Sunday, April 23, 2017

Meninggal Dunia / Masuk Hospital Ketika Berada Di Luar Negara

Kalau pergi luar negara kemudian ditakdirkan meninggal luar negara, kos nak bawa balik jenazah mencecah puluh ribu.

Dari pengalaman kawan-kawan abg setakat ni, kos bawa pulang jenazah;

Australia ke Malaysia - RM 60,000
Indonesia ke Malaysia - RM 15,000

Jenazah yang nak bawa balik ke Malaysia akan melalui Kastam, dimasukkan dalam kargo dan perlu permit import/eksport. Manakala ahli keluarga yang hidup, akan pulang melalui imigresen sebab orang yang hidup boleh sign, cap jari, tunjuk passport.

Kos yang tinggi turut disumbang oleh kadar tukaran wang (foreign currency) di negara di mana jenazah nak di'eksport' keluar.

Panduan membawa balik dan keluar mayat atau abu mayat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Klik Sini)



Kos bawa balik jenazah boleh dituntut semula jika ada insurans/takaful yang diambil di Malaysia atau travel insurans/takaful.

Itu untuk kes meninggal dunia luar negara dan nak bawa pulang jenazah balik. Kalau sakit mengejut, ditimpa kemalangan dan masuk hospital luar negara, lagi masak. Bil hospital sana bukan murah macam bil kat Malaysia yang bersubsidi untuk rakyat Malaysia. Dah berlaku beberapa kes rakyat Malaysia mohon bantuan kos perubatan kerana dirawat di hospital luar negara. Siapa nak tolong kalau bil 50,000 USD ? Ha.... Sendiri mau beringatlah.

Untuk mereka yang ada ambil personal medical card insurans/takaful, bil perubatan luar negara boleh dituntut semula dengan syarat tempoh ke luar negara tidak melebih 90 hari berturut-turut.

Pergi luar negara bukan sebarangan aje. Persiapan kewangan mesti dibuat dengan sebaik-baiknya.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D