Sunday, July 5, 2020

Ejen Pemungut Hutang Ganggu Penghutang Di Tempat Kerja

EJEN PEMUNGUT HUTANG DAN MAJIKAN ANDA (PENJAWAT AWAM).

Mungkin ada di antara anda pernah mendapat surat daripada ejen pemungut hutang seperti di bawah dan dalam masa yang sama anda merupakan seorang penjawat awam. Firma kami telah diajukan persoalan mengenai isu ini.

Peraturan mengenai tatakelakuan dan tatatertib bagi anggota perkhidmatan awam adalah diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] yang mula berkuatkuasa pada 15 Disember 1993, menggantikan Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab ‘D’) 1980.


Di dalam surat yang dinyatakan di atas, jelas pemakaian undang-undang yang digunakan oleh ejen pemungut hutang tersebut adalah SALAH !

Untuk makluman umum, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah ditubuhkan mengikut Fasal (1) Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan pada 31 Ogos 1957.

Justeru, pemakaian Perlembagaan Persekutuan seperti yang digunakan oleh ejen pemungut hutang di dalam surat ini juga BERCANGGAH DENGAN FAKTA !

Selain peruntukan umum mengenai tatakelakuan (code of conducts) seperti dijelaskan di atas, P.U.(A) 395/1993 juga telah menjelaskan mengenai larangan-larangan serta perkara khusus yang berkaitan dengan tatakelakuan seseorang anggota perkhidmatan awam seperti berikut:

Gangguan seksual – Peraturan 4A

Pekerjaan luar – Peraturan 5

Etiket pakaian – Peraturan 6

Dadah – Peraturan 7

Hadiah – Peraturan 8

Keraian – Peraturan 9

Pemunyaan harta – Peraturan 10

Menyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian yang sah – Peraturan 11

Meminjam wang – Peraturan 12

Keterhutangan kewangan yang serius – Peraturan 13

Meminjamkan wang – Peraturan 15 

Penglibatan dalam pasaran niaga hadapan – Peraturan 16

Cabutan bertuah, loteri dan sebagainya – Peraturan 17

Penerbitan buku dan sebagainya – Peraturan 18

Membuat penyataan awam – Peraturan 19 

Larangan bertindak sebagai seorang penyunting dan sebagainya dalam mana-mana penerbitan – Peraturan 20

Mengambil bahagian dalam politik – Peraturan 21

Tidak hadir bertugas – Peraturan 24

Tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan – Peraturan 26

Walaupun seseorang penjawat awam tersebut membuat pinjaman daripada institusi kewangan dan mempunyai masalah untuk membayar balik pinjaman tersebut mahupun membeli barangan secara pembayaran ansuran daripada syarikat-syarikat kredit seperti Courts (Courts Mammoth), Seng Heng, Chan Furnitures dan lain-lain lagi, ejen pemungut hutang perlu melakukan mengikut prosedur atau SOP yang sedia ada.

Antara SOP yang perlu dipatuhi adalah dengan membuat panggilan telefon dan menghantar surat tuntutan bagi wakil pihak institusi kewangan atau syarikat-syarikat kredit dengan memaklumkan terdapatnya hutang tertunggak secara berhemah.

Pihak ejen pemungut hutang TIDAK BOLEH sama sekali menghantar surat sama ada berbentuk aduan atau tuntutan mahupun membuat panggilan telefon kepada para majikan.

Ini jelas melanggar garis panduan sedia ada dan telah menganggu kacau majikan tersebut yang langsung tiada kepentingan di dalam urusan keberhutangan tersebut. Pinjaman yang sedia ada terhutang adalah di antara institusi kewangan dan syarikat kredit dengan individu tersebut dan bukannya majikan.

Sekiranya ejen pemungut hutang tersebut berbuat demikian iaitu menghubungi serta menganggu majikan, aduan boleh dibuat kepada Bank Negara Malaysia jika ianya melibatkan institusi kewangan.

Sebaliknya, bagi syarikat-syarikat kredit pula, aduan boleh dibuat seandainya ejen pemungut hutang tersebut mendesak dan bertindak sehingga dirasakan satu ugutan telah dilakukan, anda boleh mengemukakan laporan kepada pihak polis.

Selain itu, individu juga boleh membawa isu ini ke bahagian tribunal pengguna untuk disiasat dan diperincikan kepada:

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Aras 5, Podium 2,
No. 13, Persiaran Perdana,Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya.
Toll Free : 1-800-88-9811
Telephone No. : 03-8882 5822
E-Tribunal

Untuk membawa kes ke bahagian tribunal pengguna, individu mestilah menjadi pembeli dan bukan sebagai perujuk (rujukan) atau penjamin.

Individu juga boleh kemukakan aduan jika dirasakan teraniaya dengan sistem hutang Courts Mammoth kepada National Consumer Complaint Centre (NCCC). Aduan boleh dilakukan secara online di sini - E-Aduan NCCC

Semoga bermanfaat.

Peguambela & Peguamcara

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D