Monday, August 27, 2018

Ubat Sinseh Untuk Batu Karang - Shi Lin Tong Pian


Abg nak share ubat kedai cina untuk masalah batu karang dan kencing tak lawas. Nama ubat ni Shi Lin Tong. Kalau pergi kedai ubat cina, sebut nama ubat ni, dia akan bagi macam botol kat atas.

Sama ada dalam botol warna putih atau warna biru. Botol warna biru rasa dia pahit. Yang warna putih kurang pahit sebab disalut gula (sugar coated).

Abg dah lupa dos makan dia. Jika tak silap, makan sehari 3 kali, setiap kali makan 4/5 biji pil. Dan perlu minum banyak air masak.

Ayah abg kena batu karang, kencing pun tak lawas. Jadi pergi kedai cina, dia suggest Shi Lin Tong. Untuk batu karang yang kecik, ada keberkesanannya. Untuk yang besar, payah sikit. Apa pun boleh dijadikan usaha dan ikhtiar untuk yang menghadapi masalah batu karang dan kencing tak lawas.

Harga ubat sinseh ni tak mahal. Sebotol tak sampai RM 15 kat tempat abg ni.

PERINGATAN
Ini adalah persediaan tradisional. Jangan tinggalkan ubat yang diberikan oleh hospital dan dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika anda sedang dalam rawatan ubat-ubatan hospital ya.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D