Monday, January 10, 2011

'Tangan Berdarah' - Jangan Berhentikan Kereta !

Satu info yang patut dikongsikan bersama dengan semua orang tersayang.

Kalau korang tengah memandu dan terjumpa lelaki yang menunggang motorsikal dalam keadaan tangan berdarah mengetuk tingkap korang mintak korang berhentikan kereta kononnya nak mintak tisu untuk lap tangan berdarah, JANGAN berhentikan kereta korang. Dia mungkin akan cuba rosakkan kereta korang atau pegang cermin side mirror korang dengan kuat. JANGAN HENTIKAN KERETA. Terus memandu ke balai polis yang berhampiran.

Taktik penjenayah ni banyak dilaporkan berlaku di Seremban, Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya & Bandar Klang, lebih mudah lagi berlaku di seluruh negara. 

Penjenayah ni dikatakan kumpulan gangster yang bergerak dalam kumpulan dan berani melakukan jenayah walaupun di kawasan yang sibuk dengan orang ramai dimana dorang percaya takda siapa pun akan berani berhentikan kereta untuk menolong korang yang menjadi mangsa. Sasaran utama penjenayah taktik kotor ni adalah untuk menyamun harta benda korang dan kemungkinan merogol jika korang kaum wanita memandu seorang diri.

Pesanan aku kat korang, ingat²kan lah keluarga korang semua ye. Zaman sekarang ni lain, orang jahat banyak berkeliaran kat luar tu. Orang lain yang ada tu cume tolong melihat aje, macam mana la kadar jenayah sekarang tak meningkat sebab masyarakat kita sendiri bagi peluang penjenayah tu buat jenayah. Cuba kalau berlaku satu kes ragut depan kita, orang cume tengok aje tak buat ape. Kalau la korang ada dalam kereta atau motor, kejar dan langgar aje peragut tu. Bile masyarakat bertindak dengan penjenayah, sedikit sebanyak kes jenayah ni boleh dikurangkan dan kita boleh wujudkan keadaan yang selamat.

Sumber: Inbox email Pening Kutu

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D