Saturday, February 9, 2019

Kenapa Great Eastern Berani Sumbang 2 Bilion Untuk Skim B40 ?

Post ini dipetik dari Najib Razak. Something for us to ponder.

Kenapa Great Eastern Berani Sumbang 2 Bilion Untuk Skim B40 ?

-----

Maka hari ini, terbuktilah apa yang saya katakan dua minggu lalu.

Pada masa itu, ada juga komen-komen berikan reaksi kononnya saya hanya mengesyaki sahaja dan menyeru saya tidak buat andaian tidak berasas.

Hari ini, apabila ditanya oleh wartawan mengenai dakwaan saya, Lim Guan Eng akhirnya mengesahkan bahawa dia telah membenarkan syarikat insurans Singapura yang besar untuk mendapat pengecualian daripada syarat-syarat BNM bagi menghadkan pemilikan asing dalam sektor insurans negara.

Sekaligus, dia telah membenarkan syarikat-syarikat asing untuk terus menguasai pasaran tempatan.

Satu langkah yang dangkal sebenarnya.



Syarikat-syarikat insurans asing amat besar. Ini memberi kesan kepada daya saing syarikat-syarikat Takaful dan insurans tempatan yang jauh lebih kecil.

Pada tahun 2016, syarikat-syarikat insuran asing menguasai 81.7% dari industri insurans nyawa Malaysia.

Pada tahun 2017, BNM di bawah kerajaan BN memberi amaran terakhir kepada syarikat-syarikat asing untuk melepaskan sekurang-kurangnya 30% kepentingan saham di dalam operasi tempatan mereka kepada syarikat tempatan.

Langkah ini diambil untuk menggalakkan pertumbuhan syarikat Malaysia dan mengurangkan dominasi syarikat asing di dalam industri tempatan yang merupakan satu risiko.

Setakat ini, Great Eastern Singapura yang dimilik oleh Bank Singapura masih memiliki 100% saham di dalam operasi mereka di Malaysia yang menjana keuntungan sebanyak RM1 bilion setiap tahun dari kita.

Kita tidak pasti jika pelepasan yang diberi kepada Great Eastern ini ialah untuk selama-lamanya ataupun untuk tempoh tertentu kerana ini tidak diumumkan atau didedahkan oleh Guan Eng.

Syarikat mana yang mengendallikan Skim Perlindungan Nasional B40 ini pun kita tidak tahu. Ia masih lagi menjadi satu rahsia besar kepada kerajaan PH.

Tidak mustahil ia adalah syarikat insurans asing juga.

Tetapi langkah ini sudah tentu menggadaikan masa depan industri dan pasaran insuran syarikat-syarikat Takaful dan insuran negara dan kita akan terus didominasi oleh syarikat-syarikat asing yang besar.

Ini merupakan sebab utama syarikat insurans dan Takaful tempatan tidak dapat meneroka pasaran serantau seperti syarikat-syarikat dari Singapura dan negara lain kerana pasaran negara sendiri pun kita tidak berpeluang untuk kuasai ekoran polisi kerajaan PH ini.

Akhirnya nanti, apabila banyak syarikat Takaful dan insuran tempatan gulung tikar, mereka akan dituduh malas berusaha.

Simpanan nyawa rakyat Malaysia akan tetap di dalam tangan asing.

-------

Saya pernah membuat pendedahan bahawa kerajaan PH telah mengizinkan syarikat insurans Singapura yang besar untuk mendapat pengecualian daripada syarat-syarat BNM bagi menghadkan pemilikan asing dalam sektor insurans negara dengan membayar RM2 bilion untuk Skim Insurans B40.

Pada masa itu, saya pernah tanya syarikat insurans mana yang akan mengendallikan Skim yang kini diberi nama MySalam itu.

Rupa-rupanya, Great Eastern adalah syarikat itu.

Ini bermakna Kerajaan PH mengunakan RM2 bilion yang diterima dari Great Eastern untuk membayar kepada Great Eastern.

Sekaligus, Great Eastern mendapat 3.7 juta pelanggan baru dan menguatkan lagi penguasaan mereka di dalam sektor industri tempatan.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D