Sunday, September 29, 2019

Scam Alert ! Duit Akaun Maybank Keluar Tanpa OTP (One Time Password)


SCAM ALERT !


Bagaimana scammer boleh mengeluarkan duit tanpa OTP?

Scene 1

1. Saya terima beberapa panggilan dari 017-8135084. Panggilan tidak dijawab.


2. 017-8135084 (scammer) hantar WhatsApp. Saya buka. Ada beberapa screen shoot / gambar SMS OTP yang telah dibuat.

3. Scammer meminta no OTP tersebut kerana isteri tersalah hantar. Saya tidak beri OTP. Scammer hantar gambar kad pengenalan beliau dan video yang menunjukan no akaun beliau untuk menyakinkan saya.

4. Dalam masa yang sama beberapa SMS dari 63633 masuk ke hp saya sewaktu kami masih berbalas WhatsApp. 

SMS tersebut adalah beberapa OTP untuk kebenaran pengeluaran dan pengesahan device. Saya sudah agak dia adalah scammer. Tiada OTP diberikan.

5. Scammer hantar lagi beberapa gambar SMS OTP ke WhatsApp saya . Saya tidak memberi OTP.

6. Terima SMS dari 63633 yang menyatakan pengeluaran duit telah berjaya dibuat ke salah satu akaun Favourite List saya.

7. Waktu tersebut saya baru tersedar telah enggage dengan scammer di WhatsApp = hampir satu jam.

8. Saya hubungi Customer Service hotline. Sah = pengeluaran tersebut telah berjaya dipindahkan ke salah satu Favourite List saya. 

Baki akaun yang tinggal hanya RM 41.35. Scammer telah berjaya mengeluarkan beberapa ribu ringgit, tinggal RM 41.35 sahaja. Tindakan Customer Service = blok kad + online banking termasuk mobile app. Suruh buat laporan polis.

9. Saya block no 017-8135084 dari WhatsApp; (selepas menghubungi Customer Service). Malang nya perbualan kami di WhatsApp juga terpadam. Antara maklumat yang terpadam ialah video paparan akaun scammer dan gambar kad pengenalan scammer tadi.

Scene 2

1. Pergi ke Balai Polis Samarahan. Laporan dibuat.

2. Mereka suruh rujuk di Balai Polis Sg Maong kerana ia lebih kepada commercial crime.


Scene 3

1. Pihak polis cadangkan saya hubungi pihak penerima dalam Favourite List tersebut.

2. Saya call. Pihak Favourite List saya ada menerima panggilan dan WhatsApp dari seseorang bahawa isteri dia tersalah pindah duit.

3. No yang digunakan 017-866 0079. Gambar profile adalah sama dengan gambar profile WhatsApp saya.





4. 017-8660079 hantar gambar bukti transaksi yang telah berjaya.

5. Favourite List semak akaun dan sah duit telah berjaya masuk.

6. 017-8660079 minta dipulangkan kembali duit tersebut kerana salah tranfer. Scammer beri no akaun yang lain. Jika Favourite List ingkar, scammer ugut laporan polis akan dibuat .

7. Favourite List pindah duit ke akuan tersebut sebab takut.


Scene 4

1. Pegawai polis di Sg Maong memaklumkan; menurut laporan polis setakat ini ( awal September 2019) lima laporan telah dibuat di seluruh negara berkenaan no 017-8135084.

2. Modus operandi ialah meminta OTP kerana untuk kemaskini device atau salah transfer. Pindah duit ke akuan Favourite List mangsa. Ugut / suruh Favourite List pindah ke akaun lain. Akaun lain = besar kemungkin adalah akaun keldai/ transit

3. Jumlah keseluruhan sekarang lebih RM 63 ribu


Pengajaran / Analisis:

1. Jangan online / engage dgn scammer. ( Mereka mungkin boleh duplicate WhatsApp kita. Mungkin juga boleh clone hp kita. Segala yang berlaku pada masa tersebut = akan dipaparkan kepada mereka secara langsung. Transaksi jahat mereka berlaku semasa kita masih online + engage dengan mereka.)

2. Off WiFi . Disconnect mobile data; jika pemanggil disyaki adalah scammer.

Point Nombor 3 abg tambah;

3. Jangan bukak sebarang attachment / gambar / audio yang dihantar melalui Whatsapp oleh scammer. Sebab melalui attachment, scammer boleh letak 'trojan' yang boleh read SMS dan klon henfon kita.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D