Thursday, November 5, 2020

Covid 19 - Satu Konspirasi ?

Di sebalik isu pandemik Covid 19 ni, terdapat sebilangan golongan yang percaya bahawa isu Covid 19 ini adalah satu konspirasi yang sengaja dicipta untuk merosakkan kesihatan manusia dan mengurangkan populasi manusia seperti yang agenda ingin dicapai oleh kumpulan-kumpulan tertentu (boleh google nama-nama kumpulan yang bawa agenda New World Order - NWO).

Bagi korang yang 'eager' dan sangat berminat dengan teori konspirasi dunia ni, abg suggest korang beli buku ni. Buku ni ada terbitan dalam Bahasa Melayu, mudah difahami selok belok penceritaannya.



Penulis buku ni, Jerry D.Gray merupakan bekas Tentera Udara USAF. Telah memeluk Islam dan tinggal di Indonesia menjalankan aktiviti dakwah. Boleh dikatakan buku konspirasi yang ditulis ni buku kategori Best Seller. Sebab setiap pendedahan yang dibuat dalam buku tulisannya, dapat disokong dengan fakta.

Antara ulasan pembaca buku ni,






Ada dua lagi karya buku tulisan Jerry D.Gray, dan abg dah habis baca ketiga-tiga buku beliau. Tapi mostly abg rekemen korang baca buku Art of Deception ni, berbanding buku konspirasi lain, buku ni lagi padu isi kandungannya tentang tipu helah dunia.

Berbalik pada isu Covid 19, ada golongan yang percaya benda ni bukan konspirasi pihak jahat dan tentu juga ada golongan yang percaya ianya satu konspirasi. Kedatangan Covid 19 telah meragut banyak nyawa di seluruh dunia, malah ekonomi seluruh negara juga terkesan dengan pandemik ini.

Walaubagaimanapun, di sebalik kepanikan orang ramai dalam isu kesihatan ini, pastinya terdapat golongan yang menjadi kaya raya hasil daripada masalah Covid ini.

Siapa golongan tersebut ?

Pemilik industri kesihatan, farmaseutikal, syarikat-syarikat 'pencipta' vaksin

Pemilik industri barangan perlindungan, sarung tangan, PPE, face mask

Siapa pemilik-pemilik disebalik industri yang meraih keuntungan luar biasa ini ? Abg pun tak tahu siapa, nak google satu-satu belum tentu terjawab semuanya.

Sama ada Covid 19 ini satu konspirasi atau benar isu wabak kesihatan, kita sama-sama berdoa agar negara kita, keluarga kita selamat daripada Covid 19 ini.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

1 comment:

  1. Sy pernah berjumpa dgn penulis buku di Shah Alam Malaysia sewaktu beliau dtg di Masjid Negeri Shah Alam.

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D