Monday, March 7, 2016

Antara Takdir Dan Usaha

Takdir adalah ketentuan yang telah ditetapkan berlaku pada kita sebagai manusia. Suka, tak suka, apa yang telah ditakdirkan tetap akan terjadi.

Manakala usaha adalah perbuatan dan ikhtiar kita dalam menghadapi ketentuan takdir. Kita disuruh supaya berusaha dan tidak berserah atau bertawakal tanpa meletakkan usaha terhadap sesuatu perkara.

Ditimpa penyakit kritikal
Terlibat dalam kemalangan
Meninggal dunia di usia muda


Kesemua itu adalah takdir ketentuan yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Apa yang telah tertulis, tidak boleh diubah.



Namun, kita sebagai manusia perlulah melakukan usaha dalam menghadapi ketentuan takdir masing-masing.

Apa yang kita boleh usaha dalam perspektif KEWANGAN bagi menghadapi ketentuan takdir ialah dengan memiliki sijil takaful.

"Ada takaful ke, tak ada takaful ke, kalau dah sakit tu sakit jugak, kalau dah accident tu, accident jugak dan kalau dah takdir mati tu mati jugak."

Ya betul sekali lagi kita tak boleh mengubah ketentuan takdir. Tapi kerana usaha kecil yang kita lakukan dengan sijil takaful, akan ada perbezaan besar antara kita dengan orang lain. Iaitu;


''Bagaimana kita dan keluarga kita menghadapi ketetapan takdir dari perspektif KEWANGAN.''

Orang yang ditimpa penyakit dan kemalangan, bila ada takaful, sekurang-kurangnya keluarga mereka tak berada dalam tekanan kewangan sehingga terpaksa menjual segala keperluan yang ada demi menyara diri. Duit bukanlah segalanya, tetapi segala-galanya memerlukan duit.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D