Sunday, February 10, 2019

Cuti Peristiwa Secara Mengejut Bukan Suatu Yang Mengembirakan

Malaysia menang bola, esok umum cuti !


Ha, cuti peristiwa yang umum secara mengejut, bukanlah sesuatu yang mengembirakan semua orang. Memang kebanyakkan kita seronok bila declare cuti, tapi ada setengah pihak akan menghadapi kesulitan bila berlaku cuti-cuti peristiwa secara mengejut.

Cuti peristiwa sempena kejuaraan Piala Malaysia contohnya.

Kesannya, habis appoinment pesakit dengan doktor pakar terpaksa ditunda.

Penantian berbulan-bulan, kadang-kadang 6 bulan. Alih-alih hari ini cuti pulak. Jenuh la nak tunggu next slot, entah bila nak dapat.

Begitu juga dengan pejabat tanah, biacara kuasa yang ditunggu setelah hampir setahun, waris-waris dah ambil cuti, tup-tup ditunda, cuti burn macam tu sahaja. Nak reschedule balik, bukan senang. Waris duduk diluar daerah sekadar bercuti sahajalah di kampung halaman.

Saya pernah merasa kedua-dua situasi diatas. So saya tahu kesannya kepada yang terlibat. Yang tak terlibat, memang tak kisah.

Saya pun tak faham, apa signifikannya bola dengan cuti untuk golongan rakyat jelata.

Negara kita ni cukup banyak cuti berbanding dengan mana-mana negara lain di planet bumi.

Bila nak maju macam ni?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D