Wednesday, January 5, 2011

Tahun Baru, Azam Baru

 
Selamat Tahun Baru 2011 !!
Masih belum terlewat untuk ucapan selamat tahun baru 2011. Semoga kedatangan tahun baru kali ini disambut dengan pelbagai semangat dan azam baru. Namun, sekiranya azam tahun 2010 yang lalu belum tercapai, azam yang korang buat untuk tahun baru ini hanyalah harapan semata². Hehehe.... Sekiranya berazam, biarlah tercapai walaupun tidak 100%.
Azam itu sebenarnya harus ditanam secara konkrit dalam hati setiap insan. Dah tanam dalam hati, kenalah berusaha bersungguh² untuk melaksanakan azam tersebut. Bukan sekadar tunggu tahun baru ni berakhir, lepas tu hujung tahun nanti pasang azam lain pulak. Kalau itulah yang korang buat, korang hanya mensia²kan 365 hari anda dalam setahun tanpa dapat mencapai impian dan azam korang !

Masa yang dah berlalu tak kan korang boleh beli balik walaupun duit korang ada berbilion² sekali pun. Jadi, masa yang masih ada untuk kita semua ni perlulah kita manfaatkan dengan sebaik mungkin. Bagi orang Islam, Surah Al-'Asr dah menjelaskan dengan sempurna tentang masa. Mari kita bersama² muhasabah diri kejap dengan terjemahan Surah Al-'Asr.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. الْعَصْرِ Demi masa.
  2. إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
  3. إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Marilah kita semua memanfaatkan masa hidup kita yang ada sekarang dengan perkara² yang baik. Jom berazam untuk mencapai lebih banyak kejayaan dari tahun² yang lepas.

Kalau nak menyembang pasal azam ni, sampai masuk tahun depan pun belum tentu habis sembang punya. Aku sendiri pun ada azam tahun baru. Untuk tahun 2011 ni aku berazam nak stop membaca bukumuka atau lebih terkenal dengan facebook dan aku nak mula berjinak² dengan dunia blogging untuk perkongsian ilmu dan perkara yang lebih bermanfaat. Sepanjang tahun 2010 yang lalu, facebook tak banyak pun membantu aku dapat ilmu atau pahala, malah lebih banyak masa aku yang terlalu berharga tu habis dengan sia² gitu aje.

Oleh kerana aku masih terlalu mentah dalam dunia blog ni, mungkin blog aku ni tak la berapa menarik sangat tapi aku akan berusaha secara perlahan² untuk meningkatkan skill aku dalam berblogging ni. Jadi sesiapa yang sudi untuk berkongsi cara berblogging atau ada artikel / gambar menarik untuk dikongsikan bersama boleh lah email kat peningkutu@gmail.com

Kenapa aku pilih nama blog ni sebagai pening kutu ? Ikut suka aku la aku punye blog kan... Hahahahaha...Kalau ada yang tak suka blog aku, boleh tekan button 'X' kat atas tu aje. Kalau suka, terima kasih banyak² ye :)

Akhir kata, selamat mengharungi tahun baru, dengan cabaran baru ! Semoga apa jua yang korang buat diberkati dan dirahmati-Nya....

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D