Monday, May 6, 2019

Ibu Bapa Sayang Pada Anak, Tapi Belum Tentu Anak Juga Sayang...

Rumah ibu bapa adalah rumah bagi anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa..

Anak- anak boleh bebas dalam rumah ibubapa
Makan apa sahaja...
Tengok siaran tv ikut suka...
Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...

Tapi...
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....
Tak boleh masak sesuka hati...
Makan apa yang ada dlm peti ais ikut suka.....
Buat apa sahaja ikut suka.... 
Anak tetap akan berkecil hati dengan ibu bapa..

Begitu juga...
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....
Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....
Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.
Kalau rosak semua ibubapa tanggung..

Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....
Apatah lg dgn sesuka hati.
Takut rosak lah...
Takut langgar lah...
Takut calar lah.....
Kalau guna pun...
Pastikan minyak penuh semula.....
Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kepada anak- anak....

Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....
Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....

Tetapi anak-anak...
Belum tentu mengasihi ibubapa....
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....
Mereka ada masa untuk membetulkan motor kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan...




Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...
Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...

Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...
Sibuk dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...
Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kahwin...

Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..

Tetapi...
Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...

Bila isteri bercerita anak tahu apa yang isteri mahukan...
Tetapi bila ibubapa bercerita anak buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...
Ibubapa tidak akan meminta secara terus kepada anak-anaknya kerana ibubapa takut anak akan terasa....

Inilah diantara isi kandungan kuliah Ustaz Suhaimi yang sgt terkesan & realistik dalam keadaan dunia di akhir zaman ini...

Mudah-mudahan kita tergolong sebagai anak-anak yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti.. Insyallah.. ‍‌‌‌‌‌‍‌‌😭‌‌‍‌‌‌‌‌‍‌‌😭‌‌‌‌‍‌‍‍‌😭

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D