Thursday, June 21, 2018

Chilindo.Com - Laman Jual Beli Bidaan Barangan 'Sampah'

Pernah tak iklan ni lalu kat FB korang ?


Ok sebenarnya benda ni dari tahun lepas lagi, sekitar Julai 2017 lagi abg perasan ada page Chilindo.com ni jual barang secara bid @ lelong. Kononnya la.

Dulu abg selalu komen kat page chilindo ni yang dia jual barang rosak, barang tak berkualiti dan poor customer service untuk handle barang. Ade ke boleh jual dan lepas barang-barang kualiti buangan atau lebih mudah dikata barang sampah pada pembeli. 

Bila kita komen kat page dia, dia punya admin asyik copy paste ayat sama je. Padahal bila dah pm, benda tak resolve pun, malah berulang jadi pada pembeli-pembeli lain.

"Sila pm kami nombor belian bla bla bla snap gambar barang bla bla bla."
Tak guna polisi pemulangan 14 hari kalau duk hantar barang tak boleh pakai, berapa ramai pembeli yang mengalami kesusahan sebab nak return barang dan duit tak refund pun sebaliknya dia ganti dengan kredit untuk next pembelian sampah. Deng.

Kesudahannya last year, page chilindo.com BLOCK semua FB yang banyak complaint kat page dia termasuk FB abg. Tak boleh komen, tak boleh like. Jun 2018 iklan dia lalu lagi kat FB abg, sponsored ads lagi tu untuk tipu lebih ramai orang. Tak guna punya chilindo !

Ini adalah SCAM jualan bertahap tinggi namanya. Menjual barang-barang yang rosak tak boleh pakai pada harga tinggi (kononnya ramai orang bid) padahal dia dah setting autobid !

Maaf cakap, barang kedai Ecoshop RM 2 lebih berkualiti dan 10x ganda murah dari barang yang orang duk bid kat Chilindo.com

JANGAN BELI BARANG DARI CHILINDO.COM !

1. Chilindo.com Jual Barang Rosak & Sampah Buangan. 

2. Dah bayar, barang hantar lambat.

3. Kualiti barang tak sama dengan gambar masa jual.

4. Ada autobid dari thailand dan robot2 AI dia, buatkan harga barang yang boleh beli kat kedai RM 2, jadi RM 20 bila bid

5. Kalau ko dapat beli barang pada harga sangat murah (barang elektronik/gadget), dia akan cancelkan barang ko. LoL

6. Ko komplen kat FB dia, dia acah-acah komen reply konon concern. Ko dah PM dia, berbulan masalah ko tak setel. Duit ko dah rugi bayar  barang sampah.












About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

2 comments:

  1. betul boss...saya pun baru kaji tadi..semua diorang dah autobid.padahal harga setiap barang tetap..xkan dapat kurang drpd harga yg diorang dh setting..siapa masuk perangkap...akan bid lagi tinggi dr harga yg diorang dah set.

    ReplyDelete
  2. Hu hu hu...dah terkena..beli byk jugak barang..semua xleh pakai..

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D