Thursday, May 12, 2016

Anak 12 Tahun Ganti Tugas Ayah

Setiap suami bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Dan daripada gaji suami tersebut, bergantungnya kehidupan sara diri ahli keluarganya yang mungkin terdiri daripada isteri, anak-anak kecil, ibu bapa di kampung, atau adik-beradik yang masih belajar.

Jika ditakdirkan berlaku kematian awal kerana penyakit, kemalangan, mati mengejut (semuanya hanya PENYEBAB sahaja, apabila telah tiba saat kematian seseorang manusia, ianya tidak boleh ditahan, ditunda atau ditangguhkan lagi), maka terhentilah aliran pendapatan untuk ahli keluarga yang bergantung hidup pada pendapatan si suami tadi.


Kita sama sekali TAK BOLEH elak kematian. Tetapi kita boleh merancang kematian kita supaya tidak memberi kesan kewangan kepada kehidupan ahli keluarga yang kita tinggalkan. Sebagai seorang suami dan juga sebagai seorang anak lelaki;

◘ Tak mungkin kita sanggup melihat isteri kita kerja siang malam menyara kehidupan keluarga.

◘ Tak mungkin kita sanggup melihat anak-anak kita bersekolah dalam keadaan yang tidak sempurna keperluan asas mereka.

◘ Tak mungkin kita sanggup melihat ibu bapa kita menghabiskan sisa usia mereka dengan mengharapkan ihsan jiran tetangga.

Indahnya Ikhtiar Takaful itu untuk mereka yang memahami PERANCANGAN KEWANGAN dan PERANCANGAN KEMATIAN. Sebolehnya ambillah pelan takaful supaya anak-anak kita tak perlu ganti tugas kita jika telah ditakdirkan kita pergi terlebih dahulu.

Apa yang terjadi pada orang lain sebenarnya adalah muhasabah dan pengajaran buat diri kita sendiri.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D