Wednesday, May 11, 2016

Isu Claim: Miselling Salah Jualan Agent Takaful

Baru-baru ni panas pasal cerita miselling atau salah jualan dalam takaful. Miselling atau salah jualan ini adalah satu kesalahan besar kerana memberi maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan kepada pelanggan takaful. 

Antara contoh salah jualan yang kerap dikesan ialah dengan menakutkan pelanggan bahawa syarikat takaful yang lain tidak sehebat syarikat takafulnya. Berikut adalah maklumat tidak tepat yang sering disampaikan kepada pelanggan;



1. Company takaful dia paling kukuh dan top dalam market. Senang nak buat claim. Company lain tak kukuh, nak bankrap, claim susah nak bayar.

2. Pelan takaful dia siap ada saving. Pelan takaful orang lain tak ada saving, bayar hangus burn, tak bagus macam dia punya.



3. Pelan takaful mahal sebab senang nak claim nanti. Pelan takaful yang murah, claim susah nak bayar, cepat bankrap.

4. Dia punya takaful paling Islamik sebab nama takaful dia di hadapan. Orang lain punya takaful kurang Islamik kerana nama takaful dia paling hujung.

5. Dia punya takaful semua boleh claim. Orang lain punya takaful banyak klausa tersembunyi.

6. Dia punya medical card 1st party punya card. Orang lain punya medical card, 3rd party punya card.

7. Dia punya polisi gah macam Ferrarchi, terbaik punya walaupun value coverage sekadar Rm30k. Orang lain punya polisi cap Protog walaupun value coverage Rm300k, susah nak claim.

Miselling atau salah jualan ini dilakukan oleh segelintir kumpulan agent dan berlaku di semua syarikat takaful. Cuma, ada kumpulan dari syarikat yang sama yang terlalu ketara misellingnya. Bila abg tanya klien abg yang dapat maklumat miselling;

"Agent takaful mana yang cakap benda ni ?"

Klien: "Agent tuuuuuuuut"

Mungkin syarikat takaful tersebut perlu buat tindakan pembetulan dengan melatih agensi mereka cara penjualan dan pemasaran yang betul. Mungkin kerana terlalu mengejar untuk mendapat ranking market share no. 1, menjadi product pusher, apa saja cara akan digunakan semata-mata untuk mendapatkan pelanggan termasuk aktiviti miselling. Market share tidak mencerminkan apa-apa untuk pelanggan, kerana yang menjamin masa depan pelanggan ialah BUTIRAN JAMINAN yang tertulis dalam polisi takaful mereka. :)

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D