum pukul 11.00 malam. Lepas dari tu, payment dah setel ke bank.


Pada paparan Home Apps Plug n Pay, klik garis seperti dalam gambar.


Klik SALES HISTORY.



Masukkan semula password device untuk verification.



Akan terpapar semua payment sijil anda pada hari tersebut. Klik pada payment yang nak resend semula resit / batal payment.



Kat sini boleh resend semula resit kepada klien. Dan juga kat sini juga boleh batalkan payment kalau tersalah bayar (Void Payment).



Ingat ya, nak batalkan payment sebelum pukul 11 malam. Lepas tu, tak boleh batal dah dan transaction history hari ini akan hilang bila masuk hari esok. CIMB akan hantar emel bila credit settlement telah dilaksanakan.



Okay selesai. Boleh log out Apps Plug n Pay dan matikan device Plug n Pay anda.

Jangan lupa untuk charge device SETIAP 14 HARI walaupun device tersebut tidak digunakan.

Sekian.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

4 comments:

  1. ada charge ke klu kita bayar guna debit

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk plug and pay zurich takaful, tak ada caj

      Delete
  2. Dia ada caj ke tidak..mcm yg saya dia caj 6-7%

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda caj. mungkin sebab payment terhad untuk pelanggan zurich (korporat rate)

      Delete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D