Saturday, May 4, 2019

Write up by Dr Mastura Md Yusof tentang kanser

Salam all

Selepas bertemu dengan beberapa pesakit semalam saya berasa ingin pen my thoughts here jadi saya boleh share apa yang ada dalam hati saya. 

Sesungguhnya sambil menulis ini, saya amat sedar, the struggle is real. My heart goes out to all survivors and their families…tiada apa yang tidak baik dalam niat saya dan tiada yang saya nak perlekehkan dalam tulisan saya ini dan jika ia membantu anda, alhamdulillah dan jika tidak, wallahualam.



1. Apakah kanser

Kanser bukan penyakit biasa2x. Ia berlaku setelah beberapa proses berbeza yang bersaling kait antara satu sama lain terjadi pada salah satu sel pada badan kita. Ia boleh jadi pendedahan pada asap rokok, bahan kimia, terlebih hormon, jangkitan virus dan banyak lagi. Rentetan proses2x ini (evolusi kanser) di dalam tubuh kita, mengambil masa yang lama. Mungkin 2 tahun, 5 atau 10 tahun.

Pengakhirannya adalah berlaku mutasi pada sel, sel berubah menjadi sel kanser yang seterusnya tumbuh dengan giat dan menjalar dan merebak ke organ lain. 

Mengubati kanser, mengatasinya tidak mudah. Godaan atau claim konon boleh sembuhkan kanser dengan cara yang mudah seperti makan 6 jenis sayuran atau hanya minum air miracle atau b17, keladi tikus atau inject vitamin C adalah tidak benar sama sekali.

2. Mengapa kita jangan membuang masa ( delay) setelah kanser dikesan pada badan kita?

Kanser boleh sembuh jika dikesan dan dirawat pada peringkat awal! 

Kanser tumbuh secara exponen. Mula-mula sewaktu jumlah sel belum banyak dan kanser belum dapat dikesan di badan kita, kadar pertumbuhan adalah lambat. Kanser yang dapat dikesan , jika sebesar kacang mungkin mempunyai sebanyak 1 juta-400 juta sel. Lagi kecil kanser itu, lagi rendah tahapnya dan lagi tinggi potensi untuk sembuh jika di rawat pada tahap awal ini. 

Lagi kita tunggu lagi besar kanser, lagi tinggi kadar pertumbuhannya dan sedar2 dah merebak ke berbagai bahagian badan. Jadi jangan bertangguh. Ambik masa secukupnya untuk menerima diagnosis, berdoa, berbincang, mencari pendapat dan merancang perawatan. 

Don't take too long as it can be detrimental. Jangan terpedaya dengan golongan yang memperdaya atau yang memberi pendapat yang tidak logical atau sahih.

Jika sesiapa notice ada ketulan di payudara, batuk berpanjangan, berak berdarah, atau lain-lain gejala yang mana simptom ini berterusan selama 2, 3 atau 4 minggu atau lebih maka BERJUMPA DENGAN DOKTOR. Jangan tunggu lagi. Lagi lama tunggu lagi teruk kanser itu nanti.

3. Kanser tak mengenal usia, warna kulit, agama, darjat , tahap kesihatan atau keaktifan atau siapa kita. 

Jadi sekiranya anda tidak mempunyai ahli keluarga terdekat atau jauh yang mendapat kanser tidak bermakna anda tidak akan dapat kanser. 85% daripada pesakit kanser tidak mempunyai family history of cancer.

Ini berkait dengan fakta iaitu lebih kurang 40 % daripada kanser boleh dielakkan (preventable) jika kita :

a) Tidak merokok
Spread the awareness about merokok. Sokong apa2 pun usaha ke arah the air clean from asap rokok.

b)Jaga berat badan
Ambik tahu apa berat badan yg ideal. Terlalu kurus ( underweight) is also not good sebab tulang lebih rapuh apabila tua. Jika berat badan lebih, cuba perlahan2 turunkan , jangan drastik dan tak perlu buat diet yang melampau atau beli makanan gantian yang superclaim. Bincang dengan dietitian atau dr untuk buat program yang bersesuaian.

c) Be physically active atau exercise 
Tidak perlu join gym atau zumba bagi yg tiada masa atau kekangan kewangan. Buat yang kita mampu. Jalan laju, naik tangga, jalan jauh sikit dari parking dan sebagainya.

d) Makan lebih banyak buah dan sayuran. 
Tidak perlu cari atau beli buah yang exotik atau mahal atau organik atau wajib berbagai colour Asalkan nama dia buah, sayur. Alhamdulillah. Yang penting kuantiti dan kesegarannya. Tak perlu juga nak tiru sipolan sipolan blend dengan juicer brand xyz untuk dapat juice. Jika mampu dan proses juicing buatkan kita merasa happy maka go ahead tetapi yang tidak dapat – it is ok.



Makan makanan dengan seimbang tapi dalam kuantiti sederhana, yang ada semua dalam piramid makanan tetapi mengikut keperluan body, umur atau penyakit-penyakit lain dalam badan kita. Makanan yang bersih, fresh, kurang terproses dan kuantiti yg kecil-sederhana paling baik.

e) Kurangkan makan makanan yang tinggi kalori atau berlemak tinggi dan manis-manis. 

Kurangkan. Sesekali dlm jumlah yg sedikit tak apa. Maka n ni bukan sahaja food for energy but also for the soul. Makan bersama keluarga, bersama teman adalah event yang penting dan nurture our souls and relationship. Jangan la kerana terlalu rigid dengan makanan kerana takut sangat dapat kanser atau kanser berulang, hubungan kita sesama manusia terganggu. Be kind to ourselves. Makan dalam kuantiti sedikit. Kerap pun tak apa tapi jangan overeat.

f) Ambil vaksin. 

HPV, hepatitis B. HPV vaccine boleh kurangkan risiko kanser serviks, mulut, bahagian dubur. Hepatitis B untuk kanser hati yang mana lebih 50% kanser hati disebabkan hep B.

g) Pakai sunscreen kalau berpanas2 di luar. 

UV light boleh sebabkan kanser kulit.

h)Praktiskan dan promosi pada keluarga kawan-kawan atau rakan di ofis untuk buat ujian saringan kanser – payudara, kolon, serviks, paru2

Tanya doktor siapa, pada umur apa dan bagaimana untuk buat screening ini.

Lobi boss anda untuk company buat for the staff. 

TIDAK PERLU buat ujian tumour marker kat lab tu. Atau tak perlu beli ujian health screening tanpa berjumpa dengan doktor. Itu hanyalah ujian promosi untuk kaya kan lab tersebut. Anda hanya buat jika setelah berbincang dan diperiksa doktor anda.

Ingat yang kanser tidak di kesan atau di diagnos melalui ujian darah semata-mata. Itu adalah auta.

4) Setiap kanser adalah unik. Setiap pesakit kanser berbeza.

Elakkan dari memberi nasihat sekiranya ia tidak tepat dan mungkin mengelirukan penerima nasihat. 

Apabila bertanya soalan perlulah spesifik jadi tidaklah jawapan atau saranan diberi tersasar dari objektif pertanyaan kita. Pilih juga pada siapa kita bertanya. 

Perlu ambil tahu akan penyakit kita, nama kanser, apa bahagian kanser tu, tahap apa, apa rawatan. Berapa lama. Apa kesan sampingan. Apa perlu dijangka. Apa rawatan susulan dan lain2. Jika tak pasti, tuliskan dan bertanya. Itu namanya empowering ourselves. 

Anggap lah diagnosis kanser sebagai ‘ a gift” . suatu anugerah yang membawa suatu kebaikan yang bererti pada kita dan yang tersayang dan maybe pada the general public pada masa akan datang.

5) Istilah bebas kanser

Apabila pesakit melalui rawatan kanser dengan tujuan penyembuhan, segala rawatan yang diberi bertujuan untuk membunuh kanser sehingga ia tak dapat dikesan di dalam badan, melalui pemeriksaan fizikal, ujian makmal atau melalui scans seperti CT scan, ultrasound pet scan bone scan dll. 

Ini kami panggil ‘remission atau kanser terkawal’. Jadi bila dr kata pada anda ‘ pet scan awak bagus, tiada lagi kanser dijumpai’ selepas baru habis rawatan chemo setahun maka itu bukan bermakna ‘ bebas kanser”. Ia bermakna tiada kanser pada mata kasar. 

Ada kemungkinan kanser masih ada tapi di bawah radar detection. Pesakit masih perlu follow up sehinggalah pesakit tiada di dunia lagi. Saya tak bersetuju dengan klinik yang discharge pesakit selepas follow up selama 5-10 tahun dan pesakit kekal in remission. Pesakit masih boleh datang setahun sekali. Ini kerana pesakit masih ada risiko kanser berulang, dapat kanser baru yang lain ( another primary), mendapat kesan sampingan jangka masa panjang dari rawatan terdahulu dan banyak lagi.

6) Waktu in remission

Sewaktu rawatan telah habis, pesakit memasuki fasa ‘ a new normal” samada di rumah, di ofis atau di mana2x. Ada pesakit merasa ‘ lost’ atau sedikit slow atau merasa tidak dapat cope overwhelmed apabila masuk ke fasa ni. 

Mula-mula rasa excited selepas tu rasa down. Ada macam rasa void atau lonely pun ada. Sometimes hubungan suami isteri juga terjejas. Ada yang dapat depression and panic anxiety attacks dan ini mungkin ada impak yang kurang baik bagi kesihatan pesakit. Apatah lagi bila mendengar rakan2 seangkatan ada yang mendapat kanser berulang atau mengalami beberapa kesan sampingan rawatan dll. ambil tahu mengenai perkara ini. Ia real dan boleh kita baikinya. 

Perkara ini perlukan masa dan setiap pesakit berbeza.

Again saya ingin highlight disini yang BE KIND TO YOURSELF. Kasihani diri anda dan kasihi diri anda. Jangan push diri kita nak jadi sebaik dulu atau nak jadi sebaik si polan si polan. 

Boleh menyertai kumpulan sokongan , boleh search internet, boleh membaca dengan meluas, bolehbincang sampai dinihari dengan group whatsapp tapi at the end of the day you are you. You yang menanggungnya. Your family yang menanggungnya. Jangan miss your follow up appointments dan surveillance utk cancer relapse.

Jangan lupa utk terus mengamalkan no a) sampai f) pada item no 3 di atas. Jika tidak dapat mengatasi proses murung, panic attacks, anxiety - bincang dengan your doktor, boleh jumpa dengan kaunselor, psychologist, psychiatrist, accordingly.

7) Sertai program2x kanser

Sertai clinical research. Menderma lah ke any cancer charity. Hentikan beli supplemen yang tidak membantu atau mesin air atau tilam electrostatik dll. 
Lebih baik kita guna utk derma pada cancer NGO atau pesakit lain yang memerlukan duit kita itu. Hentikan mengforward info-info yg tak sahih atau scam. Itu buang mada dan tenaga kita. Masa yang ada spend dengan keluarga dan buat perkara yang lebih berfaedah.

😎 Di Malaysia movement pesakit untuk melobi ahli parlimen atau health authority belum berapa kuat tetapi kita boleh menuju ka arah itu jika ramai2x bersuara. Siapa yang pandai menulis, tulis dan hantar suara hati anda ke majalah atau akhbar dll. Lets all of us learn together.

Sesungguhnya ia adalah perjalanan yang panjang tapi kita ada pilihan untuk terus hidup dengan lebih bermakna . We can fight and win this. Together. 
Assalamualaikum and may Allah bless all of you.

Dr Mastura Md Yusof

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D