Saturday, January 22, 2011

Kenali Email Sampah / Penipu (SPAM)

Pernah tak korang dapat email sampah dalam inbox email korang? Email sampah ni dikenali sebagai spam. Email sampah ni dihantar kepada penerima untuk tujuan promosi barangan dan tujuan PENIPUAN. Dalam kes penipuan email sampah ni, biasanya dalam email tu akan tulis yang korang ni bertuah terpilih sebagai pemenang loteri, cabutan bertuah, jadi rakan kongsi perniagaan jutaan USD, ada duit kat bank yang takda waris dan nak diwariskan kat korang dan macam² lagi ayat bagi menarik minat korang balas email. Aku sendiri banyak dapat email macam tu. 

Kali ni aku kongsikan macam mana nak mengenali email sampah ni dan punca datangnya email sampah ni.

Email Sampah PENIPUAN Kononnya Dari Western Union

MACAM MANA NAK KENAL EMAIL SAMPAH (SPAM)

1. Mula² korang tengok kat SENDER, walaupun dia tulis "WESTER UNION", tapi email yang dia guna bukanlah dari Western Union.Com tapi entah dari mana email yang dia pakai tu "info@wu.com". Dah terang² email macam ni untuk tipu korang.

2. Pastu korang tengok plak kat TO atau penerima email, kalau kat situ dia tulis undisclosed-recipients bermakna email tu dihantar kepada berjuta² orang lagi selain korang. Kalau macam tu bukan korang sorang aje yang dapat menang cabutan bertuah tu, tapi berjuta² lagi menang cabutan TIPU tu. Undisclosed recipient tu tak mendedahkan kepada siapa orang² lain yang turut sama dapat email macam yang korang dapat tu. Biasanya dia akan guna aplikasi email CC (carbon copy) atau Bcc (blind carbon copy).

3. Kandungan email tu mintak korang balas dengan maklumat peribadi korang. Maklumat yang selalu email penipu mintak antaranya ialah nama korang, alamat, negara, nombor telefon, pekerjaan, jantina, umo korang dan macam² lagi. Buat ape dorang mintak maklumat tu semua? Dah tentulah sebab nak TIPU korang. Dengan maklumat asas yang dorang dapat dari korang ni, dorang akan dapatkan lebih banyak lagi pasal korang sebelum dorang start tipu korang.

PUNCA² KORANG DAPAT EMAIL SAMPAH (SPAM)

1. Korang ade register email korang kat ape² website yang tak ade privacy policy melindungi maklumat yang korang register.

2. Korang senang lenang klik ALLOW untuk 3rd party application yang ada kat laman web sosial macam Facebook tanpa korang baca T&C atau bace ape mende yang korang kan. Korang selalu tertipu dengan applikasi yang diletakkan dengan tajuk² menarik (top ten friend, nama² korang dalam dunia bunian) yang membuatkan korang cepat² nak ALLOW bagi permission.

Bace Dulu Sebelum Tekan Ape²
3. Alamat email korang pernah terjebak dalam email berantai atau email orang forward² kan. Pastu alamat² email tu dikutip oleh kutu² untuk digunakan dengan tujuan² yang dah aku tuliskan kat atas.

APE NAK BUAT SEKARANG

1. Jangan dedahkan maklumat peribadi korang melalui email atau kepada pihak yang korang tak pernah kenal latar belakangnya.

2. Jangan register email korang tanpa korang bace syarat² dan cara maklumat pendaftaran korang dikendalikan website yang korang register tu.

3. Kalau korang rasa perlu, asingkan email peribadi korang dengan email untuk korang bersosial / register ape² kat website.

~JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN~

Kalau korang ada perisa lain nak tambah, korang tinggalkan aje komen kat bawah nih okay.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D