Wednesday, August 29, 2012

Basic of Cooking

Asas memasak yang paling basic sekali ialah memasang peralatan dapur gas. Hehehehe, thats the basic of cooking. Kalau korang terrer lagu mana pun dalam masak memasak, tapi fail dalam memasang peralatan dapur, alamatnya tak berasap la dapur korang tu hahaha..


Kebetulan dapur gas aku rosak, tersumbat dia punya tungku. Aku pun bergegas la beli dapur gas baru. Kalau dulu aku pakai single punya, tapi kali ni aku beli double punya. Senang nak masak 2 lauk serentak. Ape?? Jangan ingat lelaki tak pandai masak ye. Korang pegi la hotel ke, restoran ke, ce tengok sapa yang masak kat dapur tu. Lelaki kannnnnnn yang masak dan jadi chef :D

Yang ni sudah rosak setelah berjasa 25 tahun :(
Peralatan diperlukan :
1 Unit dapur gas baru xkisah apa brand pun
1-2 meter hos paip gas
1 Unit Kepala Gas yang diluluskan SIRIM
2 Unit pengikat hos paip
1 Tong gas yang masih berisi


Langkah pemasangan :

1. Periksa hos paip gas untuk sebarang kebocoran. Caranya boleh direndam dalam sebesen air, jika timbul buih-buih kecil pada hos paip gas ketika direndam, itu tandanya terdapat kebocoran pada hos. Boleh juga guna cara menyapu buih sabun pada hos yang telah dipasang pada tong gas untuk memeriksa kebocoran paip.

Dapur gas baru
2. Pasangkan hos pada dapur gas terlebih dahulu. Elakkan memasang kepala pada tong gas ketika ini kerana pergerakan yang kasar ketika memasang hos pada dapur gas boleh menyebabkan kebocoran pada kepala tong gas.

3. Ketatkan sambungan hos paip gas dengan dapur gas korang gendan pengikat hos paip.

4. Sambungkan hujung hos paip gas yang lagi satu kepada kepala gas. Ketatkan dengan pengikat hos paip. AWAS ! Elakkan menggunakan kepala gas yang lusuh atau tidak diluluskan SIRIM kerana boleh mengundang kebocoran gas.


Kasi ikat ketat-ketat
5. Sambungkan kepala gas kepada tong gas korang. Pastikan kekunci kepala gas di set pada tempat yang betul. Cuba dengar bunyi gas keluar atau bau gas sekiranya ada. Pastikan tiada sebarang bunyi atau bau sebelum mula menghidupkan dapur gas.

Sebelum sambung, pastikan kunci kepala gas tunjuk arah jam pukul 12
Dah tunjuk arah kul 12, baru boleh pasal kepala gas dgn tong gas
Putarkan kunci kepala gas ke arah kanan 90 darjah, kat sini lock posisi kepala gas. Tapi gas tak keluar dari tong.
Putarkan lagi ke arah kanan 90 darjah. posisi ni membolehkan gas keluar dari tong gas. Kat sini boleh cek dengar bunyi gas atau bau gas untuk kesan kebocoran gas.

6. Korang dah boleh hidupkan dapur gas dan boleh mula memasak :p

Senang sangat kan.... Tapi ada gak orang yang tak tahu hehehehe

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

1 comment:

  1. Terima kasih. Membantu sangat untuk saya yang tak reti bab bab nih.

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D