Sunday, July 5, 2020

Ejen Pemungut Hutang Ganggu Penghutang Di Tempat Kerja

EJEN PEMUNGUT HUTANG DAN MAJIKAN ANDA (PENJAWAT AWAM).

Mungkin ada di antara anda pernah mendapat surat daripada ejen pemungut hutang seperti di bawah dan dalam masa yang sama anda merupakan seorang penjawat awam. Firma kami telah diajukan persoalan mengenai isu ini.

Peraturan mengenai tatakelakuan dan tatatertib bagi anggota perkhidmatan awam adalah diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] yang mula berkuatkuasa pada 15 Disember 1993, menggantikan Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab ‘D’) 1980.


Di dalam surat yang dinyatakan di atas, jelas pemakaian undang-undang yang digunakan oleh ejen pemungut hutang tersebut adalah SALAH !

Untuk makluman umum, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah ditubuhkan mengikut Fasal (1) Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan pada 31 Ogos 1957.

Justeru, pemakaian Perlembagaan Persekutuan seperti yang digunakan oleh ejen pemungut hutang di dalam surat ini juga BERCANGGAH DENGAN FAKTA !

Selain peruntukan umum mengenai tatakelakuan (code of conducts) seperti dijelaskan di atas, P.U.(A) 395/1993 juga telah menjelaskan mengenai larangan-larangan serta perkara khusus yang berkaitan dengan tatakelakuan seseorang anggota perkhidmatan awam seperti berikut:

Gangguan seksual – Peraturan 4A

Pekerjaan luar – Peraturan 5

Etiket pakaian – Peraturan 6

Dadah – Peraturan 7

Hadiah – Peraturan 8

Keraian – Peraturan 9

Pemunyaan harta – Peraturan 10

Menyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian yang sah – Peraturan 11

Meminjam wang – Peraturan 12

Keterhutangan kewangan yang serius – Peraturan 13

Meminjamkan wang – Peraturan 15 

Penglibatan dalam pasaran niaga hadapan – Peraturan 16

Cabutan bertuah, loteri dan sebagainya – Peraturan 17

Penerbitan buku dan sebagainya – Peraturan 18

Membuat penyataan awam – Peraturan 19 

Larangan bertindak sebagai seorang penyunting dan sebagainya dalam mana-mana penerbitan – Peraturan 20

Mengambil bahagian dalam politik – Peraturan 21

Tidak hadir bertugas – Peraturan 24

Tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan – Peraturan 26

Walaupun seseorang penjawat awam tersebut membuat pinjaman daripada institusi kewangan dan mempunyai masalah untuk membayar balik pinjaman tersebut mahupun membeli barangan secara pembayaran ansuran daripada syarikat-syarikat kredit seperti Courts (Courts Mammoth), Seng Heng, Chan Furnitures dan lain-lain lagi, ejen pemungut hutang perlu melakukan mengikut prosedur atau SOP yang sedia ada.

Antara SOP yang perlu dipatuhi adalah dengan membuat panggilan telefon dan menghantar surat tuntutan bagi wakil pihak institusi kewangan atau syarikat-syarikat kredit dengan memaklumkan terdapatnya hutang tertunggak secara berhemah.

Pihak ejen pemungut hutang TIDAK BOLEH sama sekali menghantar surat sama ada berbentuk aduan atau tuntutan mahupun membuat panggilan telefon kepada para majikan.

Ini jelas melanggar garis panduan sedia ada dan telah menganggu kacau majikan tersebut yang langsung tiada kepentingan di dalam urusan keberhutangan tersebut. Pinjaman yang sedia ada terhutang adalah di antara institusi kewangan dan syarikat kredit dengan individu tersebut dan bukannya majikan.

Sekiranya ejen pemungut hutang tersebut berbuat demikian iaitu menghubungi serta menganggu majikan, aduan boleh dibuat kepada Bank Negara Malaysia jika ianya melibatkan institusi kewangan.

Sebaliknya, bagi syarikat-syarikat kredit pula, aduan boleh dibuat seandainya ejen pemungut hutang tersebut mendesak dan bertindak sehingga dirasakan satu ugutan telah dilakukan, anda boleh mengemukakan laporan kepada pihak polis.

Selain itu, individu juga boleh membawa isu ini ke bahagian tribunal pengguna untuk disiasat dan diperincikan kepada:

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Aras 5, Podium 2,
No. 13, Persiaran Perdana,Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya.
Toll Free : 1-800-88-9811
Telephone No. : 03-8882 5822
E-Tribunal

Untuk membawa kes ke bahagian tribunal pengguna, individu mestilah menjadi pembeli dan bukan sebagai perujuk (rujukan) atau penjamin.

Individu juga boleh kemukakan aduan jika dirasakan teraniaya dengan sistem hutang Courts Mammoth kepada National Consumer Complaint Centre (NCCC). Aduan boleh dilakukan secara online di sini - E-Aduan NCCC

Semoga bermanfaat.

Peguambela & Peguamcara

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Petua dan Pantang Fibroid

Fibroid boleh menyebabkan pelbagai gejala datang bulan seperti pendarahan yang banyak, sakit yang teramat sangat, sembelit, perut membesar dan juga keguguran.

Punca terjadinya fibroid adalah disebabkan hormon dan genetik.

Jadi saya tak dapat cegah fibroid?

Ya. Walaupun begitu, kajian menunjukkan beberapa faktor seperti gaya hidup dan pemakanan telah dikaitkan dengan terjadinya fibroid. 

Anda boleh mengamalkan petua dan pantang berikut untuk mengurangkan risiko daripada mendapat fibroid.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, June 29, 2020

Senaman Untuk Masalah Jantung Tersumbat

Ustaz Halim Zakaria menunjuk cara exercise dan menyelamatkan ribuan orang dari masalah penyumbatan jantung. 

Sekarang videonya telah menjadi viral dan ribuan pesakit jantung sedang mencari video klip ini. 

Oleh itu sila lihat dan cuba latihan ini. Ramai yang mendakwa bahawa sakit belakang mereka hilang dalam hanya 7 hari! Alhamdulillah..


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Berapa Pampasan Takaful Yang Sepatutnya Kita Ambil ?

Berapa pampasan yang di perlukan supaya kita, pasangan dan anak-anak hidup selasa sekiranya berlaku penyakit, hilang upaya atau meninggal dunia?

Secara Matematik;

Kalau Ada duit RM500,000 apa yg anda nak buat.
RM500,000 / 8 tahun = RM 62,500
RM62,500/12 bulan =RM5,208


RM5,208 Akan digunakan utk pasangan Jaga org Yang sakit;

Ulang alik hospital
Kos rawatan
Makan dan minum family
Sekolah anak
Pasangan nak kerja atau upah orang ,kalau upah byk lagi habis..
Ini kalau habis jimat , boleh guna 8 tahun.


Jika hilang upaya pun still ada kos rawatan.
Jika isteri kerja, nak suruh orang jaga atau jaga sendiri .

Ok sekarang gaji RM5,200 dapat BPN, Kira bukan income besar.

Kalau hidup di bandar lagilah.. RM 5,200 rasa kecil je. Masuk ASB nilai dividend tak besar mcm dulu. Masuk FD atau Unit amanah, masih tak besar juga. Silap hari bulan nilai unit jatuh sebab masalah ekonomi lagi kena cari duit.


Ini Nilai RM 500,000.

Jika RM1,000,000, Kita boleh extend sampai 10 ke 16 thn. Kalau berjimat, kalau ada hutang. Memang kena selesai hutang dulu. Makin susut nilai cash kita ada Tu untuk Sara hidup.

Oh ye, berapa caruman. Ini faktor yang tentukan caruman;

1. Ikut umur
2. Pekerjaan


Kebiasanya polisi 1 juta, jika memang kita sedar nak ambil polisi dari awal dalam anggaran RM500 sebulan.
Kalau Gaji 7,000 simpan dulu RM500 ni, kat takaful untuk wujudkan Tabung Kecemasan.

Rugi? 
Ada cash value juga ya. 

Zurich Tengah offer non medical limit (Ambil polisi tak perlu buat Medical Check up).


Sayangi diri Kita, sayangi pasangan kita dan anak-anak. Kita wujudkan aset segera. 


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tanda Gastrik & Perkara Yang Perlu Dielakkan


Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan ini adalah perkara yang perlu anda elakkan.



Tanda-tanda gastrik adalah;

1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen

2. Rasa senak, berangin atau pedih.

3. Rasa tidak selesa dan kembung

4. Sendawa berulang kali

5. Kerap kentut selepas makan

6. Rasa mual atau loya dan muntah

7. Berat badan turun (peringkat kronik)

8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Ciri-ciri Ayam Disuntik Air Tambahan


Penggunaan cecair suntikan ke dalam makanan mentah berdaging bukanlah satu perkara baru. Ia dikenali sebagai teknik ‘plumping’.

Peniaga yang ingin mengaut keuntungan dengan menipu ini mrnyuntik cecair gram, stok ayam dan bahan kimia ke dalam ayam kerana ingin mengekalkan kesegaran dan rasanya.

Mengikut undang-undang jika peniaga melakukan perkara ini mereka harus menyatakan kepada pengguna.

Namun ada peniaga yang tak jujur dan menggunakan kaedah ‘plumping’ ini untuk mengaut untung berlipat kali ganda.

Berikut merupakan tips untuk mengesan daging ayam yang telah disuntik dengan air;


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Berkongsi Duit Untuk Buat Takaful Mak Ayah

PELAN TAKAFUL MAK AYAH



Antara alternatif yang boleh diwujudkan oleh adik beradik adalah dengan berkongsi beli 1 unit each utk create dana khas amal jariah mak ayah.

Kalau nak kumpul sorang² RM50 sebulan nak capai 43,000 tu ambil masa 71 tahun tau. 😌

Jom cepat² daftar. Lagi 4 hari permohonan pelan ni akan berakhir. Serious ni. Pelan Takaful Warga Emas (Senior Gold) ini akan ditamatkan jualan Julai 2020 ini dan diganti dengan Pelan Takaful SureCover. 

Apa bezanya nanti ? Sekarang boleh mula dengan RM 50 sahaja bulan, lepas ni nak mula kena RM 150 kerana ciri produknya sedikit improvized.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus