Monday, August 27, 2018

Medical Card Zurich Takaful Naik Harga (Repricing)

Sebagai agent takaful yang ramai klien di bawah abg, ingin abg maklumkan bahawa bagi klien Medical Card Standalone (Pelan Medical Card semata-mata), bahawa Zurich Takaful dalam proses untuk menaikkan caruman premium medical card.

Berapa banyak kenaikkan carumannya ?

Cadangan kenaikan caruman adalah seperti di jadual di bawah. Di bahagian atas jadual adalah caruman tahunan baharu dan di bahagian bawah jadual adalah caruman tahunan sedia ada/lama.





Siapa yang akan terkesan dengan kenaikan caruman ini ?

Kesemua klien yang baru nak ambil dan yang telah ambil akan terkesan dengan caruman baharu ini.

Seperti prosedur biasa syarikat takaful, notis perubahan atau kenaikan caruman hendaklah dimaklumkan kepada semua klien dalam masa 90 hari sebelum perubahan atau kenaikan caruman.





Pada perancangan awal, Zurich Takaful telah membuat perancangan untuk memaklumkan kepada pelanggan sedia ada bermula 6 Ogos 2018. Perubahan caruman baharu untuk pelanggan sedia ada akan berkuatkuasa pada 6 November 2018.

Walaubagaimanapun, perancangan kenaikan ini telah ditangguhkan kepada tarikh lain (tidak dimaklumkan) kerana mendapat kritikan dan bantahan dari agent Zurich Takaful di atas kadar kenaikan caruman yang tinggi, menghampiri kenaikan 100% serta beberapa sebab bantahan yang lain.

Abg pun antara agent yang bantah. Bagi abg, yang bayar komisyen agent bukan Zurich Takaful, tapi adalah klien abg. Sebab apa, kalau klien abg stop polisi, ingat Zurich Takaful nak bayar ke komisyen abg macam biasa. Jangan haraplah. 😎

Sebenarnya kenaikan caruman medical card adalah perkara biasa, cuma tak sepatutnya naik sampai 100% ye dak. Kenaikan pun sepatutnya dijelaskan dan disokong dengan fakta angka iaitu jumlah claim medical card dibayar VS jumlah caruman terkumpul. Baru la klien-klien boleh terima dan faham. Ye dak.

So, apa penyelesaiannya untuk klien yang nak medical card ?

Buat masa sekarang, abg memang tak jual produk medical card standalone lagi sebab isu repricing ni. Untuk mereka yang nak medical card, abg akan buat medical card rider bawah Takafulink secara pakej.

Ramai agent Zurich Takaful, mereka dah form satu group buat medical card pelan Medisavers dari syarikat MXM. Khabarnya benefit medical card di sana lebih strategik, takda pening kepala macam jadi agent sekarang dengan Balance ScoreCard. Soon jika abg join group di sana, abg akan update produk kat blog abg ni okay. Kalau abg tukar company, dont worry, abg akan bawak semua klien-klien abg pindah ye.

For the moment, abg masih agent Zurich Takaful.😊

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

5 comments:

  1. Salam Tuan.

    Nak tanya jadi ke kenaikan harga medical card dari zurich insurans ni? Saya yang tengah risik risik ni tengok double kenaikan harga pada jadual tuan share tu.
    Terima kasih ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Repricing jadi. start 8 Oktober. Tapi saya ada alternatif yang lain untuk medical card, lebih murah dari harga repricing

      Delete
  2. Apa alternatif medical card yg reasonable Tu tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakejkan medical card bawah pelan Investment linked. Caruman lebih murah dari standalone, medical card dapat, investment dapat, kematian pun family dapat benefit.

      Delete
  3. kalau nk stop terus ada dapat pulangan apa2 x?

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D