Sunday, June 26, 2016

Isu Claim: Jawapan Isu Viral Claim CIMB Aviva

Minggu ni kecoh sana-sini berkenaan dengan satu posting yang telah menjadi viral pasal tuduhan takaful (CIMB Aviva) tipu tak bayar claim. Ceritanya seperti abg screenshot bawah ni:







Berdasarkan screenshot dan posting tuduhan takaful tipu ini, ini adalah respon dan komen abg.

•Takaful Tidak Menipu•


Sila baca betul-betul.




Merujuk posting yang sedang viral berkenaan tuduhan takaful menipu tidak membayar tuntutan kematian anak seorang pemandu lori, hasil daripada semakan abg di polisi takaful beliau ialah;


◘ Tiada bayaran manfaat kematian 
untuk orang dilindungi ◘


Manfaat yang dibayar untuk RM 48 tersebut abg senaraikan dan ringkaskan seperti berikut:


Nama pelan: Takaful Child Protector Plan
Jenis Plan: Medical & Health Takaful


Ringkasan manfaat

1. Bayaran jika anak menghidap juvenil kritikal ilness - RM 20k

2. Bayaran hilang upaya keseluruhan juvenil - RM 20k

3. Elaun harian hospital - RM 100 sehari / ICU RM 300 sehari


Ok yang no 4 ni baca betul-betul

4. Manfaat kematian (anak kepada peserta/participant child) - Jumlah akaun individu peserta DITOLAK dengan apa-apa amaun tertunggak jika ada. Jumlah akaun individu ni adalah akaun yang selalu orang duk kata "simpanan @ cash value" takaful.


Maka, berdasarkan cerita yang telah diviralkan, CIMB Aviva hanya membayar kembali ''simpanan @ cash value'' kerana sekali lagi abg highlightkan bahawa pelan yang diambil TIADA MANFAAT KEMATIAN untuk anak beliau (person covered).


Jadi di mana telah berlaku penipuan?

Kat mana yang takaful telah tipu?

Bagaimana takaful hendak membayar manfaat yang tidak tertulis di dalam polisi takaful beliau?


Maka tuduhan yang mengatakan takaful telah menipu adalah tidak benar sama sekali.

Dalam hal ni, kemungkinan peserta sendiri TIDAK MENGETAHUI manfaat yang telah dibayar dan merasakan amaun RM 48 yang dibayar COVER SEGALA-GALANYA.


Abg tak salahkan peserta tersebut kerana sebagai orang biasa yang bukan ahli dalam bidang ini, mereka tak tahu apa-apa. Anggapan mereka, bila dah bayar takaful semua benda cover.


Sedangkan hakikatnya TIDAK semua dicover.

Kerana apa yang dibayar segala-galanya termaktub dan tertulis JENIS MANFAAT dan JUMLAH MANFAATNYA di dalam polisi berdasarkan jenis PELAN PERLINDUNGAN masing-masing.


5. Kepada yang viralkan dan sibuk kata takaful tipu, anda tidak memahami polisi yang telah diambil. Silap hari bulan, anda punya polisi cover apa pun anda tak tahu, cuma anda akan tahu bila nak claim, tiba-tiba tak boleh sebab tak cover.


Jadi bacalah kontrak bertulis masing-masing dan hentikan viral perkara yang anda sendiri tidak pasti ceritanya.


6. Di atas kes ini, abg cadangkan CIMB Aviva atau SUN LIFE Takaful membuat satu bayaran khas Ex-Gratia (special payments where there is no legal obligation to pay) kepada peserta tersebut.


7. Sekiranya polisi ini diambil melalui panggilan telefon/telemarketing or whatsoever, abg menggesa Bank Negara Malaysia, Persatuan Takaful Malaysia, Persatuan Insurans Hayat Malaysia dan segala-gala persatuan yang ada mengkaji semula penjualan insurans melalui panggilan telefon. Kerana ianya lebih banyak mengundang persepsi negatif dan memburukkan lagi industri takaful insurans di Malaysia.


8. Kebanyakkan orang ambil takaful sebab ada 'SIMPANAN'. Dey, takaful BUKAN instrument simpanan, bayar 5-6 tahun tak ada simpan banyak mana dalam takaful.


Jika agen takaful anda bercerita takaful adalah SIMPANAN, sila semak cash value masing-masing dan tunjukkan berapa puluh ribu simpanan telah dikumpul kerana dalam takaful perkara yang paling penting adalah BENEFIT/COVERAGE.


9. Usahlah diviralkan lagi kisah tersebut kerana sudah jelas tiada manfaat untuk dituntut atas insiden tersebut dan tuduhan yang dilemparkan juga tidak benar. Sebaiknya, kita tunggu jawapan rasmi daripada CIMB Aviva atau SUN Life takaful. 

Dan juga marilah kita bersama-sama hadiahkan doa serta al-Fatihah kepada adik Wawa, bagi yang berkempuan boleh sama-sama kita menghulurkan bantuan kewangan di bulan mulia ini.

===============

Harap posting ringkas abg ni dapat menjelaskan beberapa kekalutan yang mengatakan takaful tipu.

Belajarlah membaca kontrak polisi.
Kalau tak tahu dan tak faham, ramai ahli takaful boleh bantu review kontrak polisi dan beri nasihat secara percuma.

Masalahnya cuma pada kita. 
Kita bersikap ego dan poyo.

Dah jadi macam ni, kita nak viralkan atas legality, morality, tapi sebaliknya bangsa-bangsa lain melihat stupidity pada bangsa kita.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

33 comments:

  1. Baru2 ni saya dipropose dengan cimb untuk ambik "sunlink istismar". sunlink istismar no same ke dengan cimb aviva?

    ReplyDelete
    Replies
    1. By call ke ? Kalau by call most adalah insurans kemalangan aja

      Delete
  2. saya kurang setuju dengan statement ringkas kamu yang terakhir. memang betul penjelasan kamu, terima kasih atas pencerahan, namun hakikatnya mereka dikatakan penipu kerana tidak memberi makluman yang dapat difahami users. agent yang bagus akan menerangkan sebaiknya polisi berkenaan, dan produk2 lain yang dikatakan sesuai untuk user dengan permasalahan mereka. bagi reminder untuk kesan setiap produk yang user rasa ingin ambil, timbang tara antara produk dan bayaran serta benefit, itu tugas pihak pemberi insurans, terutamanya kepada user yang tidak familiar dengan konsep insurans. etika itu penting, dan sepertimana dalam image fb tu; morality. bayangkan saja jika ini berlaku kepada parents anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas pandangan cik

      1. Pada asasnya mereka tidak menipu kerana setiap perbualan dirakam, didengar semula oleh pegawai underwriter/audit sebelum polisi insurans mereka dikeluarkan dan potongan bayaran dibuat.

      2. Isunya ialah orang tak faham apa yang diambil. Persepsi mereka, bila dah ambil insurans, segala-galanya cover walhal hanya insurans yang diambil hanya cover perkara tertentu sahaja.

      3. Telemarketer (jual insurans melalui telefon) bukan agent yang bagus. Kalau nak daftar takaful, cari agent yang dikenali, bukan mereka yang call kita pakai nombor 'private line', paksa dengar perbualan dan sebolehnya nak kita terus jawap ya ya ya dan ya.

      4. Secara peribadi saya amat membantah penjualan insurans melalui telefon/telemarketer kerana banyak masalah yang timbul seperti orang salah faham coverage, susah nak berurusan masa claim dan akhirnya kena tempias pada agent-agent yang bergerak aktif secara sah macam saya.

      Delete
    2. Tompang tanye kalau daa melangga selama 10 tahun sy da tak mampu bayar nak stop ada ka sy layak menuntut sebahagian duit (insuren hayat)sy ..

      Delete
    3. Boleh call ofis insurans/takaful untuk tanya jumlah partial withdrawal. partial withdrawal tak akan membatalkan perlindungan sedia ada

      Delete
  3. tumpang tnye sunlife takaful ni simpanan ke sebab aritu mase dftr kt cimb dia ckp kitew boleh gune duit tu ..contoh nye mcm simpanan kita la...saya amik yg pakej utk haji tu...fikir balik macam nak berenti pulak tkdop benefit

    ReplyDelete
    Replies
    1. semak balik buku polisi berapa jumlah simpanan lepas 6 tahun

      Delete
  4. hai, nak tanya cimb istismar tu ada simpanan katanya. boleh keluarkan selepas 6 tahun. betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. tapi... simpanannya takda la sama seperti jumlah yang dicarum

      Delete
  5. Assalamualaikum..sy baru saja amik takaful suria yg untuk haji..bila balik baru tengok tentang Komen pasal sunlife takaful ..runsinglah pulak..ingat nk nk berenti ,suruh anak check akaun to bank dah potomg sebamyak rm 400 Dr akaun ..cepatmya bank potong br pg tadi sy masuk ..no buat camna boleh tolong tak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam, tak ada apalah nak rungsing asalkan kita tau kita bayar untuk protection apa. bukan bayar secara membuta tuli tanpa tau benefit yang kita dapat hehehe

      Delete
  6. Assalamualaikum,saya baru dihubungi oleh pg td dan tawarkan sun protector,dan saya telah setuju,tapi setelah bc mcm mcm Dlm komen-komen di atas,rasa nk batalkan pula..mcm mn prosedur nak batalkan?bole sesuiapa tolong bg tahu cara tak?

    ReplyDelete
  7. Assalam. awal tahun saya pergi cimb kajang di bgunan baru tu. tujuan sy ialah nk apply personal loan. Tp xsangka. Staff cimb yg bernama encik aliff akmal promote kat sy tawaran sunlink intimar. Dia ckp siap ade dividen... sy pon percaya.. Sebb sy suka investmnet mcm asb ni. N investmnt ni dicover oleh insurans. Tp lately i felt confius. N meragukan... Betul ke idok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Mungkin ada dividen, kena semak dalam polisi bertulis tengok ada ke tak. Ada black n white tak ada masalah

      Delete
    2. Saya baru daftar semalam, padahal asnya pegi cimb utk keluarkan bank statement je utk loan. Mula2 sy agak was2 tp staff tu sgt yakin explain kat sy n dia sndri ada investment dgn sunlife. Dia offer sy med card & life insurance under Sunlife My Choice, rm250/month, cover sakit/accident 100k/yr, n kalau mati, dpt waris dpt 100k, kalau sakit kritikal, dia bg 50k. Utk awal2 ni allocation utk saving hanya 40% n selebihnya utk protection, n dividen between 2-9% per annum. Berbaloi ke?

      Delete
  8. apakah sy akan dpt pulang semula.. sebab masa nk buka acc cimb, staff yg uruskn dia ad ckp pasal sun life haji punya package.. dn sy tnye kt dia, ap sy akan dapat pulangan semula duit sy kalau sy bayar tiap bulan.. kontrak selama 3 tahun dn bayar tiap bulan rm100

    ReplyDelete
  9. Saya juga dihubungi by sun life insurance..sy mintak detail benefit..katanya telemarketing online tak ada detail black n white ..just akan ada dalam polisi yg dah kita ambil..
    Sepatut ada lah kan..ke mcmna ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya kena ada walaupun sekeping. itu bukti untuk keluarga buat tuntutan kemudian hari.

      Delete
    2. baik kalau utk pasal telemarketing saya pnah terima panggilan jugak tapi dia jawab utk polisi mmng akan dihantar lepas 30hari dari tarikh penolakan utk hitam putih... lagi satu dia ada recording utk auditer bank negara jgk

      Delete
  10. X boleh ke pihak2 insurance2 buat detail dlm malay x semua tau om putih...hmmmmm

    ReplyDelete
  11. Sy baru dpt call Dr ejen sun live arini. Bayar 58 tiap bulan. Kalau takde bayar bulan tu tak cover. Pas tu bulan berikutnya bole sambung bayar dan dpt cover balik tanpa ada tunggakan. Betul ka?

    ReplyDelete
  12. Salam nk tnya ni. Btul ke kalau plan istismar plus akn Dpt balik Slpas 11 tahun apa yang kita bayar sblm ni? Btul ke plan ni untuk saving? Tp dekat polisi ada tulis pampasan kematian rm120k. Tp cntrak tamat 2063.

    ReplyDelete
  13. Salam nk tnya ni. Btul ke kalau plan istismar plus akn Dpt balik Slpas 11 tahun apa yang kita bayar sblm ni? Btul ke plan ni untuk saving? Tp dekat polisi ada tulis pampasan kematian rm120k. Tp cntrak tamat 2063.

    ReplyDelete
  14. SAYA BARU DI HUBUNGI OLEH AJEN INSURANS SUN LIFE MELALUI KAKITANGAN CIMB BANK MENAWARKAN SAYA PAKEJ RM48 KATANYA POLISI UNTUK KEMATIAN ADALAH RM300,000..BETUL KE? PAKEJNYA RM48 AJE

    ReplyDelete
  15. Salam..sy dihubungi agent..katanya promosi n untk ahli yg lama mnggunakan khidmat perbankan cimb.. hr n start potng rm100 dlm acc saya...&sayapn xder black&white. .bila bc komen2 rasa takot ploop.. camne kl nk batalkan..duit saya burn ke camne

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis.. saya pun sama duit dah kena tarik .. terus saya call dah dapat no polisi minta batal

      Delete
  16. Salam. Sy pun dihubungi melalui fon dri sunlife. Duit tiap2 bulan ptong rm38.tp xde black n white juga. Cemana ya

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum..saya pun ada beli insuran sunlife CIMB.Seingat saya cover penyakit berjangkit juga. Cover apa selainnye saya pun tak tahu..macammana ehh..Rm82 sebulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Xsilap 6jenis penyakit berjangkit.. Bayaran rm 87.15....sama laa.. Sudah buat pembatalan insurans ke

      Delete
  18. Time covid ni penyamun sungguh. Bayar bulan2 dah 6 bulan. X nampak apa benefit,, contract juga x dapat2 sampai hari ni. Awal tahun statement apa xda. Time poting duit,, lesap shj duit. Xda noti. Esok nak p cancel SI + polisi siap cancel. Membazir

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum.. Udah terkena jgk 2 x potong... Awal bln tgah bulan.. Bila call sun life nk batal.. Akn diurus kan.. Dalam 7hari waktu bekerja.. Tp duit ttp potong.. Klu dlm urusan pembatalan harus ke jgk buat pemotongan

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D