Wednesday, March 9, 2016

Isu Claim: Membazir Bayar Takaful Kalau Tak Pernah Claim


"Orang cakap takaful membazir bila bayar setiap bulan kalau tak pernah claim."

Ada ke gila kata rugi bayar sebab tak pernah claim.

Itu abg panggil kufur nikmat namanya. Ye lah, claim takaful akan terjadi bila mana terjadi kemasukan ke hospital, menghidap penyakit kritikal, ditimpa kemalangan dan kematian.


Walaupun takaful bayar pampasan untuk perkara ni, adakah korang rasa 'untung' bila terlibat accident, terlantar kerana penyakit, hilang nikmat kesihatan semata-mata untung claim wang ringgit takaful ? 

Duit claim takaful tu tak akan boleh ganti semula orang yang rosak, anggota badan yang putus, juga tak akan boleh menghidupkan semula yang mati. Tetapi sekurang-kurangnya dengan duit takaful tu, akan jadi jaminan kewangan supaya korang tak hidup meminta-minta pada orang bila terjadi musibah pada diri sendiri. Nak berharap pada siapa lagi bila benda tak baik jadi kat kita. Kawan ? Saudara ? Belum tentu mereka tolong.

Yang sebaik-baiknya, kalau bayar takaful tapi tak pernah claim, ucaplah Alhamdulillah atas nikmat kesihatan yang telah diberikan. 

Tengok berapa ramai kat luar sana merayu duit sumbangan untuk rawatan penyakit dan untuk teruskan kehidupan. Mereka tak layak untuk apply takaful lagi tapi mereka terpaksa tebalkan muka untuk rayu meminta simpati orang ramai untuk teruskan kehidupan. Korang pun takat hulur duit biru RM 1 aje kan bila jumpa orang mintak sedekah. Tu pun kalau bagi ler...

Takaful adalah jaminan kewangan bertulis. Korang bayar bulan-bulan untuk jaminan kewangan tersebut (sijil takaful).

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D