Wednesday, August 29, 2012

Song of The Sea (Wayang Air)


Wayang air ? Maybe ada di antara korang terpinga-pinga kan dgr 'wayang air'. Sebenarnya wayang air ni adalah satu entertainment yang ada kat Singapura, lebih dikenali dengan Song of the Sea. Harga tiketnya SGD 10 aje atau bersamaan dengan RM 24.00 (ikut currency waktu aku pergi).

Kenapa Song of the Sea ni dipanggil wayang air? Sebabnya, cerita Song of the Sea ni menggunakan air laut yang dipancutkan ke langit untuk dijadikan layar dan kemudiannya cahaya laser akan yang ditembak dari bot-bot persembahan akan membentuk imej macam dalam panggung wayang. WOW ! Fantastic kan !

Durasi show hanya sekitar 15 minit tetapi kepuasan dari segi hiburan aku bagi 5 star rating :D Duduk kat seat tepi pantai menghadap laut pada waktu malam (show hanya waktu malam, kalau waktu siang xnampak la wayang angin sbb cahaya matahari lebih terang dari cahaya laser) dengan angin sepoi-sepoi bahasa tambah lagi dgn persembahan show yang memang mengujakan. Ter BEST ahhh... Bagi korang yang ada kesempatan berkunjung ke Singapura, jangan lepaskan peluang untuk tengok wayang air ni. Tapi  kalau tak dapat pergi sana, korang boleh tgk wayang air ni kat youtube. Pengunjung boleh rekod show ni guna kamera sendiri sebab jalan ceritanya sama aja. Search je kat youtube, cari yang high quality punya video, memang cantikkkkk....

Port wajib bergambar bila pergi Singapura :p
Kalau ke Singapura, kos belanja tinggi sikit la sbb perbezaan currency antara SGD (Singapore Dollar) dgn RM (Ringgit Malaysia) . Aku pergi makan McD kat sana, harganya hanya SGD 15.70 tapi bila convert balik ke RM harganya ialah RM 37.68.  Mak aih, kalau kat sana nilai duit untuk makan 2 orang, kat Malaysia ni boleh beli untuk makan 4 orang !! Aku pun tak tahu kenapa Malaysia ni tak berapa nak membangun sangat dari segi currency padahal tanah luas, resources banyak, boleh jana ekonomi tapi tak mampu menandingi Singapura. Jangan nak kondem sgt statement aku ni, aku ni org kewangan, tau selok belok kewangan swasta dan kerajaan :p

Resit beli Mekdi
Kualiti not kertas Singapura lebih baik dari duit yang baru ni :P
Tahun depan aku merancang ke timur tengah pulak, nak ziarah tempat bersejarah. Piramid, kota-kota tamadun lama, doa-doa kan la aku sampai ke sana ye. Nanti aku boleh share kat sini, hehehehe......

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D