Wednesday, March 9, 2016

Isu Claim: Claim Kematian Kanser Ovari Ditolak Kerana Tak Isytihar Kesihatan

Berakhir sudah penantian abg. Claim DECLINE kerana material NON DISCLOSURE.


Kronologi kes, daftar takaful dengan abg pada hujung April 2014. Selepas 3 bulan sijil takaful inforce, klien abg meninggal dunia. Punca kematian ketumbuhan ovari.



Disebabkan sijil masih dalam cooling period dan punca kematian adalah kerana specified illness, MAA Takaful telah menjalankan medical investigation untuk menentukan kelayakan bayaran pampasan takaful.


Medical investigation adalah siasatan rekod-rekod perubatan terdahulu di hospital/klinik. Ada inkuiri pada hospital, semakan medical record yang ada.

Hari ini, 2 Februari 2016, selesai siasat yang mengambil masa 18 bulan, akhirnya claim ditolak kerana material medical finding.

Untuk makluman, MAA Takaful telah membayar khairat kematian sebanyak RM 2,000 kepada ibu arwahyarmah dan kini sedang dalam proses membayar kembali caruman yang telah dibayar (refund) kerana sijil tersebut dikira batal kerana non-disclosure

Ambil pengajaran daripada kisah yang terjadi ini, pastikan tuan/puan buat DISCLOSURE YANG BETUL apabila daftar (hakikatnya ramai orang apply takaful kerana dah ada simptom penyakit dan apply kerana nak guna terus benefit takaful secara serta-merta walhal komfem takaful akan reject dan kuiri)

Jadi kalau jumpa abg, nak apply takaful, lepas tu bagi tau dah ada sakit tu, dah ada sakit ni, mintak tak nak declare dalam application takaful supaya application lulus segera tanpa penangguhan (deferment), mintak maaflah abg tak buat kerja-kerja non-disclosure. 

Abg nak bisnes lama, abg bukan nak duit korang, lepas tu sakit kepala nak menjawab claim korang reject. Kalau abg nak duit, abg boleh je declare orang yang sakit sebagai sihat, tapi abg aniaya la kat orang tu dan waris dia bila jadi kes macam ni. Nanti mula la korang kata insurans tipu padahal korang dah langgar terma dan syarat insurans tu sendiri iaitu 'KESIHATAN'.

Pesan abg, apply takaful ketika masih sihat dan tidak berpenyakit. Kita bukan tau esok lusa kita nak jadi apa.

✩Sama-sama kita hadiahkan bacaan Al-Fatihah untuk arwahyarhamah

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D