Friday, May 26, 2017

Pampasan Insurans Konvensional - Wang Tak Patuh Syariah

Sebarang bentuk pendapatan atau perolehan hasil daripada perbuatan atau transaksi yang bertentangan dengan hukum syarak adalah dikategorikan sebagai Wang Tidak Patuh Syariah.

Antara klasifikasi Wang Tidak Patuh Syariah yang abg nak hurai sikit adalah berkenaan dengan pampasan insurans konvensional. Haaaa... Pampasan insurans konvensional yang diterima adalah merupakan harta tak patuh syarak ya tuan puan semua.



Cara membersihkan harta tak patuh syarak bagi Pampasan Insurans Konvensional, diambil dari petikan kuliah Lariba.

Contoh, berlaku kematian orang yang diinsuranskan.

Jumlah pampasan RM200,000

Jumlah premium yang telah dibayar sepanjang hidup orang diinsuranskan, RM10,000. 

Maka diharuskan dibahagikan RM10,000 mengikut faraid

Baki pampasan polisi insurans konvensional, RM 190,000, tidak boleh diwarisi secara faraid dan wajib dilupuskan dengan diserahkan kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada fakir dan miskin.

Kita telah ada alternatif perlindungan kewangan dan insurans yang menepati syariah iaitu Takaful.

Kenapa masih melanggan insurans konvensional yang muamalatnya tidak menepati syariah Islam ? Ha, kesian bayar premium bulan-bulan akhirnya harta tak patuh syarak tu tak boleh diwarisi oleh waris keluarga. Maka, marilah berhijrah dari insurans konvensional kepada takaful.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D