Wednesday, January 19, 2011

Berhati² Menyusun Nama Dalam Henfon

Henfon ade baik dan buruknya
Yo wassup korang semua. Angin aku dah ok sepoi² bahasa dah so aku dah boleh la menaip blog. 

Sapa antara korang yang ada henfon KURANG dari satu ??? Koman² pun zaman sekarang ni sorang ada satu henfon kan. So tak payah kencing la kalau korang cakap korang tak pakai henfon.

Bercakap soal henfon, korang semua kena amek perhatian sikit pasal cara korang susun nama contact dalam henfon korang tu. Korang kena beringat yang henfon korang tu bila² masa aja boleh jadi mangsa penculikan pencuri² yang sentiasa mengambil kesempatan. Bila pencuri da dapat culik henfon korang, secara magiknya dorang ni dapat semua data yang korang simpan dalam henfon korang macam no tepon keluarga, gambar² seksi korang, sms romantik korang dan sebagainya lagi yang boleh diklasifikasikan sebagai RAHSIA BESAR korang. 

Sorang perempuan dah menukar cara dia menyenaraikan nama² dalam henfon dia selepas kejadian henbeg dia yang ada henfon, ic, kad bank diragut oleh peragut.
20 minit lepas kejadian ragut tu, perempuan tu call husband dia guna public fon untuk bagi tau kejadian henbeg dia da kena ragut. Husband perempuan tu bagi tau dia dapat sms mintak no pin kad bank beberapa minit lepas dan husband tu pun dah balas sms tu.

Perempuan dan husband tu pun bergegas ke bank tapi malangnya staf bank tu bagi tau semua duit perempuan tu telah dikeluarkan dari mesin atm.

Peragut tu sebenarnya dah guna henfon perempuan dan sms kat 'husband' dalam contact list henfon tu untuk mintak no pin bank. Da dapat pin, peragut tu pun kuarkan semua duit yang ada dalam kad bank perempuan tu......

Korang semua amek la pengajaran daripada kejadian yang berlaku kat perempuan tu ye. 

Tips keselamatan yang aku cadangkan kat korang:

1. Jangan dedahkan hubungan korang dalam henfon korang dengan cara menyimpan nama seperti ''mak, ayah, adik, abang, sayang, rumah, honey, hubby, wife dan sebagainya.''

2. Bila korang dapat sms yang melibatkan kes sensitif macam mintak no pin bank, mintak top up henfon, korang kena call orang yang hantar sms tu untuk korang dapatkan kepastian siapa yang hantar sms macam tu bagi mengelakkan korang tertipu walaupun dalam sms tu ditulis ''jangan call dulu, nt ayah / mak / abg / syg call balik''.

3. Henfon korang anytime boleh hilang, cicir, kena culik, kena ragut tanpa korang tau bila waktunya. Korang perlu pasang pin security atau apa² pin yang boleh menyekat akses henfon korang bile henfon korang jatuh kat tangan orang lain. Walaupun sesetengah orang anggap pasang pin henfon leceh sebab tiap kali nak guna henfon nak kena masuk pin, tapi bile henfon sudah hilang lagi buruk akibatnya.....

Fikir²kanlah.....

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D