Monday, May 2, 2016

Isu Claim: Penyakit Branchial Cyst/Cleft

Salah seorang klien abg yang baru 4 bulan daftar takaful, bagitau ada problem sikit. Lepas check kat hospital, doktor remark problem tu sebagai Branchial Csyt/Cleft. Cyst juga adalah bahasa sains untuk bisul yang tumbuh atau timbul kat permukaan badan.

Oleh kerana polisi klien abg ni sangat baru, jadi abg dengan segera emel kepada MAA Takaful untuk confirmation coverage medical card. Sebab klien abg cakap dia perlu operate branchial cyst/cleft tu, jadi abg perlu tahu sama ada penyakit tu boleh guna medical card atau tidak disebabkan polisi sangat baru. Dikhuatiri penyakit tu berlaku dalam tempoh 'cooling period 120 hari' atau penyakit sedia ada yang diselindungkan.

Mungkin klien-klien takaful tak tahu perkara ni, di syarikat takaful, terdapat doktor-doktor perubatan yang memang bekerja dengan syarikat takaful bagi memudahkan takrifan tuntutan perubatan dan mengelakkan penipuan tuntutan perubatan oleh pihak tak bertanggungjawab.

Emel abg kepada MAA Takaful bahagian claim;



Jawapan balas daripada MAA Takaful bahagian claim. Dijawab oleh Dr Seeni seperti berikut:


Penyakit branchial cyst/cleft ni adalah penyakit konginental. Konginental bermaksud ianya telah lama wujud dan bukannya baru terjadi dua-tiga hari lepas. Al kisahnya klien abg ni tak boleh la nak guna medical card sebab penyakit tu konginental dan polisinya baru 4 bulan aje.

Dah jadi macam ni abg nak cakap apa lagi, kemungkinan ada berlaku non disclosure oleh klien. 

Dah biasa sangat orang mohon takaful sebab dah sakit, lepas tu sanggup tunggu 4 bulan untuk habiskan cooling period kemudiannya pergi hospital untuk dapatkan rawatan. Tapi semua trik tu tak akan menjadi untuk penyakit spesifik seperti cyst ni kerana penyakit-penyakit spesifik ni memerlukan tempoh masa untuk berkembang menjadi serius. Mungkin pemohon boleh tipu agent takaful, tapi pemohon tak boleh mintak hospital dan doktor tipu diagnosis penyakit.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D