Tuesday, May 10, 2016

Skim Pesakit Bayar Penuh (FPP) Di Hospital Kerajaan

Beberapa hospital kerajaan telah mula melaksanakan skim Pesakit Bayar Penuh atau Full Paying Patient (FPP). Skim FPP ini seperti rawatan di hospital swasta di mana pesakit boleh memilih doktor pakar yang dikehendaki & menikmati kemudahan wad eksekutif. Pesakit juga tidak perlu menunggu lama untuk  giliran mendapatkan rawatan melalui skim FPP ini.




Bayaran deposit minima yang diperlukan ialah sebanyak RM 3,000 atau 50% daripada anggaran keseluruhan rawatan (yang mana LEBIH tinggi).

Untuk maklumat pemilik sijil medical card MAA Takaful, medical card MAA Takaful hanya boleh mengeluarkan Guarantee Letter (GL) dan memberi kemudahan CASHLESS tanpa tunai di 101 hospital panel termasuk dua (2) hospital separa kerajaan ini;

• UKM Specialist Hospital (HUKM)
• UM Specialist Hospital (PPUM)

Bagi Hospital Kerajaan dengan skim FPP, buat masa ini medical card MAA Takaful tidak boleh digunakan untuk pengeluaran Guarantee Letter (Cashless Facility) seperti kemudahan yang dinikmati di 101 hospital panel, tetapi bayaran bil hospital kerajaan skim FPP boleh dituntut semula melalui basis 'pay and claim' dan tertakluk kepada terma sijil takaful masing-masing.

Pada masa akan datang, tidak mustahil skim FPP ini akan digabungkan dan diintegrasikan dengan GL syarikat takaful. Ini bagi membolehkan pesakit yang mempunyai medical card takaful mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dengan skim FPP dan menyelesaikan bil melalui GL takaful. Win-win situation, di mana pesakit boleh mendapatkan rawatan pakar pilihan mereka dan hospital boleh menjana hasil daripada bayaran GL takaful.

Oleh itu, abg mengambil kesempatan untuk berpesan kepada tuan/puan yang masih sihat, mendaftarlah takaful perubatan dengan segera. Kerana kemungkinan akan datang kos perubatan kita perlu tanggung sendiri 100% dan waktu tu kita nak daftar takaful, kesihatan kita dah tak layak lagi untuk daftar.

1 medical card AKSES ke 101 hospital pakar

Tak perlu mengeluarkan belanja ribu-ribu ringgit apabila sakit, cukuplah anda belanja puluhan ringgit ketika sihat dengan memiliki medical card takaful.

UPDATE 30 Jun 2016: 

Berita baik untuk warga Kelantan.

Medical MAA Takaful kini BOLEH digunakan di private wing HUSM Kubang Kerian.


Akan datang Insyaallah lebih banyak private wing hospital kerajaan akan mula menerima medical card takaful khususnya medical card dari MAA Takaful.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D