Monday, May 2, 2016

Kenapa Permohonan Takaful Ditolak (Declined)

Permohonan takaful ditolak ?

Ya ! Bukan semua permohonan takaful itu akan diluluskan. Ada permohonan takaful akan ditolak atau DECLINED di atas beberapa faktor. Antara faktor permohonan takaful di tolak mengikut ranking turutan, abg senaraikan seperti di bawah;

1. Telah wujud penyakit pada pemohon 

Pemohon yang menghidap penyakit tidak serius atau sakit kategori kecil, permohonan takaful masih boleh dipertimbangkan dengan tawaran balas (counter offer), pengecualian (exlusion), atau dikenakan caj tambahan (extra loading). Bagi penyakit yang telah serius dan boleh dikategorikan sebagai penyakit berpanjangan, takaful akan tolak (decline) permohonan tersebut.

Kenapa dah sakit tak boleh apply takaful ?

Jawabnya mudah, kerana takaful bukan badan kebajikan yang terima permohonan orang yang dah sakit . Tabung takaful adalah datangnya daripada pencarum-pencarum yang sihat, maka ianya adalah tidak adil bagi orang yang dah sakit untuk daftar dan terus habiskan duit tabung yang dikumpul oleh orang yang mendaftar ketika sihat.



2. Berat badan BMI melebihi 35

Pemohon yang mempunyai berat badan BMI melebihi 35 akan ditolak permohonannya. Biasanya BMI 30-35 akan kena caj tambahan (loading) di atas faktor risiko kesihatan di kalangan mereka yang overweight - obesiti. Maka caj tambahan yang dikenakan kepada pemohon overweight - obesiti akan menjadikan caruman takaful mereka lebih mahal daripada pemohon yang mempunyai BMI normal.

3. Risiko pekerjaan yang terlalu merbahaya

Takaful akan tolak permohonan bagi pemohon yang terlibat dalam pekerjaan yang terlalu merbahaya seperti bekerja di pelantar minyak off shore. Syarikat takaful mempunyai senarai kod operational class dalam menentukan kadar penerimaan risiko untuk permohonan takaful.




Kod 4 dan ke atas biasanya akan kena caj tambahan loading. Dan dalam keadaan code yang tinggi iaitu 6, 7, 8, 9 dan 10, takaful akan tolak keseluruhan permohonan atau menolak sebahagian bahagian perlindungan dan menerima hanya perlindungan asas sahaja.



Abg belum pernah ada rekod klien kerja offshore. Yang ada kerja onshore oil & gas. Bagi pekerjaan lain yang berisiko adalah anggota polis. Itu pun mengikut jabatan bertugas dan setakat ni semua permohonan klien abg yang kerja anggota polis, semua lulus.

Senang cerita, kalau masih sihat, berat badan masih ideal dan kerja tak berisiko, daftar je takaful siap-siap. Tak rugi pun buat investment dari sekarang.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D